Sunday, 25 September 2011

Kenyataan Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu bakar, TNC HEP&A tidak diberikan gambaran sebenar oleh UpsiKini.




Tanjong Malim, 25 Sept. - Berhubung dengan laporan di media UpsiKini baru-baru ini “Junaidi akur desakan RPA, pertahan kenaikan pangkat luar biasa” itu dilihat sebagai ‘permainan’ dan putar belit oleh pihak UpsiKini terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh TNC HEP&A yang baru Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu bakar.

Datuk Junaidi menegaskan bahawa pihaknya tidak berniat sama sekali untuk menghentikan program Penggerak Ad-Din ini kerana menurut beliau program ini amat bermanfaat kepada semua mahasiswa/i UPSI.

Menurut beliau lagi faktor program RPA ini di tangguhkan pada masa ini adalah kerana pengisian dalam program ini sedang dalam penambahbaikan dalam aspek modul dan aktiviti bagi memberikan input yang lebih menyeluruh dan berkesan dalam membentuk jati diri kepada mahasiswa/i. masa kini.
Perbincangan modul ini akan mendapat sentuhan ayahanda TNC HEP ini sendiri tambah beliau lagi serta dibantu juga oleh , penasihat Penggerak Ad-Din, Pengerusi Penggerak Ad-Din Amirul Afzan, saudara Zahar serta beberapa orang lain lagi.

Dalam majlis yang sama beliau turut menyatakan bahawa pihak UPSI akan membenarkan mahasiswa untuk berpesatuan dan membuat aktiviti lain di seluruh negeri dan bukannya terhad kepada 4 buah negeri saja seperti sebelum ini.

Penjelasan isu ini dibuat dalam satu Majlis solat hajat Perdana yang dianjurkan Jawatankuasa RPA di Surau Al-Falah yang turut dihadiri oleh YDP MPP saudara Muhammad Afiq Fikri serta barisan kepimpinan MPP yang lain serta turut dihadiri oleh staf-staf JHEPA dan pengetua-pengetua kolej kediaman UPSI.


YDP MPP:Bas Sehala Di Mansuhkan



                                                                   (klik gambar untuk besarkan saiz)

Tanjong Malim, 24 Sept. – Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Muhammad Afiq Fikri Mislan  mengumumkan di wall facebooknya sebentar tadi masalah  bas sehala yang  menimbulkan pelbagai masalah dan kekeliruaan kepada  mahasiswa-mahasiswi UPSI  yang diperkenalkan bermula semester ini telah  dimansuhkan dan bakal beroperasi seperti sedia kala bermula isnin ini.

Semoga dengan pengumuman ini, diharapkan bakal melenyapkan penderitaan dan kesukaran yang telah dilalui oleh semua pengguna Bas kitaran UPSI pada semester ini.

Kami dari pihak UPSIkena juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan Majilis Perwakilan Pelajar UPSI 2011 (MPP) kerana memperjuangkan  kebajikan pelajar yang rata-rata terjejas dengan pengenalan Bas sehala ini.

Berikut dilampirkan butiran-butiran maklumat laluan bas yang bakal beroperasi Isnin ini :

KUO-PT-PC : 5 BAS
KUO-PT : 8 BAS
KAB-PC : 3 BAS
KAB-PT : 8 BAS
PT-TMN B : 3 BAS UPSI
KETOYONG : 1 COESTER
PEKAN : 1 BAS UPSI

Selain itu juga, didalam pesanan yang ditinggalkan ini juga,YDP MPP saudara Afiq memohon jasa baik pelajar-pelajar senior untuk membantu adik-adik Junior semester 1 sekiranya timbul salah faham mengenai destinasi dan bas yang perlu mereka naiki.


