Tuesday, 3 January 2012

PDRM SEDIA DEDAH RAKAMAN SURAIKAN DEMONSTRASI HARAM DI UPSI KEPADA UMUM


Tanjong Malim, 3 Dis - Polis mempunyai bukti termasuk rakaman video yang menunjukkan mereka tidak menggunakan kekerasan ketika menyuraikan demonstrasi haram di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi kelmarin dan akan mendedahkannya kepada umum jika keadaan memaksa. 

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata pihaknya juga akan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan polis bertindak ganas terhadap pelajar seperti disebarkan blog dan portal berita yang dianggapnya cubaan menjejaskan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita mempunyai rakaman video selain saksi bagi membuktikan polis tidak melakukan keganasan. Polis melakukan tugas mereka seperti biasa kecuali ada pihak yang enggan memberi kerjasama, kita terpaksa bertindak tegas.

“Jika ada laporan dibuat mengatakan polis bertindak ganas sehingga mencederakan individu (yang terbabit dalam perhimpunan haram), kita akan menjalankan siasatan serta mengumpulkan bukti yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas penahanan 17 mahasiswa, termasuk seorang penuntut wanita kerana menyertai demonstrasi haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru 2012 di UPSI dengan mengusung keranda, baring di atas jalan, selain cuba memanjat pagar kampus UPSI, awal pagi kelmarin.

Berikutan insiden itu, beberapa blog dan portal berita mendakwa polis bertindak ganas sehingga mencederakan penuntut yang menyertai perhimpunan berkenaan, termasuk Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Safwan Anang.

Mohd Shukri berkata, pihaknya bersedia mengemukakan bukti, termasuk rakaman video dan laporan perubatan hospital berhubung kecederaan dialami pelajar ketika menyertai perhimpunan haram itu.
“Sekiranya dakwaan yang dibuat palsu, kira akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan itu tanpa usul periksa tidak lagi berulang,” katanya.

Sementara itu di JOHOR BAHRU, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyerahkan kepada pentadbiran institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mengambil tindakan ke atas pelajar masing-masing berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan haram di UPSI.

Beliau berkata, pihaknya menunggu laporan IPT terbabit dan polis berhubung pembabitan penuntut universiti.

Sehubungan itu, katanya, pelajar yang terbabit perlu menerima hakikat perbuatan salah mereka mengundang hukuman terhadap diri sendiri, termasuk dibuang pusat pengajian masing-masing.

“Tindakan kumpulan pelajar terbabit hanya memburukkan imej dan sistem pendidikan negara dengan mengamalkan politik jalanan yang tersasar daripada tujuan asal memasuki IPT.

“Saya jamin 99 peratus pelajar UPSI tidak terbabit dalam perhimpunan itu selebihnya dari universiti dan kolej swasta lain. Ini bukti majoriti pelajar UPSI tidak berminat dengan perhimpunan itu.

“Maklumat diperoleh, pelajar UPSI ketika kejadian mempertahankan universiti sekiranya kumpulan itu merempuh masuk. 

“Nasib baik polis mengawal keadaan,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Pelawaan Naik Taraf Kolej Universiti di Kolej Selatan, semalam.

Artikel asal di Berita Harian.

UPSI KEKAL DENGAN PENDIRIAN, TETAP BICARAKAN KES ADAM ADLI WALAU TERDAPAT BANYAK DESAKAN OLEH PIHAK LUAR


Tanjong Malim, 3 Dis - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kekal dengan pendirian 9 Januari ini untuk sesi pendengaran hukuman tatatertib terhadap pelajarnya, Adam Adli Abdul Halim yang menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 17 Disember lalu. 

Walaupun desakan pelbagai pihak supaya Adam Adli tidak diambil tindakan tatatertib oleh Upsi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk  Dr Junaidi Abu Bakar berkata, ia akan tetap diadakan jam 3 petang, 9 Januari ini. 

