Friday, 27 January 2012

SIRI 3: MASUK U KERANA 'KUOTA' PUNCA SEGELINTIR MAHASISWA 'MELAYU' SUKA TIDUR ATAS JALAN


Tanjong Malim, 27 Jan – Apa yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir ada benarnya apabila negarawan itu menyatakan bahawa tidak semua pelajar berketurunan Melayu yang melangkah masuk ke Universiti hari ini bukan semuanya pandai-pandai dan boleh dikira layak.

Mahasiswa hari ini dilihat lebih suka berpolitik tanpa memikirkan masa depannya dengan mengabaikan pelajaran. Kerana terlalu sibuk berpolitik akhirnya pelajaran yang merupakan tanggungjawab hakiki merosot. Boleh baca ulasan Tun di BERNAMA, MSTAR dan SINAR HARIAN.

UPSIkena menasihatkan kepada pelajar UPSI yang berketurunan Melayu segelintirnya haruslah sedar, bahawa kemasukan anda ke Universiti bukan disebabkan dengan keputusan peperiksaan yang cukup-cukup makan, tetapi disebabkan kamu MELAYU. Kalau tak kerana kamu Melayu, jangan harap dapat menjejak kaki ke menara gading dengan berbekalkan keputusan yang tak seberapa.

Hargailah ia kerana tidak semua orang berpeluang seperti anda untuk melayakkan diri masuk ke universiti. Bila sudah diberi peluang, jangan pula disia-siakan dengan menjadi keldai tunggangan orang politik. Percayalah, tanpa sebarang kelulusan yang dimiliki, jangan harap orang-orang politik ini akan mengambil kamu bekerja dengan mereka atau diangkat menjadi tokoh pemimpin satu hari kelak.

Buat renungan orang Melayu semua khususnya mereka yang punya anak-anak yang bersekolah, yang menaruh harapan tinggi di sebalik keadaan yang serba kekurangan berbanding anak-anak kaum lain yang lebih berkemampuan dalam memberi segala bantuan tambahan dalam pembelajaran anak-anak.

Juga buat renungan mahasiswa pro BEBAS yang pencapaian akademik mereka langsung tidak melayakkan mereka untuk terus bergelar sebagai mahasiswa, sila renungkan kata-kata pejuang demonstrasi jalanan ini jika beliau menjadi PM kelak.

“If elected, Mr. Anwar said he would speed up the removal of racial quotas for university places and focus on helping lower-income groups regardless of race instead of solely aiding ethnic Malays”.

Petikan ini diambil daripada Asian Wall Street Journal


Adakah anda rela jika Anwar akan pastikan TIDAK ADA LAGI kuota Bumiputera untuk kemasukan ke IPTA. Semuanya Meritokrasi 100% ! Bantulah diri anda dahulu sebelum anda membantu orang lain. Hargailah kelebihan yang ada dan yang masih dimiliki.

Monday, 23 January 2012

SIRI 2: HEROISME JALANAN YANG CETEK AKAL?

Tanjong Malim, 23 Jan - Pasca daripada artikel sebelum ini telah menyaksikan:

i) Berlaku lagi gelombang demonstrasi yang berlanjutan
ii) Gerakan ini mendapat sokongan postif orang awam
iii) Kumpulan pelajar diangkat sebagai hero awam

Di Malaysia: Tidak ada satu peristiwa berdarah berlaku ke atas pelajar, yang wajar diangkat setara kezalimannya berbanding peristiwa di atas. Belum ada pihak berkuasa di negara kita yang melepaskan tembakan peluru hidup ke atas pelajar, dipukul sehingga lunyai, cedera parah dek dikerjakan anggota seragam ini berbanding peristiwa di atas.

Bahkan tidak ada tekanan sehebat yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia, dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah mereka.

Halnya begini, gerakan pelajar propembangkang di Malaysia sangat terpengaruh untuk mempraktikkan kaedah yang sama - ingin menentang kezaliman. Namun, sayang sekali, polanya jauh berbeza:

polis salah sebab tak bagi bantal dan tilam untuk mereka.....

i) Demonstrasi lanjutan: Kes Adam Adli (tekanan tatatertib) amat jauh berbeza untuk dibandingkan dengan pembunuhan dalam peristiwa-peristiwa di atas. Protes di UPSI pada malam tahun baru, sebagai lanjutan kisah Adam, bahkan tidak setimpal dengan keperluannya.

