Monday 20 February 2012

Maklumat Penting Dari Bahagian Akademik Maklumat Penting Dari Bahagian Akademik

Salam 1 Malaysia dan selamat sejahtera. Selamat pulang ke UPSI:)

Terdapat beberapa maklumat penting yang boleh berkongsi dengan rakan-rakan setelah bermesyuarat dengan TNC Akademik dan Antarabangsa -  Pror. Omar sebentar tadi.

Tarikh konvokesyen pelajar sesi DISEMBER 2007 akan berlangsung pada MARCH 2012 @ APRIL 2012 manakala untuk sesi JULAI 2008 akan berlangsung pada OGOS 2012 @  SEPT 2012.

Transkrip Akademik pelajar sesi JULAI 2008 akan dikeluarkan selepas mesyuarat senat yang akan diadakan pada 22 Februari 2012 nanti.

Untuk makluman pelajar sem 6 yang bakal berpratikum pada 25 JUN 2012 - 19 OCT 2012, pihak universiti akan mendahulukan RM1000 kepada pelajar yang menerima PTPTN dan tajaan lain supaya dapat meringankan beban pelajar semasa pratikum. Untuk pelajar yang menerima biasiswa KPM, pihak akademik akan menghantar surat rasmi kepada KPM untuk memaklumkan tentang tarikh pratikum pelajar supaya elaun pratikum dan biasiswa KPM dapat diterima seperti yang ditetapkan. [ Selepas habis pratikum, pelajar akan terus bercuti dan akan memulakan semester 8 pada bulan FEB 2013 seperti yang ditetapkan dalam takwim.]

  Prof. Omar juga berharap para pelajar dapat bersabar dengan kekurangan yang dihadapi di kampus baru. Jika terdapat apa-apa masalah berkaitan dengan kampus baru, boleh merujuk kepada pihak yang berkenaan atau MPP supaya dapat membantu.


Sekian.Terima Kasih.