Saturday, 21 April 2012

SEORANG MAHASISWI UPSI MAUT, TERJATUH DARIPADA BANGUNAN B.E LEARNING



Tanjong Malim, 4 April – Seorang mahasiswi UPSI dikatakan telah meninggal dunia ekoran daripada TERJATUH DARIPADA BANGUNAN B.E LEARNING di Kampus UPSI. Kejadian ini dikatakan berlaku sekitar jam 5.15 petang hari ini. Menurut sumber daripada PIMPINAN BITARA Arwah dikenali sebagai Fatimah Aminah, pelajar semester 4 Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berasal daripada Bakri, Muar Johor.

Untuk bacaan dan maklumat lanjut sila klik sini. Pihak UPSIkena ingin mengajak kita sama-sama agar sekedahkan al-fatihah buat arwah agar rohnya tenang di sana. Diharapkan siasatan secara terperinci dijalankan oleh pihak yang berwajib bagi mencari punca kejadian tersebut sama ada INFRASTRUKTUR B.E LEARNING tidak selamat digunakan ataupun ada sebab lain. 

Thursday, 5 April 2012

SEORANG MANTAN MAHASISWA UPSI MENINGGAL DUNIA AKIBAT DILANGGAR LARI!


Tanjong Malim, 4 April – Seorang mantan mahasiswa UPSI telah meninggal dunia pada hari ini yang dikatakan berpunca daripada kemalangan langgar lari di Layar, Betong, Sarawak.

Mendiang yang juga dikenali sebagai Chendang,  pelajar ambilan Julai 2007 daripada jurusan Kesusasteraan Melayu dikatakan turut terlibat secara aktif dalam Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS) UPSI sepanjang pengajian beliau di UPSI.

Kami daripada UPSIkena ingin mengucapkan ucapan takziah buat keluarga serta kenalan mendiang atas pemergiannya. 

Tuesday, 3 April 2012

KECOH, ADAM ADLI KENA TUMBUK SAMPAI NAZAK?


Tanjong Malim, 3 April – Pihak UPSIkena terbaca di blog-blog yang menyatakan bahawa MAHASISWA BERMASALAH daripada UPSI ini kena tumbuk oleh penduduk kampung di kerinchi.

Pagi tadi penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi seramai 433 keluarga telah turun untuk menyaksikan bermulanya era baru dalam kehidupan mereka, kerana pembangunan rumah baru mereka akan bermula.

Tapi bila tiba di tapak, mereka disambut dengan ganas oleh samseng-samseng Pakatan Haprak yang dibawa oleh Nurul Izzah. Yang hairannya, kebanyakan samseng-samseng ini datangnya dari luar. Baca lagi di sini.

Namun terdapat maklumat yang beza dilaporkan oleh Adam Adli dengan Setpol Nurul Izzah Yb Lembah Pantai. Di bawah ni pula twitter dari Setpol Nurul Izzah. Dia kata Adam Adli yang berada di kawasan Lembah Pantai (tempat merobohkan flat 4 tingkat) telah ditumbuk dan ditendang.

saje buat fitnah nak sensaikan berita. Sama macam ke demo di UPSI yang 
dikatakan patah tulang rusuk dan nazak kahkahkah

Berbeza dengan laporan di Twitter Adam yang menyatakan dia hanya di pukul dua das. Macam mana plak ni? So mana satu yang betul sekarang ini? Nampak sangatlah budak-budak Solidariti Mahasewel Malaysia (SMM) sengaja mempermainkan isu kononnya dipukul oleh orang UMNO di Lembah Pantai.

belum nazak lagi rupanya baru kena dua das je kahkahkah

Namun kesasihan maklumat ini belum dapat dipastikan lagi. Baca selanjutnya di sini dan sini.

Sunday, 1 April 2012

ISU PTPTN: MAHASISWA PRO-M JADI ANJING PEMBANGKANG?


Tanjong Malim, 1 April – Pihak UPSIkena merasakan terpanggil dengan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini oleh ahli politik pembangkang iaitu HAPUSKAN PTPTN yang dilihat sebagai cuba memancing pelajar dengan menjual mimpi kononnya jika mereka berjaya memerintah, maka PTPTN akan dihapuskan dan pelajar akan diberi pendidikan secara percuma.

