Friday 30 March 2012

TERKINI: ALHAMDULILLAH NAMA-NAMA MAHASISWA BATCH JULAI 2008 TELAH DIHANTAR KE SPP DAN KPM

Tanjong Malim, 30 Mac – Pihak UPSIkena mendapat maklumat bahawa semua nama-nama mahasiswa ambilan Julai 2008 telah dihantar kepada pihak SPP dan juga KPM pada awal bulan 3 yang lalu.

Menurut informasi yang diperoleh daripada bahagian Senat dan Pentadbiran telah memaklumkan bahawa penghantaran nama-nama ini hanya tertakhluk kepada mahasiswa ISMP sahaja dan tidak termasuk kos open market.

Pihak UPSIkena difahamkan juga bahawa pelajar-pelajar ambilan Julai 2008 hanya perlu membuat persediaan untuk ditemuduga sahaja oleh KPM dan SPP. Untuk maklumat lanjut bagi pelajar ambilan Disember 2007 dan Julai 2008, boleh menghubungi Bahagian Senat dan Pentadbiran UPSI di talian 05-4506313.

Pihak UPSIkena ingin mengucapkan terima kasih buat pentadbiran UPSI yang telah bertungkus-lumus bagi menjaga kebajikan pelajar terutama berkaitan dengan isu posting. 

Thursday 29 March 2012

PRO-M BENGANG SEBAB TAK BOLEH BERDEMO?

Tanjong Malim, 29 Mac – Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa seramai 5500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang telah ditemuduga bakal dipostingkan secara berperingkat bermula bulan depan.

Namun penempatan lepasan ISMP yang telah ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang berakhir 16 Mac lalu tertakhluk kepada kekosongan, pilihan opsyen dan cukup syarat kelayakan.

SPP akan memanggil semula calon-calon yang tidak dibenarkan untuk menyertai sesi temuduga atas sebab-sebab tidak cukup syarat untuk menghadiri sekali lagi sesi temuduga itu yang dijangkakan diadakan pada masa terdekat.

sila klik untuk besarkan imej

Pihak UPSIkena mengucapkan selamat berposting kepada yang berjaya kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa, rezeki Allah ada di mana-mana. Kepada yang suka berdemo, TERUSKAN BERDEMO sebab kemungkinan anda akan digantung pengajian lebih tinggi seperti AA selama 3 semester.

Pihak UPSIkena mencadangkan untuk masa akan datang, pihak kerajaan khususnya KPM tidak mempostingkan para pendemo, perusuh yang membuat kacau dan menjatuhkan nama universiti dan kerajaan. Sebaik-baiknya DIBUANG TERUS DARIPADA PENGAJIAN kerana mereka lebih cenderung berpolitik daripada mendidik anak bangsa.

PENTING: TANDA-TANDA PRU-13 SEMAKIN HAMPIR!!!


Tanjong Malim, 29 Mac – Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

Kepada semua mahasiswa dan juga warga UPSI yang masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih, anda bolehlah berbuat demikan selewat-lewatnya SEBELUM AHAD INI. Ayuh sedarkan kepada mahasiswa dan rakyat Malaysia tentang hak dan kewajiban untuk memilih.

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Berikut merupakan tempat-tempat yang disediakan untuk mendaftar sebagai pemilih:
1. Ibu pejabat SPR
2. Pejabat pos berkomputer
3. Pejabat-pejabat pilihan raya negeri
4. Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
5. Wakil parti politik 

Buat pro-Militan yang suka berpolitik dan berdemo, tak guna anda berbaring atas jalan, memanjat pagar, usung keranda, beri baru nisan jika anda masih belum mendaftar sebagai pengundi kerana anda masih belum hadam erti demokrasi. GUNAKAN HAK BERFIKIR SEBELUM HAK BERSUARA! 
     
P/S: Buat mahasiswa UPSI, anda boleh mendaftar sebagai pemilih di bangunan HEP melalui wakil-wakil yang sah. Sila bawa salinan I/C dan anda boleh mendaftar dengan mana-mana petugas SPR yang dilantik seperti berikut di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni:-


En. Musa bin Jaafar
En. Muzamil bin Mahil
Cik Shariza Haryati
En. Syahril Rizal Bin Nordin
Pn. Hajah Patimah binti Salikin
Pn. Masturiana Riana Mohd Basri
Pn. Noor Yazana binti Yazid
En. Ahmad Amri Zainal Adnan

UNDILAH!!! jangan tidooo


Monday 26 March 2012

DS KHALED NORDIN ZALIM!!!


