Tuesday, 10 January 2012

ERA BARU AKTIVISME MAHASISWA

Aman Ali dan Bassam Tariq, dua anak muda Muslim di AS yang merantau ke 30 buah 
masjid di negara itu selama 30 hari dalam kempen menentang Islamofobia. Aktivisme  
seperti ini tidak mengundang rempuhan FRU dan kebencian umum

Tanjong Malim, 10 Jan - Pihak UPSIkena menerima satu kiriman artikel yang dihantar oleh seorang mahasiswa. Di sini, pihak UPSIkena akan kongsikan artikel tersebut sebagai makanan minda mahasiswa dan aktivis mahasiswa.

Pada 1966, University of California, Los Angeles (UCLA) melalui Higher Education of Research Institute (HERI) menemukan dapatan: 57.8% pelajar bersetuju bahawa penglibatan dalam politik (termasuk piket, perhimpunan, protes) dan ia merupakan orientasi utama dalam aktivisme pelajar (dalam kajian tahunannya ke atas pelajar baru universiti-universiti di Amerika Syarikat).

Lebih 30 tahun kemudian, UCLA pada 1997 melaporkan kajian tahunan yang sama dan mendapati: 26.7% sahaja yang bersetuju.

Pada 2010,kajian yang sama menampakkan unjuran yang semakin merosot.Hanya 6% daripada kalangan pelajar di Amerika Syarikat berpendapat bahawa pelajar perlu terlibat dalam protes atau demonstrasi politik.

Persoalannya, adakah mereka ini semakin lesu dan tidak lagi layak diangkat sebagai aktivis pelajar? Adakah pelajar-pelajar ini ditekan teruk oleh pemerintah sehingga hidup dalam ketakutan? Adakah mereka sudah terkena tempias AUKU yang merupakan akta paling zalim dalam sejarah ketamadunan manusia itu?

Tidak. Lembaran aktivisme pelajar di AS semakin meluas dan berubah. Mereka memilih jalan yang lebih profesional, lebih akademik dan lebih bijak - khususnya dalam membantu masyarakat.

"We're not taking over administration buildings; we're walking into the administration building with business suits on." - Zachary Mason, dalam Students switching activism toboardroom.

"True, students are not protesting wars or throwing rocks at the police or other forms of the establishment. But this form of activism is no less heart-felt or legitimate, and it’s also likely to be more enduring." - Judy Hopelain, dalam Student activism is not dead,just changing.

Ya, mereka menyertai perniagaan, giat menjana duit. Mereka masuk ke pejabat pentadbiran secara profesional dan mengemukakan tuntutan dengan kertas kerja yang meyakinkan. Mereka turun ke sekolah-sekolah dan membantu pelajaran kanak-kanak. Mereka memajukan teknologi, mengkomersialkan inovasi teknologi nano, menyemarakkan penemuan sains, - yang semuanya berteraskan bidang ilmu. Dalam masa yang sama, bertujuan memakmurkan masyarakat. (Saya syorkan dibaca Studentactivism can change the world).

Bahkan, dalam aktivisme keagamaan, pelajar tidak perlu melontar batu dan memekik melempiaskan marah, atau mempertontonkan ibadah solat di atas jalan raya (walaupun surau hanya beberapa meter) semata-mata untuk membuktikan Islam itu indah.

Pada Ramadhan (2010), satu kempen menentang Islamofobia dianjurkan oleh dua anak muda Muslim di AS, Aman Ali dan Bassam Tariq. Dinamakan sebagai 30 Mosques in30 Days, kempen ini menyaksikan mereka menjelajah ke 30 buah masjid di seluruh AS dalam sebulan Ramadhan. Kembara berjarak 12,000 km ini merakam rencam budaya, praktis Islam dan keindahan hidup Muslim di mukim masjid terbabit lalu dipaparkan untuk dikongsi ke seluruh dunia melalui blog mereka.

Aktivis terbabit dipuji umum, tidak pula dicerca, malah mendapat liputan meluas dari agensi berita CNN, ABC News dan beberapa yang lain.

Akan halnya tentang aktivis pelajar yang menyorakkan laungan 'Student Power' di Malaysia, masih terkepung dengan kerangka radikalisme tahun 60 dan 70-an, malah terbatas lagi dengan acara politik semata-mata.

