Saturday 8 October 2011

Penghuni Kolej Kediaman UPSI Tertekan



Tanjong Malim, 6 Okt. – Pihak UPSIkena telah menerima beberapa kiriman emel daripada mahasiswa UPSI yang tinggal di kolej kediaman mengadu bahawa keadaan dan suasana di beberapa buah kolej kebelakangan ini berada dalam keadaan yang tidak kondusif untuk belajar dan ini dikaitkan dengan BUNYI BISING.

Menurut pengadu lagi yang enggan namanya disiarkan berkata “ bunyi bising boleh dikatakan berlaku tiap-tiap hari terutama ketika hendak masuk waktu maghrib dan juga larut malam. Bunyi bising ini datangnya daripada lagu-lagu yang dimainkan dengan kuat sehingga satu kolej pun boleh dengar”.

Pengadu juga menyatakan bahawa aduan secara lisan dan bertulis melalui halaman rasmi mahupun group di Facebook telah dibuat kepada jawatan kuasa mahasiswa kolej namun tiada tindakan susulan yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

Bertindak daripada maklumat itu, Unit Risikan UPSIkena membuat pemerhatian selama 2 hari bermula 4-5/10/2011 DI KESEMUA KOLEJ KEDIAMAN UPSI bagi menilai kesahihan aduan itu.

Hasil daripada permerhatian tersebut, pihak kami mendapati aduan yang dibuat adalah benar dan bunyi bising yang dikatakan itu adalah datangnya daripada lagu-lagu yang dipasang terlalu kuat oleh mahasiswa sehingga boleh mengganggu konsentrasi dan mood belajar seseorang.

Selain itu, bunyi bising juga datangnya daripada suara-suara sumbang daripada segelintir mahasiswa yang bernyanyi sama ada di siang ataupun malam hari. 

Pihak UPSIkena menyeru kepada semua Jawatankuasa Mahasiswa Kolej agar mengambil serius setiap aduan yang dinyatakan kepada JMK agar mahasiswa dapat hidup dengan selesa dan aman di kolej kediaman. Janganlah sampai isu ini melarat sehingga sampai ke pengetahuan pihak yang tidak sepatutnya tahu.

- Aduan di buat, UPSIkena ambil berat.-

Friday 7 October 2011

Karnival Kerjaya Guru

Simposium Suluk II


Adalah dimaklumkan Jabatan Bahasa & Kesusasteraan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UPSI akan menganjurkan Simposium Keagungan Sejarah Suluk II. Simposium ini merupakan medium untuk mengetengahkan keunikan etnik-etnik di Sabah dengan menggunakan pendekatan ilmiah. Simposium ini akan diadakan seperti butiran berikut :-

    • Tarikh :11 Oktober 2011 (Selasa)
    • Masa :9.00 pagi
    • Tempat : Auditorium Utama, UPSI
    • Dirasmikan Oleh :TYT Tun Datuk Seri Panglima Hj. Juhar b. Hj. Mahiruddin
      Yang Di Pertua Negeri Sabah

Semua warga UPSI adalah dijemput hadir.

Pembelajaran Koperatif


Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
  1. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
  2. saling berinteraksi secara bersemuka,
  3. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
  4. kemahiran koperatif, dan
  5. pemprosesan kumpulan
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.
Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).
Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

PENDAFTARAN BARU AHLI PEMADAM UPSI



TARIKH : 10 – 13 OKTOBER 2011

HARI : ISNIN HINGGA KHAMIS

MASA : 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

TEMPAT : RUANG LEGAR BANGUNAN BITARASISWA

PENGAMBILAN AHLI SERAMAI 50 ORANG. TERHAD.

UNTUK MAKLUMAN LEBIH LANJUT, BOLEH HUBUNGI

NORAINI BT MAT ZAHIM 019-4177118

Orang Berjaya ialah orang yang




ORANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG… • Orang-orang Berjaya memahami “Kegagalan untuk merancang adalah merancang kegagalan”.
• Orang-orang Berjaya adalah mereka yang ‘FOKUS’ dan tahu apa yang mereka inginkan.
• Orang-orang Berjaya mempunyai masa melebihi 24 jam dalam sehari dengan menggunakan masa orang lain.
• Orang-orang Berjaya percaya pada konsep Penjenamaan.
• Orang-orang Berjaya biasanya mewujudkan “Niche Market”.
• Orang-orang Berjaya percaya akan diri sendiri.
• Orang-orang Berjaya mempunyai disiplin yang tinggi.
• Orang-orang Berjaya tidak akan menunda-nunda kerana percaya hari ini lebih baik dari esok hari.
• Orang-orang Berjaya bijak dan berani membuat keputusan.
• Orang-orang Berjaya adalah orang yang konsisten dan bersederhana dalam perilaku mereka.