Persoalannya sekarang wajarkah PTPTN itu dihapuskan?Apakah alternatif yang sesuai jika PTPTN dihapuskan? Dan PALING PENTING Apakah peluang bagi pelajar Melayu untuk bersaing  untuk mendapatkan biasiswa nanti. Sedangkan banyak perkara yang perlu difikirkan  akan berlaku.

Bila pelajar Pro-M diarahkan berdemo untuk pemansuhan ini, apakah mereka sedar atau tidak bahawa kelulusan mereka hanya cukup makan sahaja melayakkan mereka ke Universiti. Lihat dan pandang disekeliling anda wahai pelajar yang tak berapa cerdik.

Adakah bangsa selain Melayu yang berdemo? Ini menunjukkan bahawa bangsa lain bertungkus lumus menimba Ilmu untuk memartabatkan bangsa mereka, tetapi apakah yang dilakukan oleh pelajar Melayu? Mahukah bangsa Melayu dikenali sebagai bangsa demonstan?


Kenapa SMM tak berdemo supaya mahasiswa dan siswi bertungkus lumus menimba ilmu untuk memperolehi keputusan cemerlang supaya pinjaman PTPTN berubah menjadi biasiswa? Biarlah pelajar yang betul-betul berusaha mendapat manfaatnya dan di kalangan merekalah yang akan menghasilkan modal insan yang berupaya memajukan agama dan negara.

Memang menghapuskan PTPTN adalah satu kerja mudah dan paling senang. Mana-mana kerajaan dan parti politik pun boleh melaksanakannya. Malahan kerajaan Barisan Nasional sendiri pun dengan sekelip mata boleh menghapuskan PTPTN. Tapi apakah natijah dan kesannya kepada keadaan ekonomi dan pendidikan rakyat selepas pemansuhan PTPTN ini?

Sehingga kini hampir RM 40 bilion dikeluarkan oleh PTPTN untuk memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Tanpa PTPTN dianggar puluhan ribu pelajar yang tidak layak mendapat biasiswa dan pinjaman lain tidak dapat meneruskan cita-cita mereka melanjutkan pelajaran.

Ini juga bermakna puluhan Universiti dan Kolej Swasta akan terpaksa ditutup kerana kekurangan pelajar. Rentetan itu juga ribuan orang dari pensyarah, pentadbir dan pekerja am di IPTS akan kehilangan kerja mereka. Inilah kesan secara langsung jika PTPTN hendak ditutup.

Dalam jangkamasa panjang keadaan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia akan kembali ke belakang. Jumlah pemegang  ijazah, diploma dan sijil kemahiran akan menurun kerana kerajaan tidak mungkin mampu menampung semua pelajar melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Maka kita akan kembali ke zaman 60-an, 70-an dan 80-an di mana kebanyakan belia dan remaja menjadi pekerja kilang.

Hak mendapat pelajaran tinggi juga akan kembali menjadi hak eksklusif mereka yang benar-benar bijak dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Kumpulan ini akan mendapat biasiswa dan pinjaman mudah kerajaan. Selebihnya, pengajian di peringkat kemahiran, diploma dan ijazah tinggi akan menjadi hak eksklusif kumpulan elit dan menengah yang mampu menyediakan pembiayaan pendidikan sendiri melalui tabungan atau pinjaman bank.

Memang benar terdapat beban-beban tertentu dalam pinjaman PTPTN, namun apakah ada perkara mudah dalam dunia ini? Kita percaya dari semasa ke semasa PTPTN perlukan penambahbaikan. Namun cadangan menghapuskan tabung yang telah memberi khidmat besar kepada jutaan belia di negara ini untuk melanjutkan pelajaran adalah tidak masuk akal.

Jika kita boleh meminjam puluhan ribu untuk membeli kereta, mengubahsuai rumah; memperuntukan gaji untuk bayaran Astro, Unifi dan makan di Restoran makanan segera, apakah kita tidak boleh memperuntukkan sedikit untuk membayar pinjaman PTPTN yang telah membuka ruang kepada kita mendapat pelajaran dan kemudiannya peluang pekerjaan yang lebih baik?

Memang ramai yang marah dengan PTPTN kerana menyebabkan mereka berhutang puluhan ribu ringgit apabila tamat pelajar. Tapi jika ditanya mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan, bila-bila masa sahaja mereka bersedia berbuat apa sahaja untuk mendapatkan pinjaman PTPTN.

