Friday 30 September 2011

GEMPAR!!! Individu Yang MEMFITNAH Pensyarah Sudah Dikenal Pasti

Tanjong Malim, 29 Sept. – Pihak UPSIkena telah menerima satu kiriman e-mel yang dihantar oleh individu yang ‘dirahsiakan identitinya’ yang menyatakan pensyarah tersebut sebenarnya telah difitnah oleh individu yang berstatus ‘Dr.” Beliau menyatakan bahawa sebenarnya artikel yang disiarkan oleh UPSIkini adalah FITNAH kerana pensyarah tersebut sebenarnya tidak DITANGKAP KHALWAT seperti yang digembar-gemburkan oleh UPSIkini dan MAHASISWA PENDIDIK

Bertindak atas maklumat awal yang dimiliki daripada e-mel yang telah dikirimkan oleh individu yang prihatin, SKUAD RISIKAN UPSIkena telah membuat risikan awal berkaitan dengan KES BERPROFIL TINGGI tersebut berdasarkan kepada maklumat yang diberikan.

Shahril Khasin:Giliran YDP MPP Pula di Fitnah


Tanjong Malim, 29 Sept- Setiausaha Agong MPP hari ini meluahkan perasaan kecewanya mengenai isu yang melanda kampus hari ini mengenai isu “ YDP HILANGKAN KERTAS KERJA YB MP” di wall “KAMI SOKONG MAHASISWA PENDIDIK” hari ini.
Menurut beliau, adalah sesuatu yang tidak mampu diterima akal tuduhan yang dilemparkan kepada YDP MPP dari pihak MP kerana mereka langsung tidak menghantar kertas kerja dan hanya kertas kerja yag dihantar melalu emel dan tidak bertandatangan serta dihantar dari kampung halaman disaat MPP lain bertukus lumus di kampus bagi memastikan program MPP sarta kebajikan Mahasiswa terpelihara.Ini juga menunjukkan bahawa mereka langsung tidak bersungguh-sungguh untuk menjalankan program sehinggakan saat ini kerja-kerja itu masih TERBENGKALAI.


Kenyataan fitnah yang dilemparkan oleh Mahasiswa Pendidik (Pro-M UPSI)
Tambah mengecewakan lagi puak yang kononnya memperjuangkan islam ini secara jelas mencemarkan imej islam kerana dalam pada yang sama melemparkan satu  FITNAH yang berat kepada salah seorang mantan Pengetua salah sebuah kolej kediaman yang tidak sealiran “POLITIK” dengan mereka.
Mengulas isu yang sama YDP MPP mengeluarkan kenyataan di wall FACEBOOKnya dengan mengatakan “Alhamdulillah saya di Fitnah lagi” dan mendapat respon yang pelbagai dari Mahasiswa/I yang bersimpati dengan nasib beliau.


Thursday 29 September 2011

Mahasiswa/i UPSI MENGKRITIK UPSIkini dan Mahasiswa Pendidik kerana menyiarkan artikel berunsur FITNAH

Tanjong Malim, 29 Sept. – Berikutan daripada artikel berunsur FITNAH yang dikeluarkan oleh UPSIkini yang disebarkan di Facebook oleh Mahasiswa Pendidik (MP) melalui halaman rasminya, Kami Sokong Mahasiswa Pendidik daripada golongan Pro Mahasiswa telah menimbulkan rasa TIDAK PUAS HATI dan TERKILAN dengan sikap MP yang selama ini dilihat bersifat ISLAMIK.

UPSIkini telah memfitnah pensyarah tersebut dengan menyatakan ditangkap khalwat selepas dia bersama pasangannya yang merupakan seorang pelajar di sini yang didapati berdua-duaan di dalam sebuah rumah. Namun kesahihan berita ini AMAT MERAGUKAN kerana tidak dinyatakan NAMA PENSYARAH tersebut dan SUMBER MAKLUMATNYA.

Rata-rata mahasiswa amat terkejut dengan laporan yang dikeluarkan oleh UPSIkini ini kerana dilihat cuba mengaibkan MANGSA dengan MEMFITNAHNYA ditangkap khalwat sedangkan UPSIkini dan Mahasiswa Pendidik tidak boleh menyatakan bukti yang sahih.

Mahasiswa meluahkan rasa SIMPATI terhadap mangsa yang TIDAK DINYATAKAN NAMANYA secara jelas di ruangan komen Blog UPSIkini. Antara inti pati komen mahasiswa adalah mereka meminta UPSIkini menyiasat terlebih dahulu kesahihan cerita tersebut dan meminta maaf kepada MANGSA yang teraniaya. 