Junior dan senior




Tanjong Malim, 4 Okt- Susulan pendedahan tangan-tangan ghaib dalam PERMOR atau Persatuan Pendidikan Moral turut dirasai oleh Persatuan Mahasiswa Sejarah yang kebetulan mengadakan majlis junior bersama senior. Menariknya program senior bersama junior ini memperlihatkan senior sebagai penceramah dan pada malam tersebut PERMAS menampilkan dua penceramah iaitu Rajlen (Timbalan Yang Dipertua PERMAS) dan penceramah jemputan Samuel ( Mantan Majlis Perwakilan Pelajar & Mantan Naib Yang Dipertua PERMAS

Thursday 6 October 2011

YDP MPP : Duit PTPTN Pelajar Semester 8 Akan Dikreditkan


Tanjong Malim, 6 Okt- Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Muhammad Afiq Fikri memaklumkan  bahawa maklumat mengenai duit ptptn bagi pelajar semester 8 akan dkreditkan paling awal pada hari jumaat ini dan selewat-lewatnya minggu hadapan.


Mengulas lanjut mengenai isu ini di laman Facebook peribadi beliau, saudara afiq menyatakan  tiada masalah untuk wang ini dikreditkan ke dalam akaun pelajar kerana pihak Bendahari UPSI telah memberikan voucer kepada pihak bank islam.

Selain itu, menurut sumber yang diberikan oleh wartawan lokasi UPSIkena yang turut berada di dewan Kolej Za'ba, Afiq turut mengulas  mengenai wang RM500 yang ditolak semasa pelajar semester 8 mendapat wang PTPTN baru- baru ini. Beliau menjelaskan RM500 tersebut yang telah ditolak dari akaun pelajar semester 8 tidak akan dikembalikan semula kepada pelajar semester 8 kerana itu merupakan sebahagian daripada wang pendahuluan yang diberikan kepada semua pelajar semester 8 yang berpraktikum semasa cuti semester yang lepas.Beliau turut menjelaskan sekiranya terdapat sebarang persoalan yang timbul berkaitan isu tersebut beliau sedia untuk membuat penjelasan selanjutnya mengenai isu tersebut kepada semua.

Tuesday 4 October 2011

CADANGAN ROMBAKAN MENYELURUH RPA KEPADA TNC HEP&A

Tanjong Malim, 3 Okt. – UPSIkena: Isu Rakan Penggerak Ad-Din (RPA). UPSIkena mencadangkan kepada TNC HEP&A UPSI mengubah secara menyeluruh pelaksanaan dan pengendalian RPA di UPSI.
Antara cadangan penambahbaikan RPA:
1.     RPA diubah nama kepada RAKAN PEMBIMBING SISWA (RPS). "Rebranding" ini dapat membuktikan bahawa satu program yang menyeluruh yang akan dapat diikuti oleh semua siswa/i UPSI tanpa mengira agama. Namun begitu, modul berbeza perlu diaplikasikan kepada BUKAN MUSLIM yang lebih cenderung kepada penekanan MORAL dan KENEGARAAN.
2.    Naqib dan naqibah perlu diganti dengan RAKAN PEMBIMBING USRAH. RAKAN PEMBIMBING USRAH ini terdiri daripada semua kaum. Setiap rakan pembimbing ini akan dihantar kursus khas untuk dilatih menguasai isi kandungan modul serta visi dan misi RPS.
3.    RPS ini sentiasa melaporkan perkembangan semasa ahli USRAH.  rakan pembimbing RPS hendaklah sentiasa melaporkan perkembangan ahli USRAH dan prestasi pelaksanaan modul yang telah ditetapkan kepada pengetua setiap kolej kediaman bagi menilai prestasi semasa dan pencapaian pelaksanaan modul.
4.    Pengetua kolej hendaklah sentiasa menghantar laporan kepada TNC HEP&A mengenai perjalanan dan prestasi RPS setiap bulan untuk memastikan visi dan misi RPS tercapai.

UPSIkena mengharapkan TNC HEP&A memperimbangkan dan mengambil cadangan ini secara  serius demi kebaikan mahasiswa UPSI secara keseluruhannya. 

BENARKAH ADA TANGAN-TANGAN GHAIB DALAM MESYUARAT AGUNG PERMOR?




Tanjong Malim, 4 Okt. – UPSIkena: Unit Media UPSIkena telah menerima maklumat daripada mahasiswa yang tidak ingin namanya disiarkan menyatakan bahawa akan ada TANGAN-TANGAN GHAIB semasa Mesyuarat Agong Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) kali yang ke-4 bertempat di bilik E-Learning 9 pada 30 September yang lalu.