Sama ada tak sedar atau pun terlalu ghairah, aktivisme mereka seperti gerabak belakang keretapi, manakala elitis politik merupakan kepalanya.

Bukan setakat keciciran, kita diajak pula memutar jarum ke belakang - mereka mengidam mahu kembali kepada era yang lebih 40 tahun ditinggalkan (yang berbeza demografi, teknologi, ekonomi dan banyak lagi).

Saya tertarik dengan pandangan seorang kenalan (giat memerhati perkembangan kampus) berhubung kaedah aktivisme pelajar kita:

"Saya lebih cenderung menyokong rakan-rakan siswa turun ke beberapa kawasan, lalu menjadikan murid-murid UPSR atau PMR mendapat 5A, menyempurnakan cita-cita banyak ibu bapa dan masyarakat. 

Memberi tuisyen percuma dan berkasih sayang mendidik tanpa mengira bangsa, yg murid-murid berinferiority complex, yg malu-malu berbahasa Inggeris - tiba-tiba hasil sentuhan rakan-rakan siswa, mereka muncul berani dan gagah berbahasa Inggeris.

Begitu juga kebebasan akademik. Saya lebih kagum sekumpulan doktor-doktor USM atas nama khidmat komuniti, turun ke Kemboja membantu anak-anak sumbing mulut. Dan mereka berjaya memberi anak-anak Kemboja kembali tersenyum.

Inilah khidmat kemanusiaan. Kita mahukan unsung hero atau hero jalanan?"
Kita bukan menidakkan kaedah berhimpun, mendesak atau garang - tetapi biarlah ia benar-benar bermakna dan menyelesaikan masalah. Ada satu contohyang dimaksudkan - di AS, kumpulan pendesak United Students Against Sweatshop (terdiri daripada pelajar universiti di AS) berjaya menekan syarikat Nike untuk membayar pampasan sejumlah USD1.54 juta kepada 1,800 pekerja di Honduras.

Januari 2009, dua subkontraktor Nike di Honduras menutup kilang mereka, tetapi gagal mengambil kira kebajikan pekerja yang hilang mata pencarian di kilang itu. Kumpulan pelajar bangkit memprotes, memboikot Nike dengan menggunakan slogan "Just Pay It" (lawan kepada slogan rasmi 'Just Do It').

Ini kerja membantu masyarakat yang tiada maksud partisan. Tuntutannya jelas, dan subjeknya juga yang benar-benar boleh menyelesaikan masalah ('menyerang' kapitalis). Rasionalnya juga jelas, 1,800 pekerja itu memang menderita.

Maka kalangan mahasiswa, profesional, masyarakat yang tiada kepentingan dengan Nike yang nak mencerca gerakan ini pun berfikir berkali-kali sebab faedahnya begitu terang. Bahkan pihak pengurusan University of Wisconsin, Madison turut bersama pelajar, dengan membatalkan satu perjanjian perlesenan mereka dengan Nike (Cornell University turut mengugut).

Dan 1,800 pekerja ini pasti menjulang pelajar universiti sebagai wira mereka.

Kalau ikut aktivis pelajar propembangkang di Malaysia, barangkali Nike terselamat, yang kena ialah Perdana Menteri.

ADAM ADLI DIKENAKAN AUKU ATAU AUTA???


Tanjong Malim, 10 Jan – Keputusan Adam Adli yang telah digantung pengajiannya selama 3 semester bermula semester depan oleh Pihak Berkuasa Tata tertib Pelajar telah mengejutkan banyak pihak kerana ramai menganggap bahawa Adam Adli akan dibuang daripada UPSI tetapi sebaliknya adalah tidak. 

Namun terdapat beberapa kekeliruan dan kesalahan fakta yang telah dinyatakan oleh Adam Adli bahawa beliau dikenakan tindakan di bawah AUKU. Sebelum itu, lihat dahulu kenyataannya kepada media berhubung dengan kes beliau di bawah ini.



Lihat pula laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.