Tanjong Malim, 26 Mac – Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah mengumumkan bahawa tarikh akhir bagi penebusan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) akan dilanjutkan selama sebulan lagi iaitu sehingga 30 April 2012.

terima kasih KPT!


Pengumuman yang dibuat ini pastinya melegakan mahasiswa yang masih lagi belum menggunakan BB1M tersebut. Diharapkan BB1M tersebut digunakan dengan baik untuk pembelian buku-buku dan barangan yang berkaitan dengan pendidikan dan BUKANNYA UNTUK DITEBUS DENGAN DUIT.

Meskipun DS Khaled Nordin telah dihadiahkan batu nisan oleh golongan militan pro-M, namun beliau tahu mahasiswa pro-M ini masih budak hingusan kerana tidak menggunakan hak berfikir sebelum menggunakan hak bersuara. Pihak UPSIkena mengucapkan jutaan terima kasih kepada KPT dan kerajaan Malaysia.

Sunday 25 March 2012

BUKTI SAHIH!!!: PEMBASMIAN ISLAM SEDANG BERLAKU DI UPSI SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH MAHASISWA PENDIDIK

Tanjong Malim, 25 Mac – Tuduhan oleh Mahasiswa Pendidik yang telah mendakwa bahawa pihak pentadbiran universiti yang didalangi oleh HEP telah melakukan PEMBASMIAN ISLAM di UPSI sememangnya mempunyai agenda mereka tersendiri.

Pihak UPSIkena akan mendedahkan sebahagian daripada bukti yang dikatakan sebagai PRMBASMIAN ISLAM DI UPSI.

Aktiviti Kerohanian Di Kolej-kolej kediaman



Sebahagian daripada aktiviti kerohanian yang dijalankan di kolej-kolej kediaman.

Aktiviti kerohanian daripada Pusat Islam UPSI

Kesemua aktiviti kerohanian ini langsung tidak dikongkong mahupun disekat oleh HEP malah turut diberikan lagi galakan oleh TNC HEP sendiri. Namun, UPSIkena agar terkilan kerana boleh dikatakan TIADA LANGSUNG aktiviti kerohanian dilakukan kepada non-muslim melalui pengisian yang bersesuaian. Ini sepatutnya dilakukan oleh MP bagi mengelakkan penganut agama lain merasakan tersisih.


Selain itu, terdapat juga kuliah maghrib, dhuha dan subuh yang turut diadakan disetiap kolej-kolej kediaman dan ada antara kuliah-kuliah tersebut turut disampaikan oleh pengetua kolej sendiri seperti di KUO yang turut menjadi imam solat. Adakah ini juga dikira sebagai proses PEMBASMIAN ISLAM yang dilakukan oleh pengetua kolej?

Apakah sebenar muslihat MP ini sebenarnya? Adakah kerana MP sudah tidak mendapat sokongan daripada mahasiswa UPSI? Mungkinkah juga kerana MP tidak lagi mampu bergerak bebas seperti sewaktu sebelum kedatangan TNC HEP yang baru ini? 

UPSIkena menasihatkan kepada MP agar bertaubatlah, imej kononnya islamik yang dibawa oleh anda benar-benar mencemarkan kesucian agama Islam. Diharapkan agar pihak UPSI dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap pemfitnah ini agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain.

PENTADBIRAN UPSI SEDANG MELAKSANAKAN PEMBASMIAN ISLAM DI UPSI– MAHASISWA PENDIDIK


Tanjong Malim, 25 Mac – Mahasiswa Pendidik dalam kenyataan mereka di dalam halaman rasmi Facebook mereka telah mendakwa bahawa pihak pentadbiran universiti yang didalangi oleh HEP telah melakukan PEMBASMIAN ISLAM di UPSI. Tuduhan yang dilemparkan kepada pihak UPSI ini adalah amat serius dan tidak munasabah.

klik untuk besarkan imej

Mahasiswa Pendidik mendakwa pihak pengetua kolej kediaman mula menekan dan mengongkong aktiviti kerohanian di kolej kediaman. Mereka menyatakan bukti yang tidak sahih berdasarkan khabar angin yang menyatakan bahawa bajet perbelanjaan aktiviti kerohanian diluluskan sedikit sahaja.