Ini soal yang perlu diperhatikan. Kezaliman yang berlaku di Tiananmen Square misalnya, adalah tulen dan selayaknya disabitkan sebagai kejam (tembakan peluru hidup). Manakala kecederaan yang berlaku di UPSI adalah tidak tulen kezalimannya, kerana ia retorik, dibuat-buat dan jelas politikalnya (panjat pagar, pecah pintu).

menaikkan nama universiti dengan cara memalukan

Rekod mereka juga pernah tercalar dengan peristiwa (UPM Black Day) pecah pintu di UPM pada 23 Februari 2011 yang mengundang tempelak banyak pihak.

Malah kita dapat perhatikan, mereka tagihkan 'kezaliman', sengaja mengundang kemarahan pihak berkuasa bagi tujuan politik (agar polis bertindak kasar), berbanding mencapai tujuan besar yang mereka canangkan. Simpati masyarakat merupakan markah tinggi dalam politik!

ii) Sokongan positif awam: Kumpulan pelajar ini sangat tidak cermat. Pertama mereka mengheret seorang figura politik yang masih popular di kalangan rakyat - Perdana Menteri (bererti berkonfrontasi dengan penyokongnya). Kedua, isu yang dibangkitkan tidak menyentuh keinginan dan keterujaan masyarakat untuk bersama mereka. Ketiga, apa yang dipertontonkan mereka adalah bertentangan dengan norma besar masyarakat (ambil perhatian: adab sopan, terutamanya guru, sangat sentimental untuk kita).

tidak perlu mengaikan PM dengan demo bodoh ni...

masyarakat menilai kelakuan buruk ini walau ianya bukan dilakukan mahasiswa UPSI...

Nyata, tidak ramai yang menyokong, malah mendapat tempelak umum. Sebahagian yang menyokong adalah di kalangan penyokong parti pembangkang. Pun begitu, ia masih mendapat tempelak di kalangan kumpulan ini. Blogger propembangkang bahkan (Ameno World), mengkritik tindakan kumpulan pelajar ini, yang disifatkannya kurang bijak dan emosional.


ini sebenarnya yang Adam mahukan??

iii) Hero awam: Apabila sudah tidak mendapat sokongan awam, ini bererti tiada unsur heroism dapat diangkat oleh umum. Seperti dinyatakan, mereka tidak cermat menggerakkan usaha selari dengan kehendak awam. Keadaan Malaysia tidak seteruk yang digambarkan - berbeza dengan kes-kes aktivisme pelajar di negara tertentu.

Yang mengangkat mereka hanyalah parti pembangkang, itu pun sebab populariti politik.

Barangkali, dengan mengandaikan kadar pengangguran di kalangan siswazah di Malaysia terlalu teruk - dan gerakan mereka tertumpu pada mendesak kerajaan memperbaikinya - dan akhirnya selesai - mungkin ia memberi pandangan yang berbeza terhadap masyarakat. Atau pun, mungkin demonstrasi menuntut kemerdekaan, atau mungkin demonstrasi memaksa kapitalis menurunkan harga barang.

Malaysia hari ini sebenarnya tidak memberi suasana yang selesa untuk aktivisme berupa radikal ini, memandangkan derita yang dialami rakyat tidaklah seteruk mana. Perlu difahami, kes Tiananmen Square bersangkut dengan derita rakyat dek kegagalan sosialisme China dan autokratik pemerintahnya. Kes Jan Opletal, diangkat sebagai hero kerana dibunuh sebab meraikan tentangan terhadap kezaliman Nazi.

Namun, dek kerana begitu teruja dan dibakar gelojak emosi - maka hal yang sangat kecil kadar 'kezalimannya' dicanang-canang secara berlebihan oleh pelajar kita, dan begitu ketara pula strategi politiknya. Ini kesilapan besar buat mereka yang mahu dianggap hero awam, apatah lagi mengangkat darjat pelajar yang statusnya adalah bakal pendidik anak bangsa Malaysia.