Namun pihak UPSIkena mendapat sedikit kekeliruan fakta di sini yang telah dinyatakan oleh Adam Adli bahawa beliau menyatakan telah dikenakan tindakan di bawah PERATURAN 3 dan PERATURAN 4 iaitu mencemarkan nama baik UPSI dan memudaratkan ketenteraman awam di bawah peraturan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

KEBENARAN yang cuba disembunyikan di sini ialah sebenarnya dia telah dikenakan hukuman di bawah KAEDAH 3 (a) (i) dan (ii), BAHAGIAN II, TATATERTIB AM, KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) 1999 dan BUKANNYA AUKU. Untuk pencerahan sila lihat gambar di bawah.
Sila klik untuk imej yang lebih besar

Sangat jelas dan terang bahawa di dalam surat ini tidak langsung menyatakan bahawa Adam Adli dikenakan hukuman di bawah AUKU. Tindakan beliau yang MENGOYAKKAN surat itu juga jelas membuktikan sikap beliau yang sebenarnya. Adakah selayaknya ini diangkat sebagai pejuang mahasiswa? Anda mahasiswa, anda mampu nilaikan.

Langkah pihak UPSI menjatuhkan hukuman ini turut dianggap setimpal kerana sebelum ini Adam Adli telah mempunyai kes tatatertib berhubung dengan tindakannya yang dikatakan menyertai demo Air di Masjid Negara pada awal tahun 2011 yang lalu yang turut menyebabkan beliau tidak layak untuk bertanding menjadi MPP. Untuk pencerahan sila lihat gambar serta klip video di bawah ini.

Aktivis mahasiswa???


Selain itu, hukuman yang dikenakan juga bukanlah dibuat MEMBABI BUTA kerana Adam Adli juga telah melanggar AKU JANJI PELAJAR yang diikrarnya pada 29 Jun 2009 sebagai seorang mahasiswa UPSI yang mana di dalamnya telah menyebut AKAN MENJAGA NAMA BAIK UPSI. Untuk pencerahan sila tengok gambar di bawah ini.


Sudah jelas bukan???

Pihak UPSIkena juga menyangkal dakwaan Mohd Zahar daripada Mahasiswa Pendidik yang mendakwa keputusan penggantungan Adam Adli ini adalah melampau di Facebooknya. Untuk pencerahan sila tengok gambar di bawah ini.

Apa kredibiliti Zahar untuk menyangkal keputusan panel ini???
Layakkah beliau untuk bercakap sedemikian???

Untuk rekod senarai ahli panel yang terlibat dalam perbicaraan ini adalah terdiri daripada:

1) Naib Canselor
    Prof Dr. Zakaria Bin Kasa (Pengerusi)
2) Dato Pendaftar
    Dato Rusley Bin Taib ( Timb. Pengerusi)
3) Dekan FPTV
    Prof. Dr. Ramlee Bin Mustapha
4) Dekan FBK
    Prof. Dr. Hj. Nor Azmi Mostafa
5) Penyandang Kerusi Tun Ghafar Baba
    Dr Zainal Kling
6) Wakil Keselamatan 1
    En Zulkarnain En Mohd Arman
7) Wakil Keselamatan 2
    En Mohd Arman
8) En Ahmad Janatul Firdaus Bin Datuk Dzulkarnain
9) Che Farihan Che Man

Sumber: UPSIdaily

Oleh itu pihak UPSIkena mengharapkan agar semua mahasiswa/i UPSI jelas dengan kewajaran hukuman yang telah dijatuhkan kepada Adam Adli dan juga kredibiliti ahli panel yang terlibat. Semoga mahasiswa/i UPSI akan lebih fokus untuk menjadi seorang pendidik yang berkaliber suatu masa nanti.

Jayakan kempen Saya Sayang UPSI!!!





Monday, 9 January 2012

ADAM ADLI DIGANTUNG 3 SEMESTER, UPSI KEMBALI AMAN

Tanjong Malim, 9 Jan – Adam Adli telah dijatuhkan hukuman penggantungan semester pengajian selama 3 semester berhubung dengan insiden menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia setelah hadir ke perbicaraan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar.

Rata-rata mahasiswa UPSI gembira dengan keputusan yang telah dibuat kerana melambangkan ketelusan dalam penghakiman serta memberikan pengajaran kepada hero kampung tersebut agar berubah dan menjadi seorang pendidik yang boleh dicontohi dan bukannya mencemarkan imej UPSI dan mahasiswa UPSI secara tidak langsung.

