Saturday 31 December 2011

TNC HEP: MAHASISWA DINASIHATKAN TIDAK MENGHADIRI PERHIMPUNAN 16 JAM

Tanjong Malim, 31 Dis. – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (TNC HEP&A) telah mengeluarkan PERINGATAN agar semua mahasiswa UPSI tidak menyertai PERHIMPUNAN 16 JAM yang dijangkakan diadakan di UPSI pada hari ini bermula jam 9 Malam hingga keesokkan harinya.

Dalam kenyataan beliau melalui Facebooknya turut menyatakan bahawa pihak PDRM turut memberikan arahan agar mahasiswa/i terutamanya mahasiswa/i UPSI tidak menyertai perhimpunan itu kerana pihak UPSIkena difahamkan perhimpunan esok adalah PERHIMPUNAN HARAM.

Pihak UPSIkena menyambut baik saranan daripada pihak UPSI dan PDRM ini kerana kami melihat tindakan PELAMPAU MAHASISWA ini tidak menggambarkan sebagai satu pergerakan bebas kerana terdapat ahli politik yang mengawal pergerakan mereka ini.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh badan ini yang kononnya dikatakan mendesak kebebasan akademik dan tidak dipengaruhi oleh parti politik luar ini sama sekali TIDAK DISENANGI oleh MAJORITI MAHASISWA UPSI kerana akan mengganggu tumpuan pelajar terhadap PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER yang bakal bermula pada 3 Januari 2012.

Pihak UPSIkena turut meminta respon daripada mahasiswa dan kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan perhimpunan ini yang dianggap akan MEMBUAT KACAU dan mengganggu konsentrasi pelajar lain untuk menghadapi peperiksaan akhir semester.

Pihak UPSIkena berharap agar semua mahasiswa TIDAK MENGHADIRI ke perhimpunan tersebut dan mengharapkan agar PDRM dan pihak universiti dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada PELAMPAU MAHSISWA tersebut.


Aman Kampus: Bebaskan Mahasiswa Daripada Pelampau Pelajar ~

Sunday 18 December 2011

MENCEMARKAN NAMA UPSI: NC, TNC HEP KENA AMBIL TINDAKAN!!!


Tanjong Malim, 18 Dis. – Tindakan yang tidak bijak dikatakan telah dilakukan oleh seorang mahasiswa UPSI yang menyertai demo di PWTC semalam yang dikatakan telah menurunkan bendera DS Najib Razak dan menggantikan dengan bendera SMM

Peristiwa menurunkan bendera Perdana Menteri, DS Najib Razak di PWTC yang disyakki dilakukan oleh Adam Adli merupakan satu tindakan paling bodoh yang pernah dilakukan oleh seseorang yang bertaraf mahasiswa!

Difahamkan bahawa mereka terdiri daripada gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

Insiden ini telah mencemarkan nama UPSI dan warga pendidik UPSI yang dilihat ANTIKERAJAAN walhal tidak semuanya begitu. Blog-blog utama seperti Gerakan Anti PKR, Dr MIM, Papa Gomo dan lain-lain juga memaparkan isu ini dan mengecam tindakan mahasiswa ini serta kewajaran pihak UPSI yang dilihat lemah dalam menangani masalah mahasiswa ini.

Pihak UPSIkena mengingatkan kepada semua mahasiswa UPSI agar berfikir banyak lapis sebelum melakukan sesuatu perkara yang boleh menjejaskan imej semua orang. Kepada Adam Adli jika kamu tidak melakukannya beranikan diri dan tampil buat kenyataan di Facebook, Twitter atau Blog kamu.

Pihak UPSIkena menasihatkan Adam Adli agar berhati-hati berkemungkinan anda DIBURU!!! Bewaspadalah sebab tindakan itu dilihat menjatuhkan maruah semua rakyat Malaysia umumnya dan UPSIkhasnya.

Tuesday 6 December 2011

Kekurangan Bahan Rujukan, MPP Kebajikan UPSI Masih Tidur!!!


Tanjong Malim, O6 Dis. – Pihak UPSIkena telah menerima kiriman emel daripada mahasiswa UPSI yang menyatakan rasa kekesalan terhadap MPP berkaitan dengan kegagalan MPP dalam memenuhi tuntutan yang mendesak baginya terutama dalam isu kekurangan buku ilmiah di perpustakaan UPSI.

Beliau menyatakan bahawa isu kekurangan bahan rujukan di perpustakaan UPSI ini bukanlah suatu isu yang baru kerana telah berlaku semenjak beliau memasuki UPSI sehinggalah sekarang.

Pengadu juga mempersoal APAKAH TINDAKAN yang telah dilakukan sejak sekian lama bagi mengatasi masalah kekurangan bahan rujukan ini. Untuk rekod, setiap tahun mahasiswa mengadu masalah yang sama namun sehingga sekarang masih tiada sebarang perubahan.

Pengadu juga mempersoal tindakan MPP daripada Fakulti Sains dan Kemanusiaan yang dilihat tidak serius dalam memperjuangkan isu kekurangan buku ini walhal isu kekurang buku ini adalah amat kritikal terutama bagi menyiapkan tugasan mahupun latihan ilmiah. Untuk rekod, seramai 8 orang MPP daripada FSK 4 daripada kawasan umum dan 2 bagi kawasan fakulti serta 2 bagi wakil etnik.

Bertindak daripada maklumat itu, Unit Risikan UPSIkena membuat pemerhatian dan tinjauan selama beberapa di Perpustakaan UPSI bagi menilai kesahihan aduan itu.

Hasil daripada permerhatian tersebut, pihak kami mendapati aduan yang dibuat adalah benar dan rata-rata mahasiswa daripada Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) mengeluh kerana kekurangan bahan rujukan. Kalau adapun hanyalah bahan-bahan rujukan yang lama.

Pihak UPSIkena mengharapkan agar MPP janganlah bersikap double standard dalam menjuarai isu mahasiswa. Janganlah menumpukan sangat isu-isu di luar sehingga lupa pada tanggungjawab anda kepada pengundi-pengundi anda. Berpijaklah di bumi yang nyata, mendepanilah masalah pelajar dan bukannya membelakanginya.