Menurutnya, meskipun perhimpunan di perkarangan Upsi pada malam tahun baru lalu bertujuan  mendesak supaya Adam Adli dibebaskan, pihaknya tidak berganjak dengan keputusan tindakan tatatertib terhadapnya. 

“Adam Adli sedia maklum bahawa pendengaran hukuman akan diadakan pada 9 Januari ini atas tindakannya menurunkan bendera, namun penyertaannya pada demonstrasi di hadapan perkarangan Upsi juga akan dikenakan tindakan tatatertib sekali lagi oleh pihak Upsi ,” katanya. 

Bagaimanapun katanya, notis tindakan tatatertib kepada Adam Adli akibat penyertaannya pada demonstrasi itu akan diserahkan dalam tempoh 10 ke 14 hari lagi. 

Junaidi berkata, selain Adam Adli, seorang lagi mahasiswi Upsi, yang turut ditahan polis pada malam kejadian itu, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim, pelajar tahun ketiga juga tidak terlepas dengan hukuman tatatertib. 

Dalam pada itu katanya, Upsi kini sedang menyiasat pembabitan beberapa mahasiswanya pada demonstrasi menuntut pembebasan Adam Adli  dan penghapusan Akta Universiti dan Kolej (Auku) pada malam tahun baru lalu. 
Junaidi berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman video dalam kejadian terbabit bagi memastikan identiti mahasiswa yang terlibat.


“Kami dimaklumkan terdapat beberapa mahasiswa Upsi yang terlibat. Jika terdapat bukti sahih pembabitan itu, mereka juga tidak akan terlepas dengan tindakan tatatertib oleh pihak Upsi,” katanya.

Pihak UPSIkena mengharapkan semua pelajar UPSI yang terlibat dalam DEMO tersebut diadili dengan seadilnya dengan berbekalkan segala bukti yang ada.

Kepada semua mahasiswa UPSI di luar sana, UPSIkena sekali lagi menyeru agar tidak mengambil sikap GELOJOH dalam menyelesaikan isu-isu yang berbangkit. Sama-sama kita nantikan detik 9 JANUARI ini KEPUTUSAN yang akan dibuat berhubung isu Adam Adli.

Untuk rekod 17 orang mahasiswa ditahan semasa demonstrasi yang dilakukan dihadapan pintu utama UPSI. Pecahan pelajar yang ditahan adalah seperti berikut: 

Pecahan yang ditangkap mengikut universiti
Universiti Selangor – 4
Universiti pendidikan sultan idris (UPSI) – 2
Universiti Malaya (UM)- 1
Universiti Islam antarabangsa Malaysia (UIAM)- 1
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) – 1
Universiti teknologi mara (UITM) – 1
Bekas pelajar UKM – 1
Bekas pelajar KUIS – 1
5 pelajar enggan bekerjasama


Monday, 2 January 2012

TNC HEP DIFITNAH LAGI OLEH UPSIkini


Tanjong Malim 2 Dis – Tindakan Blog PEMFITNAH UPSIkini yang masih tidak dapat memberikan bukti berkaitan dengan isu FITNAH terhadap seorang pensyarah baru-baru ini yang dikatakan ditangkap khalwat masih lagi belum ditunjukkan buktinya.

Terkini, blog PEMFITNAH tersebut memainkan lagi isu bahawa TNC HEP mengugut YUYU LUNA dibar EXAM dan dibuang kolej adalah kenyataan yang tidak matang dan dibuat secara semberono sahaja.

Untuk maklumat lanjut, KLIK SINI.


APA YANG SEBENARNYA BERLAKU PADA TRAGEDI ‘UPSI BLACK DAY’ ?

KRONOLOGI 31/12/2O11 HINGGA 1/1/2o12

1. Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. 

2. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

3. Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.

4. Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke upsi sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. 

5. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)

6. Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “WE LOVE UPSI “. 

7. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman upsi. 