Bertindak daripada maklumat yang diterima, unit risikan UPSIkena telah menghantar wakil ke mesyuarat AGM tersebut. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh seorang pensyarah bertaraf Profesor (penasihat PERMOR) yang dihadiri lebih daripada 100 orang ahli. Maklumat awal yang diterima oleh pihak UPSIkena, dijangkakan akan ada percaturan dalaman daripada barisan MT PERMOR.

Pihak UPSIkena telah mendapat maklumat bahawa semua exco persatuan tersebut telah membuat percaturan awal untuk memilih Majlis Tertinggi sendiri sebelum mesyuarat AGM dijalankan. Mengikut senarai awal yang diterima, jawatan presiden telah disandang oleh saudara Amirul Asraf iaitu penuntut semester lima yang berasal dari negeri KELANTAN.

Pihak risikan UPSIkena agak terkejut apabila pengumuman yang dibuat adalah berbeza dengan senarai awal yang telah UPSIkena terima. Bagi mendapat kepastian, pihak UPSIkena telah bertanya secara rawak kepada salah seorang daripada mereka yang hadir yang juga menyatakan bahawa dia juga tidak menjangkakan bahawa jawatan presiden telah dicaturkan sendiri oleh TANGAN-TANGAN GHAIB tanpa diadakan undian pada mesyuarat tersebut.

Unit Risikan UPSIkena menjangkakan Amirul akan menyandang jawatan presiden tetapi percaturan awal telah dibuat tanpa persetujuan sebulat suara daripada ahli persatuan dengan memilih saudara Edward yang berasal daripada negeri SARAWAK. Mengikut senarai awal, Edward akan memegang jawatan bendahari persatuan dan Amirul sebagai presiden yang mengetuai PERMOR.

Apabila pengumuman dibuat oleh Mantan Presiden, Suadara Effy Haridth , Amirul dan Edward telah bertukar jawatan sesama sendiri tanpa persetujuan exco yang lain. Dalam masa yang sama, mantan Presiden PERMOR telah menyatakan isu yang dibangkitkan dalam MPP iaitu berkaitan dengan etika kerahsiaan. Beliau juga telah menceritakan bahawa pihak MAHASISWA PENDIDIK tidak bertanggungjawab dengan mendedahkan perkara dalaman organisasi MPP di laman sosial sehingga memalukan organisasi INDUK PERWAKILAN PELAJAR tersebut.

Tambahnya lagi, beliau menegaskan bahawa semua ahli-ahli persatuan perlu bersatu untuk melaksanakan pelbagai program untuk kepentingan bersama dan menyeru supaya Persatuan Pendidikan Moral menghantar wakil untuk bertanding bagi mendapatkan kerusi dalam kabinet MPP pada Pilihanraya Kampus akan datang.
Dalam pada itu, di dewan E-Learning 7 turut diadakan perjumpaan tertutup antara Mahasiswa Sejarah Semester 1 dengan senior dan salah seorang penceramahnya merupakan mantan Majlis Perwakilan Pelajar yang juga Mantan Naib Presiden PERMAS sesi 2009/2010. Berita selanjut akan menyusul nanti. Teruskan bersama UPSIKENA..

-Singa Zuzu-

Sunday 2 October 2011

TERBUKTI PENSYARAH DIANIAYA, SIASATAN SELESAI


Tanjong Malim, 2 Okt. – Analisis daripada artikel berunsur FITNAH terhadap seorang pensyarah yang dikeluarkan oleh UPSIkini dan disebarkan di Facebook MAHASISWA PENDIDIK (MP) melalui halaman rasminya, KAMI SOKONG MAHASISWA PENDIDIK. Daripada siasatan secara keseluruhan yang dijalankan unit risikan dan wartawan UPSIkena telah mendapati tiada bukti dan fakta yang kukuh terhadap kenyataan FITNAH yang dibuat oleh UPSIkini dan MAHASISWA PENDIDIK (MP). Selain itu, kesahihan berita ini juga amat meragukan dan boleh dipertikai kerana tidak dinyatakan NAMA PENSYARAH tersebut dan sumber maklumatnya.

Keraguan yang terbesar adalah UPSIkini dan MAHASISWA PENDIDIK tidak dapat menyatakan secara jelas siapa “pensyarah” yang dimaksudkan itu. Mereka hanya menyatakan KLU-KLU secara kabur dan tidak jelas. Namun setelah pihak UPSIkena mendedahkan ada campur tangan daripada individu berstatus ‘Dr’ yang MEMFITNAH pensyarah tersebut, maka didapati UPSIkini dan MP dilihat cuba BERDOLAK-DALIK dalam kes ini.
Namun, setelah mendapat penjelasan dan hasil temu ramah UPSIkena dengan pensyarah tersebut telah merungkaikan segala-gala kenyataan FITNAH daripada UPSIkini yang disebarkan oleh halaman Kami Sokong Mahasiswa Pendidik.