UPSIkena menasihatkan kepada semua mahasiswa agar lebih bersikap matang dalam semua perkara jangan mengambil sesuatu itu secara melampau yang akhirnya akan merugikan kepada semua pihak. Bantulah diri, keluarga kita dahulu sebelum membantu orang lain. 



Friday, 20 January 2012

PENTING!!!: PENUNDAAN TARIKH KURSUS KEPIMPINAN MAHASISWA SIRI 1

Tanjong Malim, 2o Jan – Pihak UPSIkena mendapati terdapat perubahan pada tarikh Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2012 Siri 1 seperti yang telah dijadualkan sebelum ini pada 28 hingga 30 Januari 2012 akan ditunda kepada 03 -05 Februari 2012 (Jumaat – Ahad).

maklumat tidak rasmi yang diperoleh setakat ini...

Sebelum ini pihak UPSIkena ada mengeluarkan artikel berhubung dengan tarikh Kursus Kepimpinan Mahasiswa Siri 1 di sini.

Diharapkan semua front-front yang bakal mengambil bahagian dalam PRK kali ini tidak lagi terkeliru dan tiada sebab untuk anda menyalahkan pihak pentadbiran. Pihak UPSIkena juga mengharapkan agar pihak HEP menaikkan notis secara rasmi di Portal UPSI agar semua mahasiswa mengetahuinya sekiranya penundaan tarikh ini benar-benar berlaku.

Kepada front Aspirasi (Bitara), Tapir, LMP, SMILE dan MP anda bolehlah membuat persiapan dengan menyusun strategi-strategi yang akan dilakukan bagi memperoleh kemenangan PRK nanti. Pihak UPSIkena menjangkakan PRK akan datang akan lebih hangat daripada sebelum ini.

Mampukan PRO-M menawan UPSI? Nantikan analisis ini oleh UPSIkena menjelang PRK nanti.

BAHANG PILIHAN RAYA KAMPUS, PENTASNYA SUDAH DIBUKA

Tanjong Malim, 2o Jan – Suasana PRK di UPSI masih dilihat dalam keadaan biasa kerana UPSIkena mendapati majoriti mahasiswa tidak memikirkan langsung mengenai bila tarikh jangkaan PRK akan di adakan. Namun di sini, UPSIkena mendapati ura-ura PRK akan di adakan dalam masa terdekat.

Terkini, pihak pentadbiran UPSI melalui Bahagian Pembangunan Pelajar HEP akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2012 Siri 1. Untuk maklumat lanjut klik sini.


Pihak UPSIkena difahamkan, kepada mahasiswa UPSI yang berhasrat untuk bertanding menjadi wakil calon MPP haruslah menyertainya kerana merupakan antara syarat wajib yang telah ditetapkan oleh pihak HEP. Namun untuk mengelakkan kekeliruan, mahasiswa boleh menghubungi secara terus dengan Bahagian Pembangunan Pelajar HEP UPSI.

Untuk rekod, pada pemilihan wakil calon MPP pada sesi lepas, pihak HEP telah mewajibkan semua calon yang ingin bertanding perlu menghadiri kesemua siri kem kepimpinan pelajar ini. Namun, pada sesi lepas pihak HEP tidak  mensyaratkan wajib mengikuti kursus kepimpinan ini bagi calon-calon yang ingin bertanding.

Kepada semua mahasiswa UPSI, gunakanlah kuasa undi anda untuk memilih wakil pemimpin anda yang betul-betul berkaliber dan bukan hanya berdasarkan penampilan dan pandai bercakap sahaja tetapi semua kerja ‘tak jalan’. UPSIkena juga mendapati bahawa terdapat segelintir MPP yang langsung tidak menjalankan tugasnya malah dalam program-program MPP pun hanya MUKA MPP YANG SAMA SAHAJA yang ada.

Kepada bakal-bakal pemimpin mahasiswa UPSI pada masa akan datang, jadilah pemimpin yang amanah dan komited pada tanggungjawab. Yang paling penting, buang ideologi anda semua dalam saf kepimpinan kerana perbalahan ideologi anda tidak akan menguntungkan mahasiswa pun malah memberi kesan negatif kepada kebajikan mahasiswa.