Mahasiswa/i UPSI dapat membaca komen-komen tersebut di Blog UPSIkini sebelum komen-komen tersebut DIDELETE. Kepada MANGSA yang teraniaya, UPSIkena mengharapkan anda sabar walaupun nama anda tidak dinyatakan secara jelas. “Sesungguhnya Allah s.w.t bersama-sama dengan hambanya yang sabar”.


(Klik untuk saiz sebenar)

(Klik untuk saiz sebenar)



(Klik untuk saiz sebenar)



Wednesday 28 September 2011

UPSIkini & Mahasiswa Pendidik bersekongkol dalam menyebarkan FITNAH

(Klik Untuk Saiz Lebih Besar)

Tanjong Malim, 28 Sept. – Laporan yang dikeluarkan UPSIkini dilihat sebagai BERNIAT JAHAT dan mempunyai unsur FITNAH semata-mata dalam penulisan laporannya. Terbaru UPSIkini telah mengeluarkan artikel bertajuk “Pensyarah ditangkap khalwat, berdua-duaan dengan pelajar” bertarikh 28 Sept yang dikemaskini sehingga jam 3 petang. 

UPSIkini telah memfitnah pensyarah tersebut dengan menyatakan ditangkap khalwat selepas dia bersama pasangannya yang merupakan seorang pelajar di sini yang didapati berdua-duaan di dalam sebuah rumah. Namun kesahihan berita ini amat meragukan kerana tidak dinyatakan nama pensyarah tersebut dan sumber maklumatnya.

Artikel berkenaan ini turut disebarkan di Facebook oleh Mahasiswa Pendidik melalui laman rasminya iaitu Kami Sokong Mahasiswa Pendidik. Namun, penyiaran artikel berkaitan isu ini DITEGUR oleh sebilangan mahasiswa yang beranggapan bahawa melalui penyebaran artikel tersebut adalah fitnah kerana Mahasiswa Pendidik (MP) tidak boleh menyatakan kesahihan CERITA tersebut.

UPSIkena mendapati ada persoalan yang perlu dijawab oleh Mahasiswa Pendidik iaitu adakah MP menyiasat dahulu kesahihan berita ini dan sumbernya? Persoalan kedua adalah apakah motif utama MP menyiarkan artikel ini? Persoalan ke tiga ialah siapakah pensyarah tersebut yang dimaksudkan? 

Namun soalan-soalan ini membuatkan MP MATI KUTU untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh beberapa orang mahasiswa yang mahukan kepastian oleh MP. Sehingga kini, MP masih lagi belum menjawab kesemua soalan yang dikemukakan oleh mahasiswa-mahasiswa ini.

      (Klik Untuk Saiz Yang Lebih Besar)



Hari Interaksi Mahasiswa Semester 1 Sarawak UPSI ( Diploma, Degree, Master dan PHD)


Perhatian kepada mahasiswa semester 1 sahaja (diploma, degree, master,Phd) UPSI Sarawak:

BAKSAR (Badan Kebajikan Siswa Siswi Sarawak) akan mengadakan Hari Interaksi khas kepada mahasiswa semester 1 sahaja di:

Tarikh: 29 sept 2011 (Khamis)
Jam: 8.00pm-11.00pm
Tempat: B.E-learning 11

p/s: sila bawa pen masing-masing dan wang untuk pendaftaran pada hari tersebut.

Kerjasama anda amatlah dihargai.
Sekian terima kasih.

Pakaian yang digunakan adalah semi formal..

Sebarang permasalahan bolehlah dirujuk di Facebook Baksar :

(Setiausaha Agung BAKSAR)

Pendaftaran IMAM UPSI.. : Khas untuk Anak-Anak Melaka...


Adalah dimaklumkan bahawa IMAM UPSI akan mengadakan sesi pendaftaran bagi mahasiswa/wi yang berasal dan menetap di Melaka dan sedang belajar di UPSI. sesi pendaftaran adalah seperti berikut :

Tarikh : 29 dan 30 September 2011

Tempat : Ruang Legar Bitarasiswa

Masa : 10 pagi hingga 5 petang

Kerjasama daripada semua anak melaka UPSI amat kami hargai

MESYUARAT AGUNG (AGM) PERSATUAN PENDIDIKAN MORAL (PERMOR)

Perhatian kepada semua pelajar yang mengambil jurusan Pendidikan Moral (AT41), Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) akan mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) pada ketetapan yang berikut :



Tarikh : 30 September 2011


Masa : 8.30 Malam – 11.30 Malam

Tempat : B.E-Learning 9



Diharapkan semua pelajar daripada semester 1, 3, 5 dan 8 dapat hadir beramai-ramai ke mesyuarat ini untuk bersama-sama menyokong Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR).