Untuk mengikuti secara jelas kronologi Hari Perbicaraan Adam Adli, sila klik sini . Di sini juga UPSIkena lampirkan antara keluhan mahasiswa UPSI terhadap Adam Adli.

OK..NICE.. TERIMA KASIH ADAM ADLI.. KERANA ANDA;

1) tg malim jadi hot spot & femes.. road block merata-rata

2) UPSI jadi bualan hangat

3) menyebabkan beratus pelajar UPSI tiba lewat di dewan peperiksaan sehingga lebih 30 minit kerana sekatan jalan raya.

4) menyebabkan ramai pelajar yg hilang fokus utk menjawab soalan dlm dewan peperiksaan..

5) menyebabkan berpuluh-puluh polis2 dan pak guard UPSI yg bertugas utk mncari rezeki yang halal menjadi mangsa kutukan insan2 yang tak memahami tugas mereka.

*kepada penyokong tegar Adam Adli.. TAHNIAH saya ucapkan kerana hero anda ni telah "menyenangkan" banyak pihak..

p/s: UPSI xde la besar mana.. tapi berpeluh ketiak jugaklah nak kene tawaf cari pintu masuk tengah2 petang rembang .. hilang semua nota yang dihafal.. simpati kat mereka yang kene berjoging pukul 2.30pm tu..

Pihak UPSIkena mengharapkan agar mahasiswa UPSI lebih realistik dalam menuntut akan hak dan berpartisipasi dalam politik. Ingat bantulah keluarga sebelum bantu orang lain dan ingat apa pesanan ibu bapa dan harapan mereka kepada kita. Sahutlah kempen Saya Sayang UPSI!!!






Sunday, 8 January 2012

ISU SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH: PENJELASAN DARIPADA PENGETUA KAB

Tanjong Malim, 8 Jan – UPSI digegarkan lagi dengan satu lagi FITNAH daripada UPSIkini yang melaporkan bahawa solat hajat yang dirancang di surau al-Falah Kolej Aminuddin Baki KAB telah diganggu oleh campurtangan pengetua yang tidak membenarkan doa qunut nazilah dibaca dalam solat hajat tersebut.

Penulisan artikel tersebut dilihat cuba menjatuhkan kredibiliti pengetua-pengetua kolej yang hadir dan turut bersama-sama menunaikan solat jemaah namun tindakan ini teruk dikritik oleh UPSIkini yang menyatakan bahawa kehadiran pengetua tersebut hanya untuk menggagalkan program yang telah dirancang.

Adakah penulisan berunsur fitnah ini matang?????
Beginikah cara berdakwah yang dituntut dalam Islam????

Laman rasmi Mahasiswa Pendidik juga telah turut sama memfitnah pengetua dengan menyatakan bahawa mengganggu perjalanan program tersebut tanpa ada usul periksa lanjut dengan pengetua. Inikan cerminan pegangan agama yang dimainkan oleh MP? Berhentilah berdrama dan berpura-pura berpijaklah dibumi yang nyata.

Memalukan dengan imej islamik yang dibawa tetapi sudah sebati dengan fitnah!!!!!

Berikut merupakan penjelasan yang telah dibuat oleh pengetua KAB berhubung dengan insiden tersebut.

Tuan Syed Sofian Syed Salim
Pengetua Kolej Aminuddin Baki
Universiti Pendidikan Sultan Idris