Wednesday, 18 January 2012

SIRI 1: DEMONSTRASI PELAJAR, KEJAMKAH PIHAK PENGUASA MALAYSIA TERHADAP PELAJAR?

Tanjong Malim, 18 Jan – Sejak akhir-akhir ini, masyarakat sering dimomokkan oleh segelintir pelampau mahasiswa dan parti politik dengan menyatakan bahawa pihak penguasa terutamanya POLIS menggunakan kekerasan dalam menyuraikan demonstran. Yang peliknya, demonstran ini berpendidikan tinggi tidak pula menyoal diri mereka kewajaran tindakan yang diambilnya.

Bagi mengupas isu ini dengan lebih lanjut, UPSIkena mahu membuka minda mahasiswa dengan beberapa peristiwa yang melibatkan demonstrasi oleh pelajar dan kaedah kawalan yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Di China: 15 April 1989, di Tiananmen Square, Beijing, berlaku beberapa siri demonstrasi besar-besaran yang disertai ribuan pelajar dan orang awam yang diakhiri dengan 'perang' menentang polis dan tentera.

Ia bermula dengan himpunan meratapi kematian Hu Yaobang, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis China, kemudian berlanjutan dengan tuntutan reformasi politik, mogok lapar dan protes terhadap pemerintah. Jumlah demonstran akhirnya pada 4 Mei dianggarkan mencecah 100,000 orang - yang pada akhirnya berlanjutan hingga mengheret tentera bertindak keras pada penghujung Mei hingga awal Jun.

Di jalan-jalan raya, pertempuran antara orang awam (bersenjata batu, molotov cocktail) dengan pihak berkuasa berlaku - tembakan berdas-das dilepaskan secara rawak yang akhirnya mengundang ribuan kematian dan kecederaan. Wang Dan (Universiti Peking) antara kepala kumpulan pelajar, dijatuhi hukuman penjara 7 tahun. Beberapa yang lain melarikan diri ke Eropah, Amerika dan negara lain.

sungguh tragis...
inikah kesan demo yang kita mahu?

Di AS: peristiwa Kent State Massacre, di Kent State University, Ohio - 4 pelajar terbunuh manakala 9 lagi cedera apabila ditembak oleh pasukan Ohio National Guard. Ia bermula pada 1 Mei 1970, apabila sekumpulan 500 pelajar universiti itu berhimpun memprotes tindakan Presiden Nixon menceroboh Kemboja.

Ia berpanjangan sehingga 4 Mei, yang kemuncaknya apabila kumpulan pelajar ini mengherdik pasukan Ohio National Guard dengan 'Pigs off campus' yang cuba menyuraikan protes - yang akhirnya tembakan dilepaskan secara rawak.

4 terbunuh dalam siri demonstrasi ini...

Di Mexico: TlatelolcoMassacre, peristiwa 2 Oktober 1968 yang melibatkan kekerasan pihak berkuasa Mexico menyuraikan protes pelajar (dan orang awam) di ibu kota negara itu - sehingga melibatkan kematian ratusan orang. Untuk lihat gambar klik sini.

bandingkan dengan cara polis di Malaysia guna untuk 
suraikan demonstran pelajar...

Di Thailand: Thammasat University Massacre, peristiwa serangan ke atas pelajar yang berdemonstrasi (menentang bekas Panglima Tentera Thanom Kittikachorn) sehingga mengundang kematian seramai 64 demonstran.Ini berlaku pada 6 Oktober 1976.

Adakah polis Malaysia sekejam ini untuk meleraikan demonstran???
Berfikirlah wahai mahasiswa dan bandingkan!!!

Peristiwa di atas merupakan sebahagian daripada kes kekasaran yang berlaku ke atas pelajar yang berdemonstrasi sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah. Kita ada banyak lagi contoh di atas, misalnya di Mesir (2001), Orangeburg Massacre (South Carolina, 1968), Rangoon University (1972) dan banyak lagi.