Persoalannya di sini, benarkah pihak UPSI melalui HEP sedang MELAKUKAN PEMBASMIAN ISLAM??? Menurut maklumat yang diperoleh pihak UPSIkena, kami mendapati bahawa bajet yang diluluskan oleh pengetua dinilai berdasarkan keperluan dan kesesuaian bajet kewangan yang diminta serta bajet yang perlu diagihkan kepada aktiviti lain.

Tambahan pula, aktiviti mahasiswa di kolej tidak sahaja tertumpu pada aktiviti kerohanian semata-mata kerana aktiviti kolej yang dijalankan melalui Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) turut menjalankan aktiviti berbentuk kesenian, akademik, sukan dan lain-lain lagi.

Jadi seharusnyalah pihak pengetua perlu membuat penilaian sewajarnya bagi membahagikan peruntukan kewangan yang ada kepada semua aktiviti yang dijalankan dan bukannya kerohanian semata-mata.

Maka, di sini tidak timbul isu bahawa aktiviti kerohanian di sisihkan malah TUDUHAN PENGETUA MELAKUKAN PEMBASMIAN ISLAM merupakan TUDUHAN YANG JAHAT yang sememangnya mahu menjatuhkan maruah dan kreadibiliti pentadbiran UPSI.

Bagi pihak UPSIkena, kami mendapati tuduhan yang dilemparkan kepada pihak UPSI yang ditujukan kepada HEP dan pengetua adalah bersifat dendam dan semata-mata mahu menjatuhkan maruah serta kredibiliti pentadbiran UPSI. Ditambah pula dengan artikel-artikel berunsur ftnah yang ditulis di dalam UPSIkini terhadap HEP dan Pengetua.

Saturday 24 March 2012

DI SEBALIK TABIR PENYERAHAN BATU NISAN OLEH MAHASISWA MELAYU PRO-M


Tanjong Malim, 24 Mac – Demonstrasi yang dilakukan oleh Mahasiswa Pro-M  dimulakan dengan tuntutan SMM dan Pro Pembangkang Mahasiswa dengan penyerahan memorandom kepada Setiausaha Politik kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Mereka membawa 3 tuntutan :
1.Pilihanraya kampus di awalkan
2.Kembalikan demokrasi kampus
3.BEBASKAN KAMPUS DARIPADA CAMPUR TANGAN POLITIK LUAR

Pihak UPSIkena ingin memfokuskan kepada tuntutan no 3 sahaja. Benarkah entiti mereka ni sebenarnya hanya didalangi oleh mahasiswa sahaja?

Siapakah dia???

Ni semua tipu???

Nak tau klik sini

Akhirnya kebenaran itu jatuh bergolek yang mana Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nazree Yunus ada ditempat kejadian sebagai penyokong dan tulang belakang kepada SMM dan Pro Pembangkang Mahasiswa. Apa semua ni?? Untuk maklumat lanjut klik sini.

Tambahan lagi, jumlah pendemo yang hadir tidak langsung menampakkan suara mahasiswa sebenar kerana jumlah pendemo yang dikatakan hampir 100 orang adalah merupakan pegawai-pegawai KPT dan Wartawan yang menyaksikan kerja kerja Pro M yang termalu sendiri kerana demonstrasi tiada sambutan. SMM Terkilan LAGI.

Friday 23 March 2012

MAHASISWA MELAYU PRO-M BANGGA, HANTAR BATU NISAN KEPADA MENTERI…?


Tanjong Malim, 23 Mac – Lagak sombong mahasiswa yang merasakan dirinya sudah terpelajar walaupun baru setahun jagung menjejakkan kaki ke menara gading seolah-olah menggambarkan kebiadaban pelajar Melayu yang GILA BERPOLITIK berbanding dengan mahasiswa bangsa lain yang sibuk mengejar ilmu.

Terbaru, diberitakan kira-kira 80 orang pelajar pro-Mahasiswa pada petang ini berhimpun di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya sambil membawa sebatang batu nesan untuk diserahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, DS Khaled Nordin.

Kumpulan mahasiswa tersebut yang kononnya menuntut pilihanraya kampus diadakan segera, bagaimanapun gagal menemui Khaled sebaliknya hanya berjaya menyerahkan memo tanpa nesan kepada setiausaha politik Khaled.