“Moral Pemangkin Modal Insan Gemilang”

Perhatian Kepada Mahasiswa/i UPSI Anak Perak


Perhatian kepada semua mahasiswa/i UPSI anak negeri Perak, 
satu Mesyuarat Agong akan diadakan pada :

Tarikh : 29 September 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 Malam 
Tempat : Dewan Kuliah K

Semua mahasiswa/i anak Perak dijemput hadir,makanan disediakan,
sebarang pertanyaan sila hubungi saudara  Muhammad Hafiz  di talian 019-5006137.

PERJUMPAAN ANAK-ANAK PAHANG (MAMPAN)



Satu perjumpaan bagi semua mahasiswa/wi anak Pahang (MAMPAN) akan diadakan pada tarikh berikut:
Tarikh: 29 September 2011
Masa: 8.30 malam
Tempat: BE Learning 3
Semua mahasiswa/wi anak Pahang diwajibkan hadir. Kerjasama anda semua amat di hargai.
Sekian, terima kasih.

UPSIkini, Media Pembelit Mahasiswa/i UPSI no1




Tanjong Malim, 28 Sept. – Laporan yang dikeluarkan UPSIkini dilihat sebagai ‘MEMUTARBELITKAN FAKTA’ selain juga disifatkan sebagi ‘DOUBLE STANDARD’ dalam penulisan laporannya. Terbaru UPSIkini telah mengeluarkan artikel bertajuk “Siar Gambar Junaidi, UPSIkini disekat” bertarikh 27 Sept. 

Antara ini kandungan tersebut ‘Sekatan ini didakwa berikutan laporan yang disiarkan semalam yang memaparkan gambar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A), Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar di dalam satu majlis ramah mesra JHEPA bersama Naib Canselor di Dewan Kolej Za’ba UPSI’.

Namun unit terjah UPSIkini telah membuat tinjauan di beberapa lokasi di kampus utama dan juga di kolej-kolej kediaman mendapati blog UPSIkini tersebut masih boleh diakses dan tidak disekat sama sekali. Beberapa orang mahasiswa/i turut mengecam laporan yang PALSU dikeluarkan oleh UPSIkini ini yang disifatkan ‘BERMUSUH’ dengan TNC HEP&A UPSI. 

Ternyata UPSIkini bukanlah sebuah media yang bebas kerana dilihat hanya menyebelahi golongan tertentu sahaja dalam penulisan laporannya. UPSIkena berharap agar UPSIkini tidak sesekali menyebarkan fitnah yang boleh menjatuhkan nama baik UPSI.

Tuesday 27 September 2011

Hoe Peoi Yeen :Patuhi Etika Pemakaian Untuk Elak Daripada Di Denda



Tanjong Malim, 27 Sept. –Exco Majlis Perwakilan Pelajar, Hoe Peoi Yeen hari ini memaklumkan bahawa satu pemantauan etika pelajar akan dilakukan esok (Rabu), Sehubungan dengan itu beliau menasihatkan mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) agar mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.

Mengulas isu ini dengan lanjut beliau menyeru kepada semua untuk patuh mengenai aspek pemakaian  ke kuliah  dan kampus seiring dengan personati kita semua yang bakal menjadi seorang pendidik.



Sekiranya ada yang gagal mematuhi etika pemakaian pelajar  yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti pelajar terbabit  akan boleh diambil tindakan denda tidak melebihi RM200 atau lain-lain hukuman yang sesuai di bawah AUKU kaedah 48.

Sunday 25 September 2011

Pengambilan Ahli Baru Kelab Fasilitator Bitara(KeFB)

(Klik untuk besarkan saiz)
Tanjong Malim, 24 Sept. – Kelab Fasilitator Bitara(KeFB) hari ini menjemput mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mendaftar  sebagai ahli kelab tersebut pada hari selasa ini bersamaan 27sept 2011 bermula 10 pagi dan berakhir pada pukul  5 petang.