"Asalamualaikum wbt. Kpd JMK, Felo dan juga warga kolej KAB. Di sini saya ingin bicara beberapa perkara berkaitan isu solat hajat dan qunut nazilah yang dirancang tanpa pengetahuan pengetua KAB dan KZ. Mungkin saya agak lewat memberi maklum balas hingga individu yang tak bersalah juga terlibat dalam menyebarkan fitnah berkaitan isu berkenaan. Saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Walaupun program tersebut tidak melalui saya sbg pengetua KAB dan KZ namun saya tetap mengizinkan diadakan sbb saya tahu banyak manfaatnya. Malah saya mengalakkan lagi agar pelajar KAB turun beramai2 bagi memenuhi surau melalui YDP KAB dan begitu juga KZ. Cuma mungkin berlaku kekeliruan di sana atau kelupaan pd pihak Imam menyebab doa qunut nazillah tidak dibaca. Demi Allah, sesungguhnya Allah ya...ng menguasai dunia dan segala isinya bahawa saya dan pengetua2 yang ada di surau berkenaan tidak mengeluarkan satu perkataanpun atau arahan kepada imam bagi menghalang bacaan qunut nazillah walaupun kita tahu tujuan mereka mengadakan program berkenaan. Di sini juga saya secara individu yang disebut punca semua masalah tersebut akan menuntut di akhirat di atas segala fitnah yang dilakukan oleh individu berkenaan dan orng2 yang bersubahat membantu dalam penyebaran fitnah ini. Sekali lagi saya menyatakan dengan tegas Demi Allah, saya tidak menghalang solat hajat dan qunut nazillah serta aktiviti2 keagamaan lain di surau Al-Falah. Wslm."

Diharap semua mahasiswa tidak terpedaya dengan mainan isu sempit dan FITNAH yang sentiasa menjadi makanan harian mereka ini. We Love UPSI. Bebaskan UPSI daripada unsur fitnah dan anasir luar!!!

MENUNTUT KEBEBASAN AKADEMIK ATAU KEBEBASAN POLITIK? REALITINYA: SIRI AKHIR

Kempen Saya Sayang UPSI!!!
Kami Tidak Rela UPSI dicemari dengan anasir luar!!!

Tanjong Malim, 8 Jan - Dalam 3 siri yang lepas, kita sudah membahaskan beberapa isi yang menunjukkan:

i) Betapa mungkin AUKU ini tidak difahami secara keseluruhannya
ii) Bidasan terhadap tuntutan mansuh AUKU yang  hanya berhujahkan hal kebebasan
iii) Betapa longgarnya AUKU dan kuat kuasanya
iv) Bidasan terhadap kesungguhan BEBAS dan tuntutannya

Yang semua ini akhirnya menunjukkan bahawa kebebasan yang dituntut oleh BEBAS bukanlah sejujurnya 6 tuntutan itu, sebaliknya ia lebih berkepentingan politik.

Dalam 6 tuntutannya, tuntutan yang ke-2: bebaskan ilmuan berakademik adalah yang paling mustahak. Ini teras sebenar dalam kebebasan akademik, seyogianya.

Tuntutan bebaskan ilmuan berakademik sepatutnya wajib diperhalusi terlebih dahulu sebelum beria-ia mahu memilih untuk berbaring di atas jalan raya atau berkonfrontasi dengan pihak polis.
Banyak soalan kita boleh tanyakan:

i)                Batas apakah yang dikenakan ke atas para ilmuan untuk berakademik dan yang mana hendak dihapuskan?

BEBAS tidak menjelaskan, atau setidaknya menyenaraikan yang manakah menjadi kekangan akademik universiti. Mungkin batas undang-undang seperti yang tertakluk dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan - seperti disekat undang-undang anti subversif, menyentuh sensitiviti kaum, membangkitkan kebencian terhadap YDPA dan lain-lain. Adakah BEBAS menuntut perlunya imuniti terhadap kegiatan akademik universiti daripada tertakluk di bawah juridiksi seperti itu?

ii)                Adakah kebebasan ini mencakupi autonomi mutlak universiti?

Secara umum (memetik tafsiran akademikus Malaysia), juga memakai definisi kebebasan akademik di AS, autonomi akademik universiti merujuk kepada kebebasan universiti menentukan siapa yang mengajar, apa yang diajar, bagaimana ia diajar, pelajar baru yang dipilih, ijazah yang diiktiraf atau dianugerah, bidang, skop, tujuan dan kaedah penyelidikan.

Ini semua dijalankan sendiri oleh universiti dan kepada mereka yang gagal membaca AUKU, ia merupakan kuasa yang diberi kepada Senat universiti dalam Seksyen 17 (2) AUKU!