Tanya juga kepada mereka yang telah bekerja dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Betapa bersyukurnya mereka mempunyai PTPTN yang memberi pinjaman mudah dan murah kepada mereka. Jika tidak mereka terpaksa mengumpul wang bertahun-tahun sebelum mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Sebahagian pula terpaksa bergantung kepada pinjaman bank untuk melanjutkan pelajaran. Itu pun belum tentu diluluskan. Jika diluluskan pun jumlah kadar faedahnya jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh PTPTN.

Ada bertanya kenapa PTPTN semakin ketat syaratnya? Sebabnya ialah kerana puluhan ribu graduan IPT TAK BAYAR PINJAMAN. Sampai ada yang kerja di luar Negara terus. Lupa diri berhutang. Salah siapa? Kalau semua diberi percuma, adakah mampu kita kawal biasiswa yang diberikan?

Kemudian? Memberontak bagai orang gila. Disuruh mansuh terus. Jikalau kepala yang menyalak desak mansuh PTPTN ini Best Student tak apa juga. Ini pointer tak sampai 3.0, tak payahlah jadi pencacai.

Malah orang ini pula dijulang dan dijadikan ketua mengheret anak-anak muda ke jalanan. Ingat ini negara apa? Siapa ajar anak-anak muda tak hormat pada orang tua. Dek kerana politik, dihina orang tua seperti pencacai. Mak bapa ajar tak nak didengar. Inikah mahasiswa yang kaya dengan ilmu?

Pihak UPSIkena bukanlah tidak bersetuju dengan cadangan tahap bulan bintang sebegini, cuma sebelum ditelan segala janji-janji sebelum memegang kuasa ini, beberapa perkara ingin kita teliti dulu:

1. Kenapa kerajaan negeri pembangkang tidak menghapuskan sahaja pinjaman pelajaran yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri pembangkang yang cuma seciput, barulah kita boleh percaya mereka nak hapuskan yang berbilion.

2. PTPTN tidak mewajibkan graduan membayar pinjaman mereka dengan wang sendiri sahaja. Jadi Kerajaan negeri Pakatan Rakyat boleh tolong hulurkan wang untuk bayarkan hutang pelajar kepada PTPTN, kalau tidak 100%, bayarkanlah 50%

3. Yuran PASTI dan Yuran Sekolah dibawah Kerajaan Negeri perlu dilupuskan dulu.

PTPTN bukan sekadar memberi pinjaman yuran pendidikan tapi juga sara diri untuk hidup di universiti. Kalau dihapuskan adakah yuran pengajian akan dimansuhkan? Mampukah pelajar yang tidak berkemampuan untuk menyara diri sepanjang pengajian mereka di universiti? Kalulah duit zakat digunakan berapa banyak duit zakat yang ada untuk menampung beratus ribu pelajar di Malaysia ni dan bagaimana dengan kaum lain yang tidak berkemampuan?

Di sini, UPSIkena ingin menyatakan cadangan bagi mengurangkan masalah PTPTN ini. Bagi kami, PTPTN seharusnya ikut cara pinjaman MARA.

    Pointer 4.0 terus jadi BIASISWA.
    Pointer 3.5 keatas, bayar 20% sahaja.
    Pointer 3.0 keatas, bayar 25% sahaja.
    Pointer 2.5 keatas, bayar 30% sahaja.
    Pointer 2.0 keatas, bayar 70% sahaja.
    Pointer 2.0 kebawah, bayar PENUH.

Sekiranya pinjaman MARA dibuka untuk pelajar IPTA, tentu ramai yang akan pilih pinjaman MARA berbanding PTPTN, kan?

Janganlah bakar institusi yang pernah memberi peluang kepada kita mengecapi pengajian tinggi dan pekerjaan yang lebih baik. Jika tiada PTPTN, siapa yang akan lebih banyak mendapat peluang belajar di IPTS dan Kolej lain dengan kewangan sendiri? GUNAKAN DAHULU HAK BERFIKIR SEBELUM GUNAKAN HAK UNTUK BERSUARA!