Berdasarkan rekod lepas kelab KeFB  telah berjaya membentuk 16 buah  pasukan Fasilitator yang telah berjaya melaksanakan program motivasi di 16 sekolah bitara serta beberapa sekolah lain disekitar UPSI.

Pihak UPSIkena difahamkan kelab ini telah berjaya mendapat  kelulusan dan telah  didaftarkan dan Presiden kelab KeFB kini adalah Saudari An Nur Farha Amanina yang merupakan anak didik yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Muhamad Afiq Fikri Bin Mislan yang telah lama berjuang untuk kelab ini didaftarkan.

Kepada yang berminat untuk menyertai kelab ini diminta hadir di ruang legar Bitarasiswa UPSI pada masa yang ditetapkan dan diwajibkan membawa sekeping gambar berukuran pasport.


Penjelasan YDP MPP berkaitan perubahan laluan perjalanan bas kitaran




Tanjong Malim, 25 Sept. - Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Muhammad Afiq Fikri mengumumkan masalah Bas sehala yang menimbulkan pelbagai masalah dan kekeliruan kepada mahasiswa-mahasiswi UPSI yang mula diperkenalkan bermula semester ini dimansuhkan dan beroperasi seperti sedia kala.

Menurut Afiq Fikri lagi “sistem dahulu bermasalah iaitu hanya mempunyai 19 buah bas suasana edaran pada semester lepas. Oleh sebab itu kita terpaksa menggunakan 10 bas UPSI, implikasinya bas tak boleh ke program-program persatuan dan program jemputan. Jadi Universiti telah membuat tambahan bas suasana edaran sebanyak 5 buah bas lagi dan berlakulah kitaran seperti sekarang".

Sistem baru yang diguna pakai sekarang adalah demi kepentingan dan kebajikan pelajar namun menerima banyak kritikan oleh mahasiswa. Semoga dengan pengumuman ini bakal melenyapkan penderitaan dan kesukaran yang telah dilalui oleh semua pengguna Bas kitaran UPSI pada semester ini.

Pihak UPSIkena juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 2011 (MPP) kerana memperjuangkan soal kebajikan pelajar.

Kenyataan Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu bakar, TNC HEP&A tidak diberikan gambaran sebenar oleh UpsiKini.




Tanjong Malim, 25 Sept. - Berhubung dengan laporan di media UpsiKini baru-baru ini “Junaidi akur desakan RPA, pertahan kenaikan pangkat luar biasa” itu dilihat sebagai ‘permainan’ dan putar belit oleh pihak UpsiKini terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh TNC HEP&A yang baru Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu bakar.

Datuk Junaidi menegaskan bahawa pihaknya tidak berniat sama sekali untuk menghentikan program Penggerak Ad-Din ini kerana menurut beliau program ini amat bermanfaat kepada semua mahasiswa/i UPSI.

Menurut beliau lagi faktor program RPA ini di tangguhkan pada masa ini adalah kerana pengisian dalam program ini sedang dalam penambahbaikan dalam aspek modul dan aktiviti bagi memberikan input yang lebih menyeluruh dan berkesan dalam membentuk jati diri kepada mahasiswa/i. masa kini.
Perbincangan modul ini akan mendapat sentuhan ayahanda TNC HEP ini sendiri tambah beliau lagi serta dibantu juga oleh , penasihat Penggerak Ad-Din, Pengerusi Penggerak Ad-Din Amirul Afzan, saudara Zahar serta beberapa orang lain lagi.

Dalam majlis yang sama beliau turut menyatakan bahawa pihak UPSI akan membenarkan mahasiswa untuk berpesatuan dan membuat aktiviti lain di seluruh negeri dan bukannya terhad kepada 4 buah negeri saja seperti sebelum ini.

Penjelasan isu ini dibuat dalam satu Majlis solat hajat Perdana yang dianjurkan Jawatankuasa RPA di Surau Al-Falah yang turut dihadiri oleh YDP MPP saudara Muhammad Afiq Fikri serta barisan kepimpinan MPP yang lain serta turut dihadiri oleh staf-staf JHEPA dan pengetua-pengetua kolej kediaman UPSI.


YDP MPP:Bas Sehala Di Mansuhkan



                                                                   (klik gambar untuk besarkan saiz)

Tanjong Malim, 24 Sept. – Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Muhammad Afiq Fikri Mislan  mengumumkan di wall facebooknya sebentar tadi masalah  bas sehala yang  menimbulkan pelbagai masalah dan kekeliruaan kepada  mahasiswa-mahasiswi UPSI  yang diperkenalkan bermula semester ini telah  dimansuhkan dan bakal beroperasi seperti sedia kala bermula isnin ini.