Pihak UPSIkena mahu para mahasiswa bandingkan siri demonstrasi pelajar di atas dengan siri demonstrasi pelajar di Malaysia, khususnya di UPSI pada malam tahun baru yang lepas. Adakah pihak polis menggunakan kekerasan yang sama dilakukan oleh pihak penguasa negara lain dalam menyuraikan demonstran? Anda matang anda mampu nilaikannya.

banggakah kamu dengan demonstran ini??
inikah bakal guru yang mahu mendidik anak bangsa kita nanti?


Kepada aktivis mahasiswa UPSI khasnya. Adakah kita semua mahu siri demonstrasi itu berlaku di negara kita??? Anda mempunyai akal fikiran yang waras, ideologi yang hebat dan semangat yang berkobar-kobar untuk berjuang. Maka, gunakanlah kelebihan itu untuk kemaslahatan bersama jangan disebabkan kerakusan dan campur tangan pihak yang berkepentingan, semua itu dilihat sia-sia.


Bersambung...






Tuesday, 17 January 2012

ISU 2 ORANG PELAJAR DIBUANG KOLEJ: DISEBALIK TABIR

Tanjong Malim, 17 Jan – Isu 2 orang pelajar yang dikatakan dibuang kolej kerana berlakon di dalam sebuah video pendek bertajuk “Kau Nie” merupakan  satu penghinaan dan fitnah semata-mata kepada pengetua Kolej Za’ba. UPSIkini dan Laman Rasmi Mahasiswa Pendidik mula menjadikan fitnah sebagai senjata baru mereka untuk menjatuhkan orang lain.


Apakah niat sebenar MP dan UPSIkini menyiarkan artikel seperti ini yang tidak langsung membina kematangan berfikir untuk para mahasiswa? Adakah kerana perbezaan ideologi dan politik masing-masing? Apakah isu ini yang selayaknya diperjuangkan oleh barisan kepimpinan MP yang sudah jelas tidak memihak kepada semua mahasiswa yang terlibat?

Artikel daripada UPSIkini

Kenyataan MP di KSMP



Namun persoalannya di sini, benarkah 2 pelajar ini dibuang kerana perkara tersebut? Kenapa hanya 2 orang ini sahaja yang diperjuangkan bagai nak gila oleh MP? Siapakah 2 orang ini kepada MP? Apakah muslihat sebenar MP? Dan persoalan terpenting ialah kenapa 2 orang ini tidak mendapat menginap di kolej untuk semester hadapan? Adakah mereka tidak langsung diberikan peluang untuk membuat rayuan?


Sebelum itu kita lihat dulu asbab kepada fitnah tersebut daripada MP dan UPSIkini terhadap pengetua KZ. Lihat video yang dimaksudkan di bawah ini.

tengok pun tak habis, bosan. 
Video klip Oley lagi menarik dan mudah faham...

Mereka dikatakan dibuang oleh pengetua kolej kerana berlakon di dalam video pendek ini. Adakah masuk akal untuk seorang pengetua menjatuhkan maruahnya dengan merendahkan martabatnya dengan bersikap demikian?

Menjadi kebiasaan semua kolej di UPSI akan menerima kemasukan ramai pelajar baru yang diterima belajar di UPSI. Maka, pihak kolej akan membuang pelajar-pelajar yang diklasifikasikan sebagai ‘TIDAK AKTIF’ daripada kolej. Maka hanya pelajar yang aktif sahaja boleh diterima untuk menginap di kolej kediaman. Tujuannya mudah iaitu bagi menampung KEMASUKAN PELAJAR AMBILAN BARU.

Bagi mengetahui isu kononnya 2 pelajar ini dibuang daripada kolej, maka Unit Risikan UPSIkena telah membuat siasatan dengan lebih lanjut bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Mengikut siasatan awal, pihak kolej tidak akan membuang pelajar dengan sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah dan semua tuduhan itu adalah fitnah.

Selain itu, pihak kolej juga telah memberikan masa untuk pelajar yang tidak dapat menginap dikolej untuk membuat rayuan melalui surat rasmi kepada pengetua. Namun, pelajar tersebut tidak langsung membuat rayuan permohonan untuk terus menetap di kolej tersebut pada semester depan.