Batu Nesan yang kononnya melambangkan kematian demokrasi pelajar sebenarnya hanya MELAMBANGKAN JIWA PELAJAR TERSEBUT YANG DAH MATI UNTUK BELAJAR.

Lihat sahaja muka-muka yang berkumpul itu, paling handalpun pada PRU 13 nanti hanya akan jadi tukang panjat pokok untuk memasang bendera dan sepanduk parti politik. Kesian mak bapak yang berharap agar anak jadi manusia cemerlang, rupanya anak mereka dah tempah nesan sendiri.

Allah dah bagi otak yang berfungsi dengan baik pada kita. Kita patut bersyukur kerana Allah telah bagi kita akal untuk berfikir dan mempunyai iQ yang tinggi sehingga membolehkan kita belajar dan masuk universiti. Tak semua manusia didunia ini dapat kelebihan itu.

Nasihat UPSIkena, gunalah otak yang diberi Allah itu sebaik-baiknya, berfikirlah cara matang. Gunalah saluran yang betul untuk meluahkan pendapat atau tentangan, bukannya dengan memberi batu nisan pada orang. Aturkan perjumpaan dengan menteri bukannya terjerit-jerit di jalan untuk selesaikan masalah.

Apa perasan anda bila ada orang hantar batu nisan pada keluarga anda di rumah, suka tak?? Kalau tak suka jangan buat kat orang walaupun ianya hanya simbolik. Ada tak pelajar cina sibuk nak hantar batu nisan atau keranda pada pemimpin mereka? Fikir-fikirkan.

Bertaubatlah!!! Kami sayangkan kamu kerana Alif Ba Ta

Thursday 22 March 2012

INSAFLAH!!! KAMI SEDIA MEMAAFKAN KAMU

Tanjong Malim, 22 Mac – Masihkah anda ingat tentang suatu peristiwa hitam yang telah mencemarkan nama UPSI yang merupakan institusi pendidikan terulung di Malaysia. Peristiwa menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia yang merupakan suatu bentuk penghinaan yang dilakukan kepada PM yang dilakukan oleh seorang aktivis yang bakal bergelar CIKGU.

Peristiwa demonstrasi di hadapan UPSI pada malam tahun baru juga merupakan rentetan kepada lagak sombong dan bongkak mahasiswa ini yang dikatakan berani mengambil risiko untuk dibicarakan namun mengambil jalan pintas dengan mendesak pihak UPSI menggugurkan pertuduhan ke atasnya.

Akhirnya, beliau telah dijatuhkan hukuman yang setimpal di atas perbuatannya itu apabila digantung pengajiannya selama 3 semester di UPSI. Pihak UPSIkena mengharapkan agar aktivis ini berubah dan tidak DIPERKUDAKAN oleh parti politik. 

PM telah menyatakan:

"...kalau seorang mahasiswa turunkan bendera saya....ada berpuluh-puluh lagi yang akan menaikkan bendera gambar saya..." PM YAB DS Najib Tun Razak di Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa di UITM diiringi tepukan gemuruh.... ~21 MAC 2012

Pihak UPSIkena berharap agar semua mahasiswa agar fokus kepada matlamat utama mengapa kita berada di universiti. Keterlibatan dalam politik kampus adalah perlu tetapi haruslah kena dengan gaya dan caranya sebagai seorang mahasiswa yang bakal mendidik anak bangsa.

Video klip khas buat yang pernah tersongsang arah tujuannya

Sedangkan Nabi pun ampunkan ummatnya...


Tuesday 20 March 2012

SAH, BATCH AMBILAN JULAI 2008 AKAN BERKONVO PADA BULAN MEI!!!


Tanjong Malim, 20 Mac – Tarikh Istiadat Konvokesyen Keempat Belas Universiti Pendidikan Sultan Idris akan diadakan pada hari dan tarikh seperti butiran berikut :

TARIKH : 7 MEI 2012 (ISNIN) DAN 8 MEI 2012 (SELASA)

Sebelum ini, pihak UPSIkena dimaklumkan bahawa ramai mahasiswa UPSI ambilan Julai 2008 yang agak keliru sama ada konvokesyen ini adalah termasuk sekali dengan batch ambilan Julai 2008 dan juga batch ambilan Disember 2007.