Semoga dengan pengumuman ini, diharapkan bakal melenyapkan penderitaan dan kesukaran yang telah dilalui oleh semua pengguna Bas kitaran UPSI pada semester ini.

Kami dari pihak UPSIkena juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan Majilis Perwakilan Pelajar UPSI 2011 (MPP) kerana memperjuangkan  kebajikan pelajar yang rata-rata terjejas dengan pengenalan Bas sehala ini.

Berikut dilampirkan butiran-butiran maklumat laluan bas yang bakal beroperasi Isnin ini :

KUO-PT-PC : 5 BAS
KUO-PT : 8 BAS
KAB-PC : 3 BAS
KAB-PT : 8 BAS
PT-TMN B : 3 BAS UPSI
KETOYONG : 1 COESTER
PEKAN : 1 BAS UPSI

Selain itu juga, didalam pesanan yang ditinggalkan ini juga,YDP MPP saudara Afiq memohon jasa baik pelajar-pelajar senior untuk membantu adik-adik Junior semester 1 sekiranya timbul salah faham mengenai destinasi dan bas yang perlu mereka naiki.


Saturday 24 September 2011

Ulasan : DI SEBALIK TOHMAHAN RAKAN PENGERAK AD-DIN


Ulasan Mahasiswa : DS Kekanda Mohammad Farhan Mukhlis

Majlis kesyukuran dan solat hajat perdana dianjurkan oleh Rakan Penggerak Addin (RPA) malam semalam telah mendapat liputan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi UPSI. Alhamdulillah kerana program ini berjalan lancar kerana dihadiri oleh Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Program yang agak mendapat sambutan kerana ramai staff yang di arahkan oleh TNC HEPA untuk bersama-sama dalam solat hajat dalam menyelamatkan RPA supaya tidak disekat daripada aktiviti usrah.

Selesai solat hajat, TNC telah memberikan ucapan kepada semua pelajar yang hadir untuk menerangkan mengenai mengapa RPA ini disekat. TNC juga memberikan cadangan-cadangan yang baik dalam membawa RPA untuk melawat jabatan-jabatan agama Islam yang terdapat di Malaysia seperti JAKIM dan IKIM untuk melihat sendiri bagaimana perjalanan aktiviti dakwah yang dilakukan. TNC juga telah mengeluarkan kenyataan supaya RPA tidak lagi menjalankan aktiviti secara “sembunyi-sembunyi” untuk aktiviti usrah dan RPA akan diberi dana dan akan diberikan perhatian sewajarnya dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan rohani.

Pelbagai serangan telah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sehinggakan mengecam tindakan TNC HEP yang menyekat aktiviti RPA tanpa mendengar penjelasan sebenar beliau untuk membantu RPA dalam bentuk yang lebih “terang” menjalankan aktiviti. Setelah penjelasan di lakukan oleh beliau akhirnya pelajar-pelajar faham dan mengetahui niat sebenar beliau untuk membantu RPA. Selesai program, semua pelajar bersalam-salaman bersama beliau setelah penerangan yang jelas mengenai tindakan HEP.

*Penulis merupakan Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan UPSI dan merupakan Aktivis mahasiswa yang aktif memperjuangkan hak mahasiswa di UPSI.

SAAT PENANTIAN AKHIRNYA BERAKHIR BUAT GPMS CAWANGAN UPSI


Oleh : DS Mohammad Farhan Mukhlis (YDP Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UPSI)

Tepat jam 2.30 petang 23/9/2011 satu pertemuan dan kunjungan hormat GPMS kebangsaan yang dihadiri sendiri presiden GPMS kebangsaan En. Jais Abdul Karim bersama isteri dan penolong pengarah BTN Selangor En. Khidir Anwar dan wakil GPMS cawangan UPSI Yang Dipertua GPMS UPSI Ds Mohammad Farhan, Naib YDP Mohd Zakwan Abdullah dan Ketua Penerangan Mohd Azrein Abbas dan telah bertemu dengan TNC HEP Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar.

