Tanjong Malim, 30 Mac – Pihak UPSIkena mendapat maklumat bahawa semua nama-nama mahasiswa ambilan Julai 2008 telah dihantar kepada pihak SPP dan juga KPM pada awal bulan 3 yang lalu.
Menurut informasi yang diperoleh daripada bahagian Senat dan Pentadbiran telah memaklumkan bahawa penghantaran nama-nama ini hanya tertakhluk kepada mahasiswa ISMP sahaja dan tidak termasuk kos open market.
Pihak UPSIkena difahamkan juga bahawa pelajar-pelajar ambilan Julai 2008 hanya perlu membuat persediaan untuk ditemuduga sahaja oleh KPM dan SPP. Untuk maklumat lanjut bagi pelajar ambilan Disember 2007 dan Julai 2008, boleh menghubungi Bahagian Senat dan Pentadbiran UPSI di talian 05-4506313.
Pihak UPSIkena ingin mengucapkan terima kasih buat pentadbiran UPSI yang telah bertungkus-lumus bagi menjaga kebajikan pelajar terutama berkaitan dengan isu posting.
Tanjong Malim, 29 Mac – Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa seramai 5500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang telah ditemuduga bakal dipostingkan secara berperingkat bermula bulan depan.
Namun penempatan lepasan ISMP yang telah ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang berakhir 16 Mac lalu tertakhluk kepada kekosongan, pilihan opsyen dan cukup syarat kelayakan.
SPP akan memanggil semula calon-calon yang tidak dibenarkan untuk menyertai sesi temuduga atas sebab-sebab tidak cukup syarat untuk menghadiri sekali lagi sesi temuduga itu yang dijangkakan diadakan pada masa terdekat.
sila klik untuk besarkan imej
Pihak UPSIkena mengucapkan selamat berposting kepada yang berjaya kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa, rezeki Allah ada di