Mengikut maklumat yang diperoleh daripada pihak akademik UPSI melalui halaman Facebooknya telah mengesahkan bahawa Istiadat Konvokesyen Keempat Belas kali ini adalah termasuk dengan batch batch ambilan Disember 2007 dan juga ambilan Julai 2008 YANG TELAH TAMAT PENGAJIANNYA SAHAJA!
termasuk batch ambilan Julai 2008 

Istiadat Konvokesyen Keempat Belas 2012 juga TERMASUK UNTUK PELAJAR DPLI JAIS/BISTARI/ dan yang telah tamat pengajian. Bagi mahasiswa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai konvokesyen kali ini bolehlah melayari laman web ini.

klik untuk besarkan imej

Surat jemputan konvokesyen BOLEH DICETAK MULAI 7 APRIL 2012 serta sebarang surat berkaitan konvo tidak akan diposkan ke rumah oleh pihak UPSI. Bayaran yuran Konvokesyen hanya boleh dibuat selepas makluman dari BHEA dibuat.
klik untuk besarkan imej

klik untuk besarkan imej

Diharapkan tiada lagi keraguan tentang batch mana yang akan berkonvo pada awal bulan Mei nanti. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan bolehlah merujuk kepada pihak yang berkaitan. Pihak UPSIkena mengucapkan SELAMAT BERGRADUAT kepada anda.

Monday 19 March 2012

AKIBAT MAHASISWA DIPERKUDA, BANTUAN PENAJAAN PENDIDIKAN DITARIK BALIK!!!


Tanjong Malim, 19 Mac – Kerajaan Negeri Terengganu membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demostrasi di Mesir baru-baru ini.

Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0 yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.
“Kita hantar mereka (pelajar) ke Mesir untuk menuntut ilmu tetapi apa yang mereka lakukan adalah pergi berdemostrasi, berpolitik dan situasi ini tidak seharusnya berlaku.

“Malah, daripada surat rayuan yang dihantar kepada kita (Kerajaan Negeri) jelas jawapan yang mereka berikan tidak meyakinkan kerana kita telah kenal pasti melalui blog-blog dan Internet jelas muka mereka yang terpampang dengan memakai baju bersih dan membawa bendera Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik selesai menyempurnakan Penyerahan e-Book Tahun Empat Dun Wakaf Mempelam 2012 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, di sini, hari ini.

Jelas Ahmad lagi, beliau nyata kecewa dengan tindakan segelintir pelajar yang terbabit dengan kegiatan tidak bermoral itu hingga akhirnya merugikan diri sendiri kerana tidak berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

“Bila kita tanya mereka kata ada orang yang suruh pergi dan memakai baju itu (Bersih) dan ada antara mereka adalah pelajar tahun tiga yang mengambil kursus perubatan di universiti di sana (Mesir).

“Mereka tidak sedar kerajaan membelanjakan wang yang cukup besar untuk membiayai pembelajaran mereka supaya berjaya menamatkan pengajian dan mampu memberikan sumbangan kepada negara, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya.

Justeru katanya, tindakan tegas yang diambil kerajaan ke atas enam pelajar berkenaan seharusnya memberi pengajaran yang berguna kepada pelajar-pelajar lain agar tidak sesekali terlibat aktiviti yang boleh menjejaskan masa depan mereka nanti.

- SinarHarian

Pihak UPSIkena ingin menasihatkan kepada mahasiswa agar kembali kepada matlamat asal kenapa kita sambung pelajaran ke universiti. Jangan mudah DIPERKUDAKAN oleh politikus sehingga ada yang sanggup BERBARING DI JALANAN. UPSIkena ingin mencadangkan agar mahasewel yang gila berdemo turut disekat bantuan pendidikannya.

Saturday 17 March 2012

TERKINI: ALHAMDULILLAH, GURU PRAKTIKAL LAYAK MENERIMA ELAUN BULANAN DARIPADA KPM


Tanjong Malim, 17 Mac – Berita baik buat semua mahasiswa UPSI ISMP yang sedang dan bakal berpraktikum kerana layak untuk menerima elaun bulanan ketika berpraktikum. Ini adalah hasil usaha yang telah dilakukan oleh Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan ( GMPK ). Untuk rujukan awal surat yang telah dihantar kepada KPM sila baca di sini.