Saturday, 24 September 2011

Ulasan : DI SEBALIK TOHMAHAN RAKAN PENGERAK AD-DIN


Ulasan Mahasiswa : DS Kekanda Mohammad Farhan Mukhlis

Majlis kesyukuran dan solat hajat perdana dianjurkan oleh Rakan Penggerak Addin (RPA) malam semalam telah mendapat liputan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi UPSI. Alhamdulillah kerana program ini berjalan lancar kerana dihadiri oleh Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Program yang agak mendapat sambutan kerana ramai staff yang di arahkan oleh TNC HEPA untuk bersama-sama dalam solat hajat dalam menyelamatkan RPA supaya tidak disekat daripada aktiviti usrah.

Selesai solat hajat, TNC telah memberikan ucapan kepada semua pelajar yang hadir untuk menerangkan mengenai mengapa RPA ini disekat. TNC juga memberikan cadangan-cadangan yang baik dalam membawa RPA untuk melawat jabatan-jabatan agama Islam yang terdapat di Malaysia seperti JAKIM dan IKIM untuk melihat sendiri bagaimana perjalanan aktiviti dakwah yang dilakukan. TNC juga telah mengeluarkan kenyataan supaya RPA tidak lagi menjalankan aktiviti secara “sembunyi-sembunyi” untuk aktiviti usrah dan RPA akan diberi dana dan akan diberikan perhatian sewajarnya dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan rohani.

Pelbagai serangan telah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sehinggakan mengecam tindakan TNC HEP yang menyekat aktiviti RPA tanpa mendengar penjelasan sebenar beliau untuk membantu RPA dalam bentuk yang lebih “terang” menjalankan aktiviti. Setelah penjelasan di lakukan oleh beliau akhirnya pelajar-pelajar faham dan mengetahui niat sebenar beliau untuk membantu RPA. Selesai program, semua pelajar bersalam-salaman bersama beliau setelah penerangan yang jelas mengenai tindakan HEP.

*Penulis merupakan Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan UPSI dan merupakan Aktivis mahasiswa yang aktif memperjuangkan hak mahasiswa di UPSI.

SAAT PENANTIAN AKHIRNYA BERAKHIR BUAT GPMS CAWANGAN UPSI


Oleh : DS Mohammad Farhan Mukhlis (YDP Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UPSI)

Tepat jam 2.30 petang 23/9/2011 satu pertemuan dan kunjungan hormat GPMS kebangsaan yang dihadiri sendiri presiden GPMS kebangsaan En. Jais Abdul Karim bersama isteri dan penolong pengarah BTN Selangor En. Khidir Anwar dan wakil GPMS cawangan UPSI Yang Dipertua GPMS UPSI Ds Mohammad Farhan, Naib YDP Mohd Zakwan Abdullah dan Ketua Penerangan Mohd Azrein Abbas dan telah bertemu dengan TNC HEP Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar.

Pertemuan ini telah diaturkan untuk menyelesaikan kemelut penubuhan GPMS cawangan UPSI yang tidak diluluskan oleh pihak tertinggi UPSI semenjak semester lepas. Pertemuan ini telah membawa makna yang besar buat GPMS cawangan UPSI kerana kelulusan untuk menjadi sebuah persatuan berdaftar telah menjadi kenyataan. Hasil penerangan yang panjang lebar oleh presiden GPMS kebangsaan telah diterima baik oleh TNC HEP untuk meneruskan niat murni membantu pelajar Melayu semenanjung dalam pendidikan.

Garis panduan strategi 2009 sehingga 2012 iaitu GPMS memperjuangkan Melayu di atas dasar Non-Partisan, GPMS melahirkan gedung pemimpin Negara dan memperkasakan pendidikan untuk pelajar Melayu telah diterangkan sebaik mungkin dalam membantu mahasiswa UPSI kerana UPSI merupakan institusi lahirnya pemimpin-pemimpin hebat Negara.