Kepada para mahasiswa, malulah pada diri sendiri jika anda masih berfikiran mahu sentiasa disuap. PTPTN juga BIASISWA jika anda menghabiskan pengajian dengan GRADUAN KELAS PERTAMA. Kenapa anda tidak mengejar untuk menjadi graduan kelas pertama sebaliknya terus menerus mencari alasan untuk menyalahkan pihak lain untuk membiayai pelajaran anda yang tidak seberapa.



Friday, 30 March 2012

TERKINI: ALHAMDULILLAH NAMA-NAMA MAHASISWA BATCH JULAI 2008 TELAH DIHANTAR KE SPP DAN KPM

Tanjong Malim, 30 Mac – Pihak UPSIkena mendapat maklumat bahawa semua nama-nama mahasiswa ambilan Julai 2008 telah dihantar kepada pihak SPP dan juga KPM pada awal bulan 3 yang lalu.

Menurut informasi yang diperoleh daripada bahagian Senat dan Pentadbiran telah memaklumkan bahawa penghantaran nama-nama ini hanya tertakhluk kepada mahasiswa ISMP sahaja dan tidak termasuk kos open market.

Pihak UPSIkena difahamkan juga bahawa pelajar-pelajar ambilan Julai 2008 hanya perlu membuat persediaan untuk ditemuduga sahaja oleh KPM dan SPP. Untuk maklumat lanjut bagi pelajar ambilan Disember 2007 dan Julai 2008, boleh menghubungi Bahagian Senat dan Pentadbiran UPSI di talian 05-4506313.

Pihak UPSIkena ingin mengucapkan terima kasih buat pentadbiran UPSI yang telah bertungkus-lumus bagi menjaga kebajikan pelajar terutama berkaitan dengan isu posting. 

Thursday, 29 March 2012

PRO-M BENGANG SEBAB TAK BOLEH BERDEMO?

Tanjong Malim, 29 Mac – Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa seramai 5500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang telah ditemuduga bakal dipostingkan secara berperingkat bermula bulan depan.

Namun penempatan lepasan ISMP yang telah ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang berakhir 16 Mac lalu tertakhluk kepada kekosongan, pilihan opsyen dan cukup syarat kelayakan.

SPP akan memanggil semula calon-calon yang tidak dibenarkan untuk menyertai sesi temuduga atas sebab-sebab tidak cukup syarat untuk menghadiri sekali lagi sesi temuduga itu yang dijangkakan diadakan pada masa terdekat.

sila klik untuk besarkan imej

Pihak UPSIkena mengucapkan selamat berposting kepada yang berjaya kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa, rezeki Allah ada di mana-mana. Kepada yang suka berdemo, TERUSKAN BERDEMO sebab kemungkinan anda akan digantung pengajian lebih tinggi seperti AA selama 3 semester.

Pihak UPSIkena mencadangkan untuk masa akan datang, pihak kerajaan khususnya KPM tidak mempostingkan para pendemo, perusuh yang membuat kacau dan menjatuhkan nama universiti dan kerajaan. Sebaik-baiknya DIBUANG TERUS DARIPADA PENGAJIAN kerana mereka lebih cenderung berpolitik daripada mendidik anak bangsa.

PENTING: TANDA-TANDA PRU-13 SEMAKIN HAMPIR!!!


Tanjong Malim, 29 Mac – Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

Kepada semua mahasiswa dan juga warga UPSI yang masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih, anda bolehlah berbuat demikan selewat-lewatnya SEBELUM AHAD INI. Ayuh sedarkan kepada mahasiswa dan rakyat Malaysia tentang hak dan kewajiban untuk memilih.

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Berikut merupakan tempat-tempat yang disediakan untuk mendaftar sebagai pemilih:
1. Ibu pejabat SPR
2. Pejabat pos berkomputer
3. Pejabat-pejabat pilihan raya negeri
4. Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
5. Wakil parti politik 

Buat pro-Militan yang suka berpolitik dan berdemo, tak guna anda berbaring atas jalan, memanjat pagar, usung keranda, beri baru nisan jika anda masih belum mendaftar sebagai pengundi kerana anda masih belum hadam erti demokrasi. GUNAKAN HAK BERFIKIR SEBELUM HAK BERSUARA! 
     