8. Upsi bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar.

9. Rata-rata Face book dan blog yang cintakan upsi, menyatakan sokongan agar bumi upsi tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

10. Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh upsi dan tnc mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadap Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI. 

11. Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. 

12. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU. 

13. Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar upsi dijulang untuk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama. 

14. Mereka terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

15. 2 20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat di depan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia.

16. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 um (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

17. 235am mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. 

18. Pintu pagar upsi telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, ocpd mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam upsi dan di bimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis upsi, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

19. Oleh kerana mereka tidak mengendahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa.

20. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka. 

21. Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel.

22. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

23. Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar upsi yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana.

24. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan upsi sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

25. Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan upsi dan tnc hep mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat

26. Mahfuz Omar juga berada di lokasi seperti laporan akhbar hari ini. Semua ini berlaku untuk menguntungkan PKR. 

27. Budak budak mentah ini dijadikan alat provokasi mereka untuk meraih simpati rakyat terutamanya menjelang 9.1.2012 dan PRU ke 13. 

28. Pelajar-pelajar UPSI lain yg matang dan tidak menyertai demonstrasi itu, tahniah diucapkan.

29. Jangan diikut ragam segelintir pelajar yg tak matang pemikirannya. 

30. Pihak pihak yg berwajib di UPSI, perlu menangani isu ini dengan segera sebelum ianya menjadi barah dan membawa penyakit yg lebih teruk.

GEMPAR, BUKTI BERGAMBAR SAFWAN ANANG SEDANG TENAT!!!



Tanjong Malim, 2 Dis. - Semalam, tersebar kisah polis bertindak zalim sehingga Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.
Twitter Adam Adli mengatakan Safwan sedang nazak. Mohon didoakan nyawa beliau selamat.
SUNGGUH DRAMATIK!!!
Namun, tak sampai 24 jam, Safwan sudah sihat dan mampu berborak rancak. Kansel nazak!
Mungkin mengatur publicity stunts yang seterusnya. Iyelah, dah mula glamour pasal asyik masuk portal berita, televisyen, suratkhabar, youtube.
Barulah nampak macam pejuang bila dapat perhatian. Cuma apa yang diperjuangkan itu tak berapa nak faham la.
Kalau baca komen penyokong, kejap berjuang menentang kerajaan yang zalim. Zalim dari segi apa tak boleh pulak perincikan. Keluar jawapan baca kat internet.
Cuba sabitkan dengan PTPTN la pulak kekadang tu.
Ada pulak yang kata berjuang untuk kebebasan akademik. Kebebasan akademik itu apa? Kebenaran untuk duduk di perpustakaan universiti sepanjang malam ke apa?
Jangan campur adukan kebebasan untuk mengkritik kerajaan sebagai kebebasan akademik pulak.
Pada masa yang sama duk mengaku bukan alat atau ejen pembangkang. Namun sepanjang masa duk memburukkan Perdana Menteri.
Namun tak kisahla. Berbalik kepada ‘keadaan kesihatan’ Safwan Anang yang sedang nazak semalam tapi sembuh dengan begitu pantas pagi ini, kita harus bersyukur.
Kalau tidak, siapa hendak meneruskan perjuangan yang tak nampak apa yang diperjuangkan itu, melainkan hanyalah tindakan bersifat anti kerajaan yang memihak pembangkang.
Satu nasihat terakhir la, kan senang kalau Safwan Anang dan Adam Adli mengaku aje perjuangan mereka itu adalah bertujuan untuk menentang kerajaan dan membantu Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya umum akan datang.
Buat apa nak jual nama perjuangan untuk mahasiswa. Pada peringkat ini, sudah nampak sangat apa yang diperjuangkan adalah untuk faedah orang seperti Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain, bukannya mahasiswa lagi.
Jangan jadi drama queen la. Mansuhkan AUKU hanyalah alasan wayang kulit aje…matlamat lebih besar adalah untuk memburukan kerajaan dengan menjadikan perjuangan untuk mahasiswa sebagai topeng.