Saturday 1 October 2011

Kenyataan Rasmi saudara DS Farhan Mukhlis, YDP GPMS mengenai fitnah terhadap beliau dan GPMS





Serangan demi serangan oleh puak yang GENTAR dengan GPMS UPSI telah bermula dengan cuba memFITNAH Yang Dipertua GPMS UPSI. Serangan dari puak penentang ini telah bermula dengan beberapa kronologi serangan yang ingin menjatuhkan kepimpinan sedia ada.

Sikap GENTAR terhadap YDP GPMS yang pertama ini teserlah apabila mereka cuba memfitnah beliau dengan menggunakan "chatbox" di blog GPMS UPSI sendiri yang mengatakan beliau membubarkan GPMS UPSI dan mengatakan beliau "bodo" dan Persatuan GPMS ini sebagai "sampah".


YDP GPMS UPSI memberikan kenyataan bahawa "puak penentang ini akan terus menentang GPMS UPSI yang teguh dalam memperjuangkan mahasiswa semenanjung dalam pendidikan menjadikan UPSI sebagai gedung melahirkan gedung melahirkan pemimpin negara."

Menurut beliau lagi, "serangan-serangan seperti ini sudah biasa bagi seorang pemimpin dan orang yang menyerang ini tidak mempunyai kreadibiliti sebagai seorang pemimpin di masa akan datang." oleh yang demikian beliau menasihatkan agar orang seperti ini tidak perlu dilayan kerana mereka tiada hala tuju dalam membantu mahasiswa UPSI serta langsung tidak dapat membantu dalam memperkasakan pendidikan negara.

Ketika ditemui YDP GPMS, Saudara Farhan atau lebih dikenali di UPSI dengan nama DS Kekanda Farhan Mukhlis menyatakan fitnah ini merupakan fitnah siri keempat yang didalangi oleh mahasiswa tertentu. Menurut beliau lagi mahasiswa ini di kalangan mahasiswa yang kecewa dan sering memfitnah untuk mendapatkan kuasa. Menurut beliau lagi fitnah ini disebabkan oleh sikap mereka yang merasakan kewujudan GPMS akan mengugat mereka tanpa memikirkan peranan GPMS dalam pendidikan Melayu di Semenanjung. Selain itu, beliau menyatakan fitnah siri empat ini lanjutan daripada fitnah pertama terhadap TNC HEPA, seterusnya YDP MPP, seorang penysarah UPSI dan sekarang giliran beliau sebagai YDP GPMS.

Untuk rekod saudara DS Kekanda Farhan Mukhlis merupakan seorang pemimpin mahasiswa yang berani bersuara atas kebenaran dan dikenali pemimpin mesra mahasiswa. Malah beliau pernah dilabel oleh UPSIKINI dengan gelaran Ibrahim Ali UPSI kerna keberanian beliau dalam menyuarakan kepentingan mahasiswa seperti Ibrahim Ali mempertahankan hak bumiputera. Pihak UPSIKENA berharap pihak yang memfitnah saudara DS untuk bertaubat atau meminta maaf secara terbuka kepada beliau.

Semoga kenyataan rasmi saudara DS ini menjelaskan keadaan sebenar dan perancangan pihak tertentu yang tidak senang dengan penubuhan GPMS. Semoga pintu taubat pihak tersebut terbuka dan tidaklah terlampau taksub dengan perjuangan hingga menjatuhkan orang lain.

EKSKLUSIF!!! “Terbukti DIFITNAH, UPSIkini dan Mahasiswa Pendidik MEMFITNAH”

Tanjung Malim, 01 Okt- Unit Risikan UPSIkena telah menjalankan siasatan terperinci berkaitan dengan kes berunsur FITNAH yang disiarkan oleh UPSIkini dan Mahasiswa Pendidik berkaitan dengan seorang pensyarah yang dikatakan ‘DITANGKAP KHALWAT’ baru-baru ini. 

Bertindak daripada ‘KLU-KLU’ dalam e-mel yang dihantar oleh seorang individu yang mahu namanya dirahsiakan, unit risikan UPSIkena telah menjalankan siasatan dengan beberapa orang individu yang berkaitan dengan kes tersebut. Daripada hasil siasatan awal UPSIkena mendapati bahawa ‘FITNAH’ yang dilemparkan oleh UPSIkini dan Mahasiswa Pendidik terhadap pensyarah tersebut adalah sama sekali tidak berasas. FITNAH ini didalangi oleh individu “DRSSHT” yang berniat jahat kepada MANGSA.