Kini secara rasminya GPMS cawangan UPSI telah tertubuh dan mahasiswa Melayu semenanjung boleh mendaftarkan diri untuk menjadi ahli. Borang-borang keahlian boleh didapati dari ahli majlis tertinggi GPMS cawangan UPSI dan ahli jawatankuasanya seperti berikut :

YDP : MOHAMMAD FARHAN BIN ABU TALIB

TIMBALAN YDP : JOHARI JOHAR BIN MOD YUSOF

NAIB YDP : MOHD ZAKWAN BIN ABDULLAH & SYABIRAH BINTI MD ALI

SETIAUSAHA : NOOR ‘AZIEMAH BT MOHD RADZI

PEN. SETIAUSAHA : NAJJAH HALWANI BT MOHAMAD YUSUF

BENDAHARI : NORDIYANA BTE BAHARUDIN

PEN. BENDAHARI : ROSLIDAINI BINTI MOHAMAD

KETUA PENERANGAN : MOHD AZREIN BIN ABBAS

PEN. KETUA PENERANGAN : MOHD SYAFIQ BIN ABU HASSAN

AHLI JAWATANKUASA

AMIRUDDIN SOBRI BIN MOHAMAD

AINUL BASYIRAH BT MD RASHID

KHAIRULANWAR ABU BAKAR


Tahniah Saudara DS dari mahasiswa UPSI khususnya. Teruskan perjuangan

Thursday, 22 September 2011

TNC HEP Hadir Ke Surau Al-Falah



Tanjong Malim, 22Sept. – Sumber UPSIkena yang di tugaskan berada di lokasi majlis kesyukuran dan solat hajat perdana  rakan penggerak addin bersama Mahasiswa melaporkan majlis ini turut  hadiri oleh  Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A), Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar sebentar tadi.


Namun demikian pihak UPSIkena masih lagi menunggu perkembangan lanjut apa yang sedang berlansung di surau al-falah KAB dan pihak kami juga difahamkan majlis  ini  dianggarkan dihadiri seramai 200 mahasiswa/i  Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Wednesday, 21 September 2011

Membentuk Budaya Politik Kampus Yang Murni


MINDA PENGARANG : Alis Syamsul


Belajar sambil mencabar


Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang


Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin


Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar - Prof. Ungku A. Aziz (1973)



Setiap tahun akan berlaku pilihanraya kampus di seluruh negara terutama sekali yang membabitkan institusi pengajian tinggi dan kolej universiti. Reaksi bercampur-campur pelajar mengenai pilihanraya kampus juga memberi kesan yang pelbagai kepada institusi pengajian yang terlibat. Ada pelajar yang melihat pilihanraya kampus sebagai acara rutin memilih pelajar dan tidak memiliki hubungan langsung dengan kehidupan pelajar itu sendiri sekaligus tidak mempedulikan apa yang berlaku. Terdapat juga pelajar yang mengambil sikap menjauhkan diri daripada pilihanraya kampus dan melihatnya sebagai medan perebutan golongan oportunis menonjol diri dan membina nama.


Namun walau apapun alasannya, sudah pasti, pihak universiti sepatutnya mengadakan pilihanraya peringkat pelajar memiliki tujuan yang sepatutnya memberi keuntungan untuk pelajar di dalam pelbagai bentuk baik dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa yang panjang. Masakan tidak, majoriti besar kakitangan universiti terlibat dan perbelanjaan yang besar dikeluarkan untuk melaksanakan salah satu rutin proses demokrasi diperingkat pelajar. Sudah pasti antara tujuan utama diadakan pilihanraya peringkat pelajar ini untuk melatih generasi muda melalui proses untuk dipilih serta memilih. Secara tidak langsung juga mendidik generasi muda berhadapan dengan proses memilih pemimpin peringkat umur mereka. Pelajar diminta untuk membuat keputusan baik keputusan menawarkan diri atau diminta bertanding, ataupun membuat keputusan untuk memilih calon yang terbaik.



Tetapi alangkah malangnya jika masa, tenaga dan tumpuan kerja untuk melaksanakan perjalanan pilihanraya kampus diakhiri dengan sentimen benci membenci, tuduh menuduh dan penuh dengan manipulasi seperti politik kepartian di luar kampus. Kita realistik, pemilihan pemimpin peringkat pelajar ini tidak akan menyelesaikan semua masalah yang ada diperingkat pelajar. Adalah tidak adil kepada bakal pemimpin pelajar diletakkan harapan yang tinggi untuk mengubah segala-galanya, menyelesaikan segala kemelut dan kebajikan pelajar yang menjadi tanggungjawab universiti.