Ruang telah diberikan tapi dipersiakan... 

Kami juga difahamkan pihak pengetua ada menghubungi secara terus individu tersebut bagi mengetahui statusnya sama ada telah membuat rayuan ataupun tidak. Pihak pengetua juga telah memberikan tempoh waktu tertentu kepada pelajar tersebut untuk mengemukakan surat rayuan. Jadi salah siapa sebenarnya? Apakah wajar pengetua dijadikan kambing hitam bagi menutup kesilapan pelajar tersebut?

Blog UPSidaily turut mengulas tentang isu ini dan juga punca-punca  pihak kolej terpaksa membuang segelintir pelajar disini.

Untuk rekod seramai 95 pelajar telah membuat rayuan untuk terus menginap di kolej tersebut pada semester hadapan dan kesemuanya telah diterima. Persoalannya di sini, mengapakah pengetua harus dipersalahkan, sedangkan ruang dan peluang telah diberikan kepadanya?


Petikan kata-kata daripada pengetua KZ

Kepada 2 insan tersebut, jangan jadikan diri anda dikambing hitamkan oleh pihak lain yang berkepentingan. Jadilah mahasiswa yang bermaruah dan juga mampu berdiri atas kaki sendiri. Gilapkan ideologi anda untuk kebaikan semua dan bukannya memecah belahkan hubungan baik sedia ada yang telah terjalin.

Kepada Mahasiswa Pendidik, sudah-sudahla membuat fitnah kepada orang lain. Berhentilah menanamkan sifat permusuhan sesama saudara seislam. Jangan disebabkan perbezaan ideologi dan fahaman politik sempit kamu, maka saudara seislam kamu dianiaya.

Nasihat UPSIkena kepada UPSIkini dan MAHASISWA PENDIDIK, ‘BERTAUBATLAH! Imej kononnya Islamik yang dibawa oleh anda benar-benar memburukkan imej Islam. Sepatutnya anda mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah dan bukannya lebih menambahkan masalah. Kepada warga UPSI hentikanlah melakukan dosa dengan membaca artikel fitnah dari UPSIkini dan MAHASISWA PENDIDIK. Allahuakbar!!!



Sunday, 15 January 2012

ISU PELAJAR DI BUANG KOLEJ, MP BERAT SEBELAH

Tanjong Malim, 15 Jan – Mahasiswa Pendidik dilihat bermati-matian mahu mempertahankan 2 orang kaum kerabatnya yang tidak berjaya menginap di kolej kediaman yang dipohon pada semester akan datang (dikhabarkan ada yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kampus akan datang) supaya diterima kembali menginap di kolej kediaman lamanya.

Isu ini bermula apabila pengetua KZ dan KAB dikatakan tidak dapat menerima kesemua permohonan mahasiswa termasuklah nama-nama penyokong tegar MP serta 2 orang yang terlibat dalam penghasilan video klip baru-baru ini. Namun MP hanya memperjuangkan 2 calon PRK mereka ini sahaja dengan alasan lain yang diberikan kerana mereka ini banyak menabur bakti kepada kolej kediaman sebelum ini.

Namun persoalannya di sini ialah kenapa hanya mereka berdua ini sahaja MP perjuangkan? Kenapa tidak semua pelajar UPSI lain yang tidak dapat menginap di kolej kediaman juga turut diperjuangkan secara bersama? Hanya 2 orang pelajar ini sahajakah yang pernah menabur bakti kepada kolej? Atau MP ada agenda terselindung yang lain?

UPSIkena melihat isu ini hanyalah suatu isu picisan yang sengaja ditimbulkan bagi menjatuhkan serta mencemarkan imej dan kredibiliti kedua-dua pengetua tersebut yang dilihat lebih radikal dalam membuat keputusannya. MP mungkin merasakan tekanan dan terancam dengan karekteristik serta karismatik pengetua kolej yang baru ini.

Selama ini MP mampu bermaharajalela di kolej-kolej kerana pengetua sebelum ini dikatakan terlalu berlembut dengan mereka. Dalam hal ini UPSIkena menyokong 1OO% tindakan pengetua tersebut kerana berdasarkan beberapa faktor termasuk pengambilan pelajar baru pada semester depan dan ramai pelajar UKLK yang memohon untuk menginap di kolej.