Bahkan pada 2008 di AS, negara yang paling giat mempromosi demokrasi dan liberalisme itu pun, melalui Mahkamah Persekutuan di Virginia memutuskan profesor (ilmuan) tidak berhak menghalang pengurusan tertinggi universiti untuk mengubah markah pelajar!


iii)         Manakah senarai kes tuntutan ilmuan yang dikatakan tidak bebas itu?

Bagi pengamat/pengkaji, senarai kes ini sangat diperlukan kerana, tanpa senarai ini, bagaimanakah perubahan dapat dibuat - atau bagaimanakah tuntutan dapat dipenuhi? Kita boleh merungut itu dan ini, tetapi rungutan itu sangat ringkas. Hanya bebel panjang dan retorik lantang yang tiada isi jelas.

Apakah dilema kebebasan yang dialami oleh seorang ilmuan bidang biologi di UPM (misalnya), seorang pensyarah dihalang membuat kajian berhubung pengklonan kerana batas agama? Atau terdapat kes aduan seorang mahasiswa sains komputer dihalang mencipta virus komputer? Atau seorang mahasiswa undang-undang dihalang mencabar keabsahan mana-mana statut melalui kajian akademiknya?

iv) Adakah melibatkan pentadbiran, pengurusan dan kewangan?

Adakah berkenaan peruntukan geran penyelidikan? Adakah melibatkan lantikan? - Yang kesemuanya ini tidak perlu ada campur tangan pihak luar universiti?

Kebebasan politik

Kita ada banyak pertanyaan dan panjang perbahasan untuk kebebasan akademik ini. Oh ya, kita ingin mengusiklah kumpulan BEBAS ini dengan pertanyaan - sejauh manakah mereka sendiri selaku ahli universiti, memenuhi ruang akademik yang sedia ada dalam bidang pengajian mereka?

Yang bidang pendidikan (perguruan) - sudahkah mereka temui kaedah mendidik ilmu kemanusiaan pada anak kecil selain daripada menggunakan kaedah Jean Piaget semata (misalnya). Atau berapa banyakkah pelajar ini berjaya menterjemah magna opera (karya agung) hasil intelektual? Atau bebaskah mereka daripada kegiatan plagiarisme ketika bertesis?

Yang bidang syariah, sains pertanian, pengajian bahasa, multimedia, undang-undang dan berpuluh yang lain - berapa banyak usaha mereka dalam menemukan teori, atau antitesis atau mencipta teknologi, atau membuktikan sesuatu yang berguna dalam dunia akademik?

Atau setidaknya, memandangkan mereka ini kurang cemerlang keputusan CGPA nya, datangkanlah satu idea bagaimana sistem penilaian yang sedia ada dapat diganti dengan yang lebih berkesan.

Sayang sekali, ruang yang sedia ada tidak dipedulikan. Secara peribadi, saya lebih setuju mengatakan yang bermasalah sebenarnya ialah idea - pemikiran beku pelajar yang dikongkong oleh kerja politik! Kerangka fikir pelajar yang terlibat dalam gerakan ini tidak dapat keluar daripada lingkaran yang disediakan parti politik topangannya!

Yang kalut-kalut berpuluh tahun - yang bergolek-golek di atas jalan raya, yang berkonfrontasi dengan kumpulan lain - ini semua kerja hendak mencari kebebasan mengkritik parti pemerintah, yang akhirnya bertujuan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Tuntutan kebebasan akademik ini hanyalah satu bahan retorik, yang gerak kerja utamanya ialah gerakan berkonfrontasi terhadap parti pemerintah. Kita telah bahaskan betapa tak bersungguhnya, dan betapa tidak jujurnya tuntutan ini, bahkan, tidak relevan pula.

Lihat ringkasannya: Mansuh AUKU dan akta lain sebab seksyen yang menghalang kegiatan politik (termasuk berhimpun, bersuara), bebaskan ilmuan berakademik sebab mahu ilmuan bebas mengkritik parti pemerintah dan himpunan mereka di PWTC dan UPSI jelas mengheret figura politik bersama mereka.

Walhal, yang dibangkitkan itu adalah peratusan kecil daripada gambaran luas yang tidak berbaloi sekiranya gambaran luas itu dihapuskan.

Kita juga boleh bertemu dengan banyak analisis kaitan gerakan kumpulan ini dengan strategi besar politik sempena peristiwa 901 kelak.