Pertemuan ini telah diaturkan untuk menyelesaikan kemelut penubuhan GPMS cawangan UPSI yang tidak diluluskan oleh pihak tertinggi UPSI semenjak semester lepas. Pertemuan ini telah membawa makna yang besar buat GPMS cawangan UPSI kerana kelulusan untuk menjadi sebuah persatuan berdaftar telah menjadi kenyataan. Hasil penerangan yang panjang lebar oleh presiden GPMS kebangsaan telah diterima baik oleh TNC HEP untuk meneruskan niat murni membantu pelajar Melayu semenanjung dalam pendidikan.

Garis panduan strategi 2009 sehingga 2012 iaitu GPMS memperjuangkan Melayu di atas dasar Non-Partisan, GPMS melahirkan gedung pemimpin Negara dan memperkasakan pendidikan untuk pelajar Melayu telah diterangkan sebaik mungkin dalam membantu mahasiswa UPSI kerana UPSI merupakan institusi lahirnya pemimpin-pemimpin hebat Negara.

Kini secara rasminya GPMS cawangan UPSI telah tertubuh dan mahasiswa Melayu semenanjung boleh mendaftarkan diri untuk menjadi ahli. Borang-borang keahlian boleh didapati dari ahli majlis tertinggi GPMS cawangan UPSI dan ahli jawatankuasanya seperti berikut :

YDP : MOHAMMAD FARHAN BIN ABU TALIB

TIMBALAN YDP : JOHARI JOHAR BIN MOD YUSOF

NAIB YDP : MOHD ZAKWAN BIN ABDULLAH & SYABIRAH BINTI MD ALI

SETIAUSAHA : NOOR ‘AZIEMAH BT MOHD RADZI

PEN. SETIAUSAHA : NAJJAH HALWANI BT MOHAMAD YUSUF

BENDAHARI : NORDIYANA BTE BAHARUDIN

PEN. BENDAHARI : ROSLIDAINI BINTI MOHAMAD

KETUA PENERANGAN : MOHD AZREIN BIN ABBAS

PEN. KETUA PENERANGAN : MOHD SYAFIQ BIN ABU HASSAN

AHLI JAWATANKUASA

AMIRUDDIN SOBRI BIN MOHAMAD

AINUL BASYIRAH BT MD RASHID

KHAIRULANWAR ABU BAKAR


Tahniah Saudara DS dari mahasiswa UPSI khususnya. Teruskan perjuangan

Thursday 22 September 2011

TNC HEP Hadir Ke Surau Al-Falah



Tanjong Malim, 22Sept. – Sumber UPSIkena yang di tugaskan berada di lokasi majlis kesyukuran dan solat hajat perdana  rakan penggerak addin bersama Mahasiswa melaporkan majlis ini turut  hadiri oleh  Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A), Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar sebentar tadi.


Namun demikian pihak UPSIkena masih lagi menunggu perkembangan lanjut apa yang sedang berlansung di surau al-falah KAB dan pihak kami juga difahamkan majlis  ini  dianggarkan dihadiri seramai 200 mahasiswa/i  Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Wednesday 21 September 2011

Membentuk Budaya Politik Kampus Yang Murni


MINDA PENGARANG : Alis Syamsul


Belajar sambil mencabar


Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang


Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin


Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar - Prof. Ungku A. Aziz (1973)



Setiap tahun akan berlaku pilihanraya kampus di seluruh negara terutama sekali yang membabitkan institusi pengajian tinggi dan kolej universiti. Reaksi bercampur-campur pelajar mengenai pilihanraya kampus juga memberi kesan yang pelbagai kepada institusi pengajian yang terlibat. Ada pelajar yang melihat pilihanraya kampus sebagai acara rutin memilih pelajar dan tidak memiliki hubungan langsung dengan kehidupan pelajar itu sendiri sekaligus tidak mempedulikan apa yang berlaku. Terdapat juga pelajar yang mengambil sikap menjauhkan diri daripada pilihanraya kampus dan melihatnya sebagai medan perebutan golongan oportunis menonjol diri dan membina nama.


Namun walau apapun alasannya, sudah pasti, pihak universiti sepatutnya mengadakan pilihanraya peringkat pelajar memiliki tujuan yang sepatutnya memberi keuntungan untuk pelajar di dalam pelbagai bentuk baik dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa yang panjang. Masakan tidak, majoriti besar kakitangan universiti terlibat dan perbelanjaan yang besar dikeluarkan untuk melaksanakan salah satu rutin proses demokrasi diperingkat pelajar. Sudah pasti antara tujuan utama diadakan pilihanraya peringkat pelajar ini untuk melatih generasi muda melalui proses untuk dipilih serta memilih. Secara tidak langsung juga mendidik generasi muda berhadapan dengan proses memilih pemimpin peringkat umur mereka. Pelajar diminta untuk membuat keputusan baik keputusan menawarkan diri atau diminta bertanding, ataupun membuat keputusan untuk memilih calon yang terbaik.