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan MP memperjuangkan isu-isu seperti ini adalah bagi meraih populariti bagi pemimpin-pemimpinnya yang selama ini LESU, TENGGELAM dan LEMAS ditarik oleh Adam Adli dengan isu kebebasan akademiknya walaupun dipengaruhi oleh politik luar.

Upsikena mengharapkan agar lain kali MP lebih bersikap adil dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa dan bukannya kepada kaum kerabat sahaja. Blog UPSIdaily turut membicarakan berkenaan dengan isu ini disini. Kepada MP jika ada bukti seperti yang dicakapkan keluarkan sahaja dan jangan main wayang dengan mahasiswa!!!

Tuesday, 10 January 2012

ERA BARU AKTIVISME MAHASISWA

Aman Ali dan Bassam Tariq, dua anak muda Muslim di AS yang merantau ke 30 buah 
masjid di negara itu selama 30 hari dalam kempen menentang Islamofobia. Aktivisme  
seperti ini tidak mengundang rempuhan FRU dan kebencian umum

Tanjong Malim, 10 Jan - Pihak UPSIkena menerima satu kiriman artikel yang dihantar oleh seorang mahasiswa. Di sini, pihak UPSIkena akan kongsikan artikel tersebut sebagai makanan minda mahasiswa dan aktivis mahasiswa.

Pada 1966, University of California, Los Angeles (UCLA) melalui Higher Education of Research Institute (HERI) menemukan dapatan: 57.8% pelajar bersetuju bahawa penglibatan dalam politik (termasuk piket, perhimpunan, protes) dan ia merupakan orientasi utama dalam aktivisme pelajar (dalam kajian tahunannya ke atas pelajar baru universiti-universiti di Amerika Syarikat).

Lebih 30 tahun kemudian, UCLA pada 1997 melaporkan kajian tahunan yang sama dan mendapati: 26.7% sahaja yang bersetuju.

Pada 2010,kajian yang sama menampakkan unjuran yang semakin merosot.Hanya 6% daripada kalangan pelajar di Amerika Syarikat berpendapat bahawa pelajar perlu terlibat dalam protes atau demonstrasi politik.

Persoalannya, adakah mereka ini semakin lesu dan tidak lagi layak diangkat sebagai aktivis pelajar? Adakah pelajar-pelajar ini ditekan teruk oleh pemerintah sehingga hidup dalam ketakutan? Adakah mereka sudah terkena tempias AUKU yang merupakan akta paling zalim dalam sejarah ketamadunan manusia itu?

Tidak. Lembaran aktivisme pelajar di AS semakin meluas dan berubah. Mereka memilih jalan yang lebih profesional, lebih akademik dan lebih bijak - khususnya dalam membantu masyarakat.

"We're not taking over administration buildings; we're walking into the administration building with business suits on." - Zachary Mason, dalam Students switching activism toboardroom.

"True, students are not protesting wars or throwing rocks at the police or other forms of the establishment. But this form of activism is no less heart-felt or legitimate, and it’s also likely to be more enduring." - Judy Hopelain, dalam Student activism is not dead,just changing.

Ya, mereka menyertai perniagaan, giat menjana duit. Mereka masuk ke pejabat pentadbiran secara profesional dan mengemukakan tuntutan dengan kertas kerja yang meyakinkan. Mereka turun ke sekolah-sekolah dan membantu pelajaran kanak-kanak. Mereka memajukan teknologi, mengkomersialkan inovasi teknologi nano, menyemarakkan penemuan sains, - yang semuanya berteraskan bidang ilmu. Dalam masa yang sama, bertujuan memakmurkan masyarakat. (Saya syorkan dibaca Studentactivism can change the world).

Bahkan, dalam aktivisme keagamaan, pelajar tidak perlu melontar batu dan memekik melempiaskan marah, atau mempertontonkan ibadah solat di atas jalan raya (walaupun surau hanya beberapa meter) semata-mata untuk membuktikan Islam itu indah.