Di samping kewujudan program rutin pelajar dan universiti seperti pesta konvokesyen, pemimpin pelajar yang terpilih juga perlu menjadi pemimpin yang mampu merubah persepsi rakan sebayanya mengenai potensi generasi muda dari seorang pelajar biasa kepada pelajar yang miliki idealisme tentang cita-cita hidup merentasi pembinaan moral dan akhlak seseorang individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Kita juga melihat pemimpin pelajar yang dipilih perlu menjadi pemimpin pembina budaya (culture builder).


Memimpin para pelajar untuk membina budaya tinggi yang berkait rapat dengan budaya ilmu dan segala ciri-ciri yang perlu ada dalam pembinaan sebuah tamadun unggul. Kita juga optimis agar pemimpin pelajar yang akan dipilih nanti mampu menjadi model kecemerlangan akademik dan memiliki keyakinan diri dalam memimpin. Di samping kepimpinan pentadbir universiti dan pemimpin negara, umat juga idamkan kelahiran pemimpin pelajar yang mampu merungkai dan membawa keluar kerumitan dan kegelisahan masyarakat yang membimbangi masalah sosial dan jenayah yang sudah menular dikalangan pelajar.


Oleh itu, pertimbangan memilih pelajar tidak wajar disandarkan kepada dari kumpulan atau parti tertentu. Melabelkan pelajar sebagai pro kepada kumpulan tertentu hanya mengelirukan pelajar dan memerangkap pelajar berfikir dalam kerangka berparti sama seperti pilihanraya di luar kampus. Pemikiran pelajar perlu dibebaskan dari diwarnai dengan partisan politik luar. Biarkan pelajar menentukan siapa yang dirasakan punya kredibiliti dan akhlak yang baik. Pemilihan yang paling releven diperingkat kampus ialah memilih berdasarkan keupayaan dan potensi yang ada pada calon terbabit dalam rangka peraturan yang telah ditetapkan. Bukannya disandarkan sebab emosi, kumpulan sendiri atau sebab pilihan sesiapa pun yang meminta untuk memilih calon tertentu. Kekuatan calon terutama sekali pelajar Islam perlu ditandai dengan ciri al-mu’minu`l-qawiyy (mu`min yang kuat) dan keunggulan peribadi al-qawiyyu `l’-amin (watak yang gagah dan amanah)


Pilihanraya kampus perlu menjauhi elemen manipulasi dan penyelewengan urusan pilihanraya baik melalui surat layang, media elektronik ataupun apa bentuk manipulasi sekalipun. Mahasiswa harus matang dan mampu membezakan nilai surat layang ataupun harga sebuah berita palsu yang tersebar berbanding dengan maklumat yang memiliki autoriti atau kebenarannya. Di sini latihan yang paling baik untuk mahasiswa melatih diri menapis dan menilai sebarang manipulasi sebelum sampai ke peringkat menjadi pemimpin sesebuah institusi atau negara yang sudah pasti berhadapan dengan rencam politik serantau dan antarabangsa yang serba kompleks dan lebih mencabar. Kita perlu bijak menilai pilihannya yang baik, walaupun kita sedar bahawa risiko membuat keputusan dalam acara seperti pilihanraya kampus tidak seberat membuat keputusan besar yang dilakukan oleh pemimpin diperingkat negara.


Budaya politik peringkat pelajar universiti perlu miliki kecenderungan murni atas asas budaya ilmu yang dipandu oleh nilai agama dan budaya sopan bangsa kita. Kerjasama dan persefahaman antara pelajar dan pentadbir universiti penting sangat penting untuk membentuk warna pilihanraya kampus. Suasana dalam institusi pendidikan sangat bergantung kepada komitmen terutama peringkat pelajar dan pentadbir untuk memastikan kemurnian dan kelancaran acara tahunan ini memberi kesan budaya yang baik dan bukan sebaliknya.


Pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa seperti mendapatkan kerusi dewan undangan negeri atau parlimen. Pemilihan peringkat kampus bukannya medan membalas dendam atau menunjuk siapa yang lebih gagah dan lebih kuat. Tetapi kawasan universiti adalah tempat yang subur untuk menyemai hikmah dan adab sebagai mana yang tergambar melalui tema Taman Ilmu dan Budi yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Kamal Hassan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Universiti perlu menjadi taman yang subur membina lebih ramai rakan yang membina, mengangkat martabat dan akhlak insan serta mendorong seluruh penghuni universiti menjadi agen pendidik masyarakat dan bukannya menjadi liabiliti kepada masyarakat. Mahasiswa wajar menentukan sendiri iklim politik bagaimana yang kita inginkan. Mahasiswa punya pilihan untuk berbuat demikian. Tetapi jika kita memilih untuk menjadi wakil suara mana-mana kumpulan atau parti politik, maka yang akan menang bukanlah pelajar tetapi pendana atau penyumbang kepada kumpulan tersebut.


Kita perlu mandiri dan bebas memilih jalan membina kepimpinan pelajar tanpa mengorbankan rasa hormat dan kagum sebilangan besar pelajar kepada beberapa parti politik diperingkat nasional yang sememangnya punyai pengaruh besar dan peranan yang menyumbang kepada perjalanan politik negara ini. Mahasiswa perlu mengembalikan keyakinan masyarakat kepada kemurniaan dan kemuliaan universiti melalui budaya politik yang akan menjadi cerminan kepada kematangan kepimpinan pelajar di institusi pengajian tinggi. Kita sedar cita-cita masyarakat yang ingin melihat mahasiswa terdidik dan terbina dengan segala pengalaman berguna baik terlibat dengan kepimpinan pelajar peringkat majlis perwakilan mahupun kelab yang kecil.


Semua mahasiswa baik menjadi pemimpin peringkat universiti atau tidak adalah sama dan tidak pula meletakkan mereka yang terpilih itu menjadi lebih dalam segala hal. Kita semua punyai amanah ilmu dan pengalaman menjadi mahasiswa yang perlu disalurkan kedalam gelojak masyarakat yang dahagakan pimpinan dan dorongan graduan universiti yang akan menjadi hati nurani umat kita kelak. Mahasiswa perlu menterjemahkan idea dan cita-cita murni kita melalui pendekatan yang lebih operatif dan praktis diperingkat masyarakat dan bukannya berlegar disekitar dewan kuliah.


Lanskap gerakan pelajar telah berubah seiring dengan usia kemerdekaan negara dan usia sesebuah institusi pendidikan itu. Keperluan, cabaran dan masalah masyarakat berubah seiring dengan usia perjalanan sebuah negara seperti Malaysia. Tetapi prinsip kebenaran dan keadilan akan terus subur zaman berzaman seiring dengan semangat kemanusiaan sejagat yang kita dukung. Suasana yang ada kini perlukan pelajar yang lebih matang dan terhadapan dengan ruang dan batasan yag ada. Perubahan politik konfrantasi kepada politik dialog (Mina ‘l-muwajahah ila l-hiwar) untuk menyampaikan pandangan pelajar perlu diraikan.


Pandangan pelajar yang mungkin betul dan mungkin silap ini akan mematangkan mahasiswa menyonsong masa hadapan negara. Segala ruang dan peluang (seperti pilihanraya kampus) yang ada untuk menyampaikan pandangan digunakan sebaiknya oleh semua pihak demi kebaikan bersama. Jangan perjudikan masa dan peluang mahasiswa untuk tujuan politik sementara. Kita bina atas semangat melihat masa depan Malaysia yang lebih baik daripada apa yang kita ada kini


Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.


sesi percubaan

laman ini dibangunkan untuk mematahkan hujah-hujah yang dangkal dari upsikini!nantikan kemunculan kami sedikit masa lagi.kebenaran bukan pada upsikini sahaja