Tetapi alangkah malangnya jika masa, tenaga dan tumpuan kerja untuk melaksanakan perjalanan pilihanraya kampus diakhiri dengan sentimen benci membenci, tuduh menuduh dan penuh dengan manipulasi seperti politik kepartian di luar kampus. Kita realistik, pemilihan pemimpin peringkat pelajar ini tidak akan menyelesaikan semua masalah yang ada diperingkat pelajar. Adalah tidak adil kepada bakal pemimpin pelajar diletakkan harapan yang tinggi untuk mengubah segala-galanya, menyelesaikan segala kemelut dan kebajikan pelajar yang menjadi tanggungjawab universiti.


Di samping kewujudan program rutin pelajar dan universiti seperti pesta konvokesyen, pemimpin pelajar yang terpilih juga perlu menjadi pemimpin yang mampu merubah persepsi rakan sebayanya mengenai potensi generasi muda dari seorang pelajar biasa kepada pelajar yang miliki idealisme tentang cita-cita hidup merentasi pembinaan moral dan akhlak seseorang individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Kita juga melihat pemimpin pelajar yang dipilih perlu menjadi pemimpin pembina budaya (culture builder).


Memimpin para pelajar untuk membina budaya tinggi yang berkait rapat dengan budaya ilmu dan segala ciri-ciri yang perlu ada dalam pembinaan sebuah tamadun unggul. Kita juga optimis agar pemimpin pelajar yang akan dipilih nanti mampu menjadi model kecemerlangan akademik dan memiliki keyakinan diri dalam memimpin. Di samping kepimpinan pentadbir universiti dan pemimpin negara, umat juga idamkan kelahiran pemimpin pelajar yang mampu merungkai dan membawa keluar kerumitan dan kegelisahan masyarakat yang membimbangi masalah sosial dan jenayah yang sudah menular dikalangan pelajar.


Oleh itu, pertimbangan memilih pelajar tidak wajar disandarkan kepada dari kumpulan atau parti tertentu. Melabelkan pelajar sebagai pro kepada kumpulan tertentu hanya mengelirukan pelajar dan memerangkap pelajar berfikir dalam kerangka berparti sama seperti pilihanraya di luar kampus. Pemikiran pelajar perlu dibebaskan dari diwarnai dengan partisan politik luar. Biarkan pelajar menentukan siapa yang dirasakan punya kredibiliti dan akhlak yang baik. Pemilihan yang paling releven diperingkat kampus ialah memilih berdasarkan keupayaan dan potensi yang ada pada calon terbabit dalam rangka peraturan yang telah ditetapkan. Bukannya disandarkan sebab emosi, kumpulan sendiri atau sebab pilihan sesiapa pun yang meminta untuk memilih calon tertentu. Kekuatan calon terutama sekali pelajar Islam perlu ditandai dengan ciri al-mu’minu`l-qawiyy (mu`min yang kuat) dan keunggulan peribadi al-qawiyyu `l’-amin (watak yang gagah dan amanah)


Pilihanraya kampus perlu menjauhi elemen manipulasi dan penyelewengan urusan pilihanraya baik melalui surat layang, media elektronik ataupun apa bentuk manipulasi sekalipun. Mahasiswa harus matang dan mampu membezakan nilai surat layang ataupun harga sebuah berita palsu yang tersebar berbanding dengan maklumat yang memiliki autoriti atau kebenarannya. Di sini latihan yang paling baik untuk mahasiswa melatih diri menapis dan menilai sebarang manipulasi sebelum sampai ke peringkat menjadi pemimpin sesebuah institusi atau negara yang sudah pasti berhadapan dengan rencam politik serantau dan antarabangsa yang serba kompleks dan lebih mencabar. Kita perlu bijak menilai pilihannya yang baik, walaupun kita sedar bahawa risiko membuat keputusan dalam acara seperti pilihanraya kampus tidak seberat membuat keputusan besar yang dilakukan oleh pemimpin diperingkat negara.