Pada Ramadhan (2010), satu kempen menentang Islamofobia dianjurkan oleh dua anak muda Muslim di AS, Aman Ali dan Bassam Tariq. Dinamakan sebagai 30 Mosques in30 Days, kempen ini menyaksikan mereka menjelajah ke 30 buah masjid di seluruh AS dalam sebulan Ramadhan. Kembara berjarak 12,000 km ini merakam rencam budaya, praktis Islam dan keindahan hidup Muslim di mukim masjid terbabit lalu dipaparkan untuk dikongsi ke seluruh dunia melalui blog mereka.

Aktivis terbabit dipuji umum, tidak pula dicerca, malah mendapat liputan meluas dari agensi berita CNN, ABC News dan beberapa yang lain.

Akan halnya tentang aktivis pelajar yang menyorakkan laungan 'Student Power' di Malaysia, masih terkepung dengan kerangka radikalisme tahun 60 dan 70-an, malah terbatas lagi dengan acara politik semata-mata.

Sama ada tak sedar atau pun terlalu ghairah, aktivisme mereka seperti gerabak belakang keretapi, manakala elitis politik merupakan kepalanya.

Bukan setakat keciciran, kita diajak pula memutar jarum ke belakang - mereka mengidam mahu kembali kepada era yang lebih 40 tahun ditinggalkan (yang berbeza demografi, teknologi, ekonomi dan banyak lagi).

Saya tertarik dengan pandangan seorang kenalan (giat memerhati perkembangan kampus) berhubung kaedah aktivisme pelajar kita:

"Saya lebih cenderung menyokong rakan-rakan siswa turun ke beberapa kawasan, lalu menjadikan murid-murid UPSR atau PMR mendapat 5A, menyempurnakan cita-cita banyak ibu bapa dan masyarakat. 

Memberi tuisyen percuma dan berkasih sayang mendidik tanpa mengira bangsa, yg murid-murid berinferiority complex, yg malu-malu berbahasa Inggeris - tiba-tiba hasil sentuhan rakan-rakan siswa, mereka muncul berani dan gagah berbahasa Inggeris.

Begitu juga kebebasan akademik. Saya lebih kagum sekumpulan doktor-doktor USM atas nama khidmat komuniti, turun ke Kemboja membantu anak-anak sumbing mulut. Dan mereka berjaya memberi anak-anak Kemboja kembali tersenyum.

Inilah khidmat kemanusiaan. Kita mahukan unsung hero atau hero jalanan?"
Kita bukan menidakkan kaedah berhimpun, mendesak atau garang - tetapi biarlah ia benar-benar bermakna dan menyelesaikan masalah. Ada satu contohyang dimaksudkan - di AS, kumpulan pendesak United Students Against Sweatshop (terdiri daripada pelajar universiti di AS) berjaya menekan syarikat Nike untuk membayar pampasan sejumlah USD1.54 juta kepada 1,800 pekerja di Honduras.

Januari 2009, dua subkontraktor Nike di Honduras menutup kilang mereka, tetapi gagal mengambil kira kebajikan pekerja yang hilang mata pencarian di kilang itu. Kumpulan pelajar bangkit memprotes, memboikot Nike dengan menggunakan slogan "Just Pay It" (lawan kepada slogan rasmi 'Just Do It').

Ini kerja membantu masyarakat yang tiada maksud partisan. Tuntutannya jelas, dan subjeknya juga yang benar-benar boleh menyelesaikan masalah ('menyerang' kapitalis). Rasionalnya juga jelas, 1,800 pekerja itu memang menderita.

Maka kalangan mahasiswa, profesional, masyarakat yang tiada kepentingan dengan Nike yang nak mencerca gerakan ini pun berfikir berkali-kali sebab faedahnya begitu terang. Bahkan pihak pengurusan University of Wisconsin, Madison turut bersama pelajar, dengan membatalkan satu perjanjian perlesenan mereka dengan Nike (Cornell University turut mengugut).

Dan 1,800 pekerja ini pasti menjulang pelajar universiti sebagai wira mereka.

Kalau ikut aktivis pelajar propembangkang di Malaysia, barangkali Nike terselamat, yang kena ialah Perdana Menteri.