Sebelum ini, Saudara Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusoff, Pengerusi Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan ( GMPK ) telah membuat satu artikel berkaitan dengan "guru praktikal sepatutnya layak menerima elaun bulanan" telah mendapat  reaksi yang positif dari kebanyakan mahasiswa pendidikan seluruh Malaysia.

Bahkan perkhabaran tersebut telah memberi pengharapan yang cukup besar kepada pelajar pendidikan yang akan, dan sedang menjalani latihan praktikal di sekolah seluruh Malaysia. Ekoran dari artikel tersebut, ramai yang tertanya-tanya bagaimana prosidur bagi mendapatkan elaun tersebut.

Sehubungan itu, Setiausaha GMPK, Saudari Nurhidayah binti Juhari bersama Gabenor Pendidikan UKM merangkap Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan, Saudara Mohd Izzudin bin Mohd Pisol serta Saudari Siti Muslihah Abdul Manap ( SUK MPP ) telah merujuk perkara tersebut kepada Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) bagi mendapatkan penjelasan mengenai elaun praktikal bagi guru praktikal fakulti pendidikan.

KPM sahkan tuntutan GMPK sebelum ini.

Wakil KPM mengesahkan kebenaran guru praktikal layak menerima elaun bulanan dan menjelaskan bahawa elaun ini diuruskan oleh jabatan pelajaran negeri masing-masing. Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjuk, wakil GMPK telah merujuk ke Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan, Putrajaya untuk mengetahui lebih lanjut prosidur tuntutan tersebut. Setelah berlaku sedikit dialog antara kedua belah pihak, pihak jabatan memberi respon bahawa pelajar yang praktikal sememangnya akan diberi elaun dan diuruskan oleh pihak sekolah masing-masing.

Prosidur Tuntutan

1)Serahkan surat pekeliling dari JPA (seperti yang dilampirkan sebelum ini) bersama dengan surat akaun pelajar universiti kepada pihak sekolah.

2)Buat susulan supaya tuntutan elaun tersebut diuruskan oleh pihak sekolah.

3)Pihak sekolah perlu menguruskan elaun dan surat menyurat guru praktikal kepada Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN )

Penutup

GMPK mengharapkan pemberian elaun ini mampu memberi kemudahan dari sudut matarial terhadap semua guru-guru praktikal diseluruh Malaysia.

Sekian.

"Guru Berkualiti Asas Pendidikan Unggul"

Nurhidayah binti Juhari
Setiausaha
Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan ( GMPK )


Pihak UPSIkena mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh GMPK ini bagi mendapatkan elaun praktikum kepada guru pelatih. Diharapkan semua mahasiswa ISMP terutamanya mahasiswa UPSI agar menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.

TAHNIAH BUAT TNC HEP!!!

Tanjong Malim, 17 Mac – Timbalan Naib Canselor HEP UPSI, Dato’ Paduka Dr. Junaidy telah dianugerahkan Pingat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Siswa Siswi Polis Diraja Malaysia (Suksis) oleh Ketua Polis Perak iaitu Datuk Mohd. Shukri Dahalan.

Sebelum ini, Dato’ Paduka telah menyandang jawatan Komanden Kor Suksis UPSI dan berpangkat ACP. UPSIkena juga difahamkan bahawa Dato’ Paduka telah menggantikan jawatan komanden Kor SUKSIS UPSI ini daripada Naib Canselor UPSI sebelum ini iaitu Prof. Dato’ Dr. Aminah Bt Ayob.

Diharapkan dengan penganugerahan Pingat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Siswa Siswi Polis Diraja Malaysia ini akan dapat meningkatkan lagi semangat juang TNC dalam memartabatkan SUKSIS UPSI.

Dikesempatan ini juga pihak UPSIkena ingin berkongsikan antara aktiviti-aktiviti yang disertai oleh Dato’ Paduka ACP/KS Dr. Junaidy bersama-sama dengan SUKSIS UPSI yang diambil di dalam FACEBOOK.

Sepetang bersama Suksis...pelajar-pelajar DipEd mengadakan program sepetang bersama Suksis 
di laman rumah saya. Banyak info Suksis dan PDRM didedahkan kpd tetamu 

 latihan T-Baton bersama jurulatih berpengalaman PGA Bridged 3, Bidor 

Latihan menembak dengan cara yang betul bersama pegawai SUKSIS UPSI 



Friday 16 March 2012

AIR MATA IBU MEMBAWA RAHMAT KEPADA ANAK…!