Budaya politik peringkat pelajar universiti perlu miliki kecenderungan murni atas asas budaya ilmu yang dipandu oleh nilai agama dan budaya sopan bangsa kita. Kerjasama dan persefahaman antara pelajar dan pentadbir universiti penting sangat penting untuk membentuk warna pilihanraya kampus. Suasana dalam institusi pendidikan sangat bergantung kepada komitmen terutama peringkat pelajar dan pentadbir untuk memastikan kemurnian dan kelancaran acara tahunan ini memberi kesan budaya yang baik dan bukan sebaliknya.


Pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa seperti mendapatkan kerusi dewan undangan negeri atau parlimen. Pemilihan peringkat kampus bukannya medan membalas dendam atau menunjuk siapa yang lebih gagah dan lebih kuat. Tetapi kawasan universiti adalah tempat yang subur untuk menyemai hikmah dan adab sebagai mana yang tergambar melalui tema Taman Ilmu dan Budi yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Kamal Hassan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Universiti perlu menjadi taman yang subur membina lebih ramai rakan yang membina, mengangkat martabat dan akhlak insan serta mendorong seluruh penghuni universiti menjadi agen pendidik masyarakat dan bukannya menjadi liabiliti kepada masyarakat. Mahasiswa wajar menentukan sendiri iklim politik bagaimana yang kita inginkan. Mahasiswa punya pilihan untuk berbuat demikian. Tetapi jika kita memilih untuk menjadi wakil suara mana-mana kumpulan atau parti politik, maka yang akan menang bukanlah pelajar tetapi pendana atau penyumbang kepada kumpulan tersebut.


Kita perlu mandiri dan bebas memilih jalan membina kepimpinan pelajar tanpa mengorbankan rasa hormat dan kagum sebilangan besar pelajar kepada beberapa parti politik diperingkat nasional yang sememangnya punyai pengaruh besar dan peranan yang menyumbang kepada perjalanan politik negara ini. Mahasiswa perlu mengembalikan keyakinan masyarakat kepada kemurniaan dan kemuliaan universiti melalui budaya politik yang akan menjadi cerminan kepada kematangan kepimpinan pelajar di institusi pengajian tinggi. Kita sedar cita-cita masyarakat yang ingin melihat mahasiswa terdidik dan terbina dengan segala pengalaman berguna baik terlibat dengan kepimpinan pelajar peringkat majlis perwakilan mahupun kelab yang kecil.


Semua mahasiswa baik menjadi pemimpin peringkat universiti atau tidak adalah sama dan tidak pula meletakkan mereka yang terpilih itu menjadi lebih dalam segala hal. Kita semua punyai amanah ilmu dan pengalaman menjadi mahasiswa yang perlu disalurkan kedalam gelojak masyarakat yang dahagakan pimpinan dan dorongan graduan universiti yang akan menjadi hati nurani umat kita kelak. Mahasiswa perlu menterjemahkan idea dan cita-cita murni kita melalui pendekatan yang lebih operatif dan praktis diperingkat masyarakat dan bukannya berlegar disekitar dewan kuliah.


Lanskap gerakan pelajar telah berubah seiring dengan usia kemerdekaan negara dan usia sesebuah institusi pendidikan itu. Keperluan, cabaran dan masalah masyarakat berubah seiring dengan usia perjalanan sebuah negara seperti Malaysia. Tetapi prinsip kebenaran dan keadilan akan terus subur zaman berzaman seiring dengan semangat kemanusiaan sejagat yang kita dukung. Suasana yang ada kini perlukan pelajar yang lebih matang dan terhadapan dengan ruang dan batasan yag ada. Perubahan politik konfrantasi kepada politik dialog (Mina ‘l-muwajahah ila l-hiwar) untuk menyampaikan pandangan pelajar perlu diraikan.


Pandangan pelajar yang mungkin betul dan mungkin silap ini akan mematangkan mahasiswa menyonsong masa hadapan negara. Segala ruang dan peluang (seperti pilihanraya kampus) yang ada untuk menyampaikan pandangan digunakan sebaiknya oleh semua pihak demi kebaikan bersama. Jangan perjudikan masa dan peluang mahasiswa untuk tujuan politik sementara. Kita bina atas semangat melihat masa depan Malaysia yang lebih baik daripada apa yang kita ada kini


Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.


sesi percubaan

laman ini dibangunkan untuk mematahkan hujah-hujah yang dangkal dari upsikini!nantikan kemunculan kami sedikit masa lagi.kebenaran bukan pada upsikini sahaja