P/S: Buat mahasiswa UPSI, anda boleh mendaftar sebagai pemilih di bangunan HEP melalui wakil-wakil yang sah. Sila bawa salinan I/C dan anda boleh mendaftar dengan mana-mana petugas SPR yang dilantik seperti berikut di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni:-


En. Musa bin Jaafar
En. Muzamil bin Mahil
Cik Shariza Haryati
En. Syahril Rizal Bin Nordin
Pn. Hajah Patimah binti Salikin
Pn. Masturiana Riana Mohd Basri
Pn. Noor Yazana binti Yazid
En. Ahmad Amri Zainal Adnan

UNDILAH!!! jangan tidooo


Monday, 26 March 2012

DS KHALED NORDIN ZALIM!!!


Tanjong Malim, 26 Mac – Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah mengumumkan bahawa tarikh akhir bagi penebusan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) akan dilanjutkan selama sebulan lagi iaitu sehingga 30 April 2012.

terima kasih KPT!


Pengumuman yang dibuat ini pastinya melegakan mahasiswa yang masih lagi belum menggunakan BB1M tersebut. Diharapkan BB1M tersebut digunakan dengan baik untuk pembelian buku-buku dan barangan yang berkaitan dengan pendidikan dan BUKANNYA UNTUK DITEBUS DENGAN DUIT.

Meskipun DS Khaled Nordin telah dihadiahkan batu nisan oleh golongan militan pro-M, namun beliau tahu mahasiswa pro-M ini masih budak hingusan kerana tidak menggunakan hak berfikir sebelum menggunakan hak bersuara. Pihak UPSIkena mengucapkan jutaan terima kasih kepada KPT dan kerajaan Malaysia.

Sunday, 25 March 2012

BUKTI SAHIH!!!: PEMBASMIAN ISLAM SEDANG BERLAKU DI UPSI SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH MAHASISWA PENDIDIK

Tanjong Malim, 25 Mac – Tuduhan oleh Mahasiswa Pendidik yang telah mendakwa bahawa pihak pentadbiran universiti yang didalangi oleh HEP telah melakukan PEMBASMIAN ISLAM di UPSI sememangnya mempunyai agenda mereka tersendiri.

Pihak UPSIkena akan mendedahkan sebahagian daripada bukti yang dikatakan sebagai PRMBASMIAN ISLAM DI UPSI.

Aktiviti Kerohanian Di Kolej-kolej kediaman



Sebahagian daripada aktiviti kerohanian yang dijalankan di kolej-kolej kediaman.

Aktiviti kerohanian daripada Pusat Islam UPSI

Kesemua aktiviti kerohanian ini langsung tidak dikongkong mahupun disekat oleh HEP malah turut diberikan lagi galakan oleh TNC HEP sendiri. Namun, UPSIkena agar terkilan kerana boleh dikatakan TIADA LANGSUNG aktiviti kerohanian dilakukan kepada non-muslim melalui pengisian yang bersesuaian. Ini sepatutnya dilakukan oleh MP bagi mengelakkan penganut agama lain merasakan tersisih.


Selain itu, terdapat juga kuliah maghrib, dhuha dan subuh yang turut diadakan disetiap kolej-kolej kediaman dan ada antara kuliah-kuliah tersebut turut disampaikan oleh pengetua kolej sendiri seperti di KUO yang turut menjadi imam solat. Adakah ini juga dikira sebagai proses PEMBASMIAN ISLAM yang dilakukan oleh pengetua kolej?

Apakah sebenar muslihat MP ini sebenarnya? Adakah kerana MP sudah tidak mendapat sokongan daripada mahasiswa UPSI? Mungkinkah juga kerana MP tidak lagi mampu bergerak bebas seperti sewaktu sebelum kedatangan TNC HEP yang baru ini? 

UPSIkena menasihatkan kepada MP agar bertaubatlah, imej kononnya islamik yang dibawa oleh anda benar-benar mencemarkan kesucian agama Islam. Diharapkan agar pihak UPSI dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap pemfitnah ini agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain.

PENTADBIRAN UPSI SEDANG MELAKSANAKAN PEMBASMIAN ISLAM DI UPSI– MAHASISWA PENDIDIK


Tanjong Malim, 25 Mac – Mahasiswa Pendidik dalam kenyataan mereka di dalam halaman rasmi Facebook mereka telah mendakwa bahawa pihak pentadbiran universiti yang didalangi oleh HEP telah melakukan PEMBASMIAN ISLAM di UPSI. Tuduhan yang dilemparkan kepada pihak UPSI ini adalah amat serius dan tidak munasabah.

klik untuk besarkan imej

Mahasiswa Pendidik mendakwa pihak pengetua kolej kediaman mula menekan dan mengongkong aktiviti kerohanian di kolej kediaman. Mereka menyatakan bukti yang tidak sahih berdasarkan khabar angin yang menyatakan bahawa bajet perbelanjaan aktiviti kerohanian diluluskan sedikit sahaja.

Persoalannya di sini, benarkah pihak UPSI melalui HEP sedang MELAKUKAN PEMBASMIAN ISLAM??? Menurut maklumat yang diperoleh pihak UPSIkena, kami mendapati bahawa bajet yang diluluskan oleh pengetua dinilai berdasarkan keperluan dan kesesuaian bajet kewangan yang diminta serta bajet yang perlu diagihkan kepada aktiviti lain.

Tambahan pula, aktiviti mahasiswa di kolej tidak sahaja tertumpu pada aktiviti kerohanian semata-mata kerana aktiviti kolej yang dijalankan melalui Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) turut menjalankan aktiviti berbentuk kesenian, akademik, sukan dan lain-lain lagi.

Jadi seharusnyalah pihak pengetua perlu membuat penilaian sewajarnya bagi membahagikan peruntukan kewangan yang ada kepada semua aktiviti yang dijalankan dan bukannya kerohanian semata-mata.

Maka, di sini tidak timbul isu bahawa aktiviti kerohanian di sisihkan malah TUDUHAN PENGETUA MELAKUKAN PEMBASMIAN ISLAM merupakan TUDUHAN YANG JAHAT yang sememangnya mahu menjatuhkan maruah dan kreadibiliti pentadbiran UPSI.

Bagi pihak UPSIkena, kami mendapati tuduhan yang dilemparkan kepada pihak UPSI yang ditujukan kepada HEP dan pengetua adalah bersifat dendam dan semata-mata mahu menjatuhkan maruah serta kredibiliti pentadbiran UPSI. Ditambah pula dengan artikel-artikel berunsur ftnah yang ditulis di dalam UPSIkini terhadap HEP dan Pengetua.

Saturday, 24 March 2012

DI SEBALIK TABIR PENYERAHAN BATU NISAN OLEH MAHASISWA MELAYU PRO-M


Tanjong Malim, 24 Mac – Demonstrasi yang dilakukan oleh Mahasiswa Pro-M  dimulakan dengan tuntutan SMM dan Pro Pembangkang Mahasiswa dengan penyerahan memorandom kepada Setiausaha Politik kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Mereka membawa 3 tuntutan :
1.Pilihanraya kampus di awalkan
2.Kembalikan demokrasi kampus
3.BEBASKAN KAMPUS DARIPADA CAMPUR TANGAN POLITIK LUAR

Pihak UPSIkena ingin memfokuskan kepada tuntutan no 3 sahaja. Benarkah entiti mereka ni sebenarnya hanya didalangi oleh mahasiswa sahaja?

Siapakah dia???

Ni semua tipu???

Nak tau klik sini

Akhirnya kebenaran itu jatuh bergolek yang mana Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nazree Yunus ada ditempat kejadian sebagai penyokong dan tulang belakang kepada SMM dan Pro Pembangkang Mahasiswa. Apa semua ni?? Untuk maklumat lanjut klik sini.

Tambahan lagi, jumlah pendemo yang hadir tidak langsung menampakkan suara mahasiswa sebenar kerana jumlah pendemo yang dikatakan hampir 100 orang adalah merupakan pegawai-pegawai KPT dan Wartawan yang menyaksikan kerja kerja Pro M yang termalu sendiri kerana demonstrasi tiada sambutan. SMM Terkilan LAGI.

Friday, 23 March 2012

MAHASISWA MELAYU PRO-M BANGGA, HANTAR BATU NISAN KEPADA MENTERI…?


Tanjong Malim, 23 Mac – Lagak sombong mahasiswa yang merasakan dirinya sudah terpelajar walaupun baru setahun jagung menjejakkan kaki ke menara gading seolah-olah menggambarkan kebiadaban pelajar Melayu yang GILA BERPOLITIK berbanding dengan mahasiswa bangsa lain yang sibuk mengejar ilmu.

Terbaru, diberitakan kira-kira 80 orang pelajar pro-Mahasiswa pada petang ini berhimpun di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya sambil membawa sebatang batu nesan untuk diserahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, DS Khaled Nordin.

Kumpulan mahasiswa tersebut yang kononnya menuntut pilihanraya kampus diadakan segera, bagaimanapun gagal menemui Khaled sebaliknya hanya berjaya menyerahkan memo tanpa nesan kepada setiausaha politik Khaled.

Batu Nesan yang kononnya melambangkan kematian demokrasi pelajar sebenarnya hanya MELAMBANGKAN JIWA PELAJAR TERSEBUT YANG DAH MATI UNTUK BELAJAR.

Lihat sahaja muka-muka yang berkumpul itu, paling handalpun pada PRU 13 nanti hanya akan jadi tukang panjat pokok untuk memasang bendera dan sepanduk parti politik. Kesian mak bapak yang berharap agar anak jadi manusia cemerlang, rupanya anak mereka dah tempah nesan sendiri.

Allah dah bagi otak yang berfungsi dengan baik pada kita. Kita patut bersyukur kerana Allah telah bagi kita akal untuk berfikir dan mempunyai iQ yang tinggi sehingga membolehkan kita belajar dan masuk universiti. Tak semua manusia didunia ini dapat kelebihan itu.

Nasihat UPSIkena, gunalah otak yang diberi Allah itu sebaik-baiknya, berfikirlah cara matang. Gunalah saluran yang betul untuk meluahkan pendapat atau tentangan, bukannya dengan memberi batu nisan pada orang. Aturkan perjumpaan dengan menteri bukannya terjerit-jerit di jalan untuk selesaikan masalah.

Apa perasan anda bila ada orang hantar batu nisan pada keluarga anda di rumah, suka tak?? Kalau tak suka jangan buat kat orang walaupun ianya hanya simbolik. Ada tak pelajar cina sibuk nak hantar batu nisan atau keranda pada pemimpin mereka? Fikir-fikirkan.

Bertaubatlah!!! Kami sayangkan kamu kerana Alif Ba Ta

Thursday, 22 March 2012

INSAFLAH!!! KAMI SEDIA MEMAAFKAN KAMU

Tanjong Malim, 22 Mac – Masihkah anda ingat tentang suatu peristiwa hitam yang telah mencemarkan nama UPSI yang merupakan institusi pendidikan terulung di Malaysia. Peristiwa menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia yang merupakan suatu bentuk penghinaan yang dilakukan kepada PM yang dilakukan oleh seorang aktivis yang bakal bergelar CIKGU.

Peristiwa demonstrasi di hadapan UPSI pada malam tahun baru juga merupakan rentetan kepada lagak sombong dan bongkak mahasiswa ini yang dikatakan berani mengambil risiko untuk dibicarakan namun mengambil jalan pintas dengan mendesak pihak UPSI menggugurkan pertuduhan ke atasnya.

Akhirnya, beliau telah dijatuhkan hukuman yang setimpal di atas perbuatannya itu apabila digantung pengajiannya selama 3 semester di UPSI. Pihak UPSIkena mengharapkan agar aktivis ini berubah dan tidak DIPERKUDAKAN oleh parti politik. 

PM telah menyatakan:

"...kalau seorang mahasiswa turunkan bendera saya....ada berpuluh-puluh lagi yang akan menaikkan bendera gambar saya..." PM YAB DS Najib Tun Razak di Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa di UITM diiringi tepukan gemuruh.... ~21 MAC 2012

Pihak UPSIkena berharap agar semua mahasiswa agar fokus kepada matlamat utama mengapa kita berada di universiti. Keterlibatan dalam politik kampus adalah perlu tetapi haruslah kena dengan gaya dan caranya sebagai seorang mahasiswa yang bakal mendidik anak bangsa.

Video klip khas buat yang pernah tersongsang arah tujuannya

Sedangkan Nabi pun ampunkan ummatnya...


Tuesday, 20 March 2012

SAH, BATCH AMBILAN JULAI 2008 AKAN BERKONVO PADA BULAN MEI!!!


Tanjong Malim, 20 Mac – Tarikh Istiadat Konvokesyen Keempat Belas Universiti Pendidikan Sultan Idris akan diadakan pada hari dan tarikh seperti butiran berikut :

TARIKH : 7 MEI 2012 (ISNIN) DAN 8 MEI 2012 (SELASA)

Sebelum ini, pihak UPSIkena dimaklumkan bahawa ramai mahasiswa UPSI ambilan Julai 2008 yang agak keliru sama ada konvokesyen ini adalah termasuk sekali dengan batch ambilan Julai 2008 dan juga batch ambilan Disember 2007.

Mengikut maklumat yang diperoleh daripada pihak akademik UPSI melalui halaman Facebooknya telah mengesahkan bahawa Istiadat Konvokesyen Keempat Belas kali ini adalah termasuk dengan batch batch ambilan Disember 2007 dan juga ambilan Julai 2008 YANG TELAH TAMAT PENGAJIANNYA SAHAJA!
termasuk batch ambilan Julai 2008 

Istiadat Konvokesyen Keempat Belas 2012 juga TERMASUK UNTUK PELAJAR DPLI JAIS/BISTARI/ dan yang telah tamat pengajian. Bagi mahasiswa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai konvokesyen kali ini bolehlah melayari laman web ini.

klik untuk besarkan imej

Surat jemputan konvokesyen BOLEH DICETAK MULAI 7 APRIL 2012 serta sebarang surat berkaitan konvo tidak akan diposkan ke rumah oleh pihak UPSI. Bayaran yuran Konvokesyen hanya boleh dibuat selepas makluman dari BHEA dibuat.
klik untuk besarkan imej

klik untuk besarkan imej

Diharapkan tiada lagi keraguan tentang batch mana yang akan berkonvo pada awal bulan Mei nanti. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan bolehlah merujuk kepada pihak yang berkaitan. Pihak UPSIkena mengucapkan SELAMAT BERGRADUAT kepada anda.

Monday, 19 March 2012

AKIBAT MAHASISWA DIPERKUDA, BANTUAN PENAJAAN PENDIDIKAN DITARIK BALIK!!!


Tanjong Malim, 19 Mac – Kerajaan Negeri Terengganu membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demostrasi di Mesir baru-baru ini.

Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0 yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.
“Kita hantar mereka (pelajar) ke Mesir untuk menuntut ilmu tetapi apa yang mereka lakukan adalah pergi berdemostrasi, berpolitik dan situasi ini tidak seharusnya berlaku.

“Malah, daripada surat rayuan yang dihantar kepada kita (Kerajaan Negeri) jelas jawapan yang mereka berikan tidak meyakinkan kerana kita telah kenal pasti melalui blog-blog dan Internet jelas muka mereka yang terpampang dengan memakai baju bersih dan membawa bendera Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik selesai menyempurnakan Penyerahan e-Book Tahun Empat Dun Wakaf Mempelam 2012 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, di sini, hari ini.

Jelas Ahmad lagi, beliau nyata kecewa dengan tindakan segelintir pelajar yang terbabit dengan kegiatan tidak bermoral itu hingga akhirnya merugikan diri sendiri kerana tidak berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

“Bila kita tanya mereka kata ada orang yang suruh pergi dan memakai baju itu (Bersih) dan ada antara mereka adalah pelajar tahun tiga yang mengambil kursus perubatan di universiti di sana (Mesir).

“Mereka tidak sedar kerajaan membelanjakan wang yang cukup besar untuk membiayai pembelajaran mereka supaya berjaya menamatkan pengajian dan mampu memberikan sumbangan kepada negara, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya.

Justeru katanya, tindakan tegas yang diambil kerajaan ke atas enam pelajar berkenaan seharusnya memberi pengajaran yang berguna kepada pelajar-pelajar lain agar tidak sesekali terlibat aktiviti yang boleh menjejaskan masa depan mereka nanti.

- SinarHarian

Pihak UPSIkena ingin menasihatkan kepada mahasiswa agar kembali kepada matlamat asal kenapa kita sambung pelajaran ke universiti. Jangan mudah DIPERKUDAKAN oleh politikus sehingga ada yang sanggup BERBARING DI JALANAN. UPSIkena ingin mencadangkan agar mahasewel yang gila berdemo turut disekat bantuan pendidikannya.