Oleh: AK-47

Sunday, 1 January 2012

PEMIMPIN BESAR MAHASISWA PENDIDIK BERMAIN PLAY SAFE DALAM ISU ADAM ADLI, TIADA KELIBAT PEMIMPIN MP DALAM DEMONSTRASI


Tanjong Malim, 1 Dis. – Tiada kelihatan beberapa kelibat PEMIMPIN BESAR MP di dalam demonstrasi semalam dilihat sebagai tanda awal kepada keretakan hubungan antara PRO-M tersebut.

Menurut unit risikan UPSIkena yang berada ditempat kejadian semalam mendapati kelibat PEMIMPIN BESAR MP tersebut dilihat memerhati dari jauh sambil mendapatkan info daripada rakan-rakan yang pergi kesana.

Adakah ini tanda bahawa MP tidak bersetuju dengan TINDAKAN ADAM ADLI yang dilihat melampau batas-batas norma seorang mahasiswa pendidikan? Ataupun menyokong dalam masa yang sama tidak menyokong?

Namun, tindakan PENGECUT PEPIMPIN BESAR MP tersebut turut dipersoal oleh segelintir penyokong tegar gerakan tersebut di dalam halaman rasmi KSMP di Facebook. Tindakan MP dilihat mahu menyelamatkan ‘PERIUK NASI’ mereka berkaitan dengan POSTING.

Dimana isu yang dilaungkan dalam menyatakan sokong terhadap Adam Adli? Atau hanya sekadar melepaskan batuk ditangga kerana takut dicop sebagai tidak menyokong tindakan Adam, walhal mereka sebenarnya memang tidak menyokong sama sekali tindakan Adam.

Tidak guna hanya berani dalam Facebook tetapi takut untuk berdepan dengan realiti sebenar. Kenapa PEMIMPIN BESAR MP bersikap demikian? Takut HILANG UNDIKAH semasa PRK nanti? Jangan baling batu sembunyi tangan.

GEMPAR: SAH GERAKAN MAHASISWA SMM DAN DEMONSTRASI DI UPSI TIDAK ADA CAMPUR TANGAN PIHAK LUAR!!!


Tanjong Malim, 1 Dis. – Dalam demonstrasi yang dilakukan oleh segelintir PELAMPAU MAHASISWA semalam didapati mengandungi unsur-unsur campur tangan daripada pihak luar.

Pihak UPSIkena mendapati terdapat beberapa tokoh politik yang dilihat campur tangan yang menjadikan mahasiswa sebagai boneka yang sengaja cuba mengalih pandangan rakyat Malaysia terhadap Isu Anuar Ibrahim sebeenarnya.

Kelibat Chegu Bard dalam demonstrasi semalam menguatkan lagi hujah kami bahawa sememangnya orang kuat PKR ini menjadi tulang belakang dan semangat kepada gerakan demonstrasi yang bertukar ganas akbiat KEBIADAPAN MAHASISWA yang dilihat menimbulkan provokasi melampau terhadap UPSI dan pihak polis.

Dalam demonstrasi tersebut seramai 17 orang mahasiswa UPSI dan luar UPSI ditahan termasuk HERO KAMPUNG ADAM ADLI kerana KEENGGANAN DAN KEDEGILAN untuk bersurai setelah diarahkan oleh pihak polis.




TERKINI, kelibat Datuk Mahfuz Omar daripada PAS dilihat di balai polis Tg Malim yang dapat dilihat sebagai campur tangan politik luar dalam isu ini. Adakah beliau hanya mahu bersiar-siar di balai polis Tg Malim?

Anda mahasiswa bukan bodoh, jadi nilaikanlah adakah gerakan mahasiswa ini benar-benar bebas daripada pengaruh politik luar? Jangan jadi barua sehingga menjatuhkan dan menjejaskan periuk nasi 15 Ribu mahasiswa UPSI yang lain.