Tanjong Malim, 16 Mac – Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah yang menyayat hati apabila seorang ibu tua yang lumpuh ditinggalkan sendirian di hotel bajet. Namun, semua ini telah terjawab apabila si anak Amir akhirnya datang bertemu dengan ibunya dan menerangkan sebab-sebab beliau berbuat demikian.Isu ini juga turut diulas oleh UPSIdaily di sini sebelum ini.

Harian Metro 9 Mac 2012 
Bak kata pepatah Melayu ‘tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu’ kehidupan dua beranak ini mula berubah apabila ada insan yang prihatin sanggup menolong mereka dengan memberikan kediaman dan pekerjaan kepada mereka.

“Saya akan mulakan hidup baru dengan emak di sini dan berharap dengan kerja baru ini, saya dapat membalas jasanya,” kata kata Amir Mohd Omar, 27, pemuda yang terpaksa meninggalkan ibunya, Faridah Maulud, 66, di sebuah hotel bajet, di Jalan Raja Muda di sini, minggu lalu.

Amir berkata demikian selepas menerima pekerjaan ditawarkan seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman, 43, di Kuala Selangor, semalam selain turut disediakan kereta dan sebuah rumah yang sudah dibayar sewa setahun untuk dia tinggal bersama ibunya.

Menurut Amir, dia amat menghargai kesudian Jamhuri untuk mengambilnya bekerja serta menyediakan tempat tinggal bersama ibunya dan kemudahan itu sama sekali tidak pernah terlintas di fikirannya.

“Semuanya bagaikan mimpi. Saya tidak tahu hendak kata apa. Yang pasti, tumpuan saya sekarang hanyalah untuk membawa mak tinggal bersama.

“Selain itu, saya juga akan bekerja dengan sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan majikan yang memberi peluang kepada saya,” katanya ketika mengadakan pertemuan bersama Jamhuri.

Kisah Amir mendapat perhatian ramai selepas Harian Metro dalam laporannya 9 Mac lalu mendedahkan kisah ibunya yang lumpuh kebingungan apabila ditinggalkan bersendirian oleh Amir di sebuah hotel bajet selama empat hari hingga terpaksa dijaga kakitangan hotel berkenaan.

Berikutan laporan berita itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) membawa Faridah keluar dari hotel berkenaan dan menempatkannya di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh bagi membolehkan dia diberi penjagaan sewajarnya.

Persoalan mengenai tindakan Amir itu terjawab apabila Harian Metro berjaya menjejaknya dan dalam pertemuan dengan wartawan akhbar ini, Amir berkata dia bertindak sedemikian selepas hilang pertimbangan dan buntu berikutan masalah kesihatan dialaminya, selain tertekan dengan masalah kewangan berikutan pendapatannya sebagai pegawai pemasaran yang tidak seberapa.

HIDUP BARU...Jamhuri (dua dari kanan) memberi penerangan kepada 
Amir (kanan) yang bakal bekerja di syarikatnya.

Sehari kemudian, Harian Metro berjaya mempertemukan dua beranak itu di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh hasil kerjasama pengarah JKMWPKL, Noormah Abdul Rauf.

Sementara itu, Jamhuri berkata, dia terpanggil untuk mengambil Amir bekerja di kilangnya kerana mahu pemuda itu mengubah kehidupannya kepada yang lebih baik dan tidak mengabaikan ibunya.

Menurutnya, selepas membaca laporan Harian Metro minggu lalu dia menghubungi JKM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Amir dan ibunya sebelum dihubungi wartawan bagi mengaturkan pertemuan.

“Saya berharap dengan peluang yang ada ini, Amir akan dapat mengubah tahap hidupnya selain menjaga ibu seperti dihajatinya,” katanya.

- MYMETRO

Pihak UPSIkena ingin menasihatkan kepada diri sendiri dan mahasiswa agar berbuat baiklah kita kepada ibu bapa kita kerana kita haruslah ingat dan sedar bahawa ‘Redha Allah adalah terletak pada redha ibu bapa kita terhadap kita. Kalau ibu bapa kita marah atau kecil hati dengan kita, maka jawabnya susahlah hidup kita. Bukan hanya di dunia jer tak selamat (tiada keberkatan), malah lebih teruk nasib kita di akhirat nanti. Sementara mereka masih hidup ini, cubalah berbakti kepada mereka seberapa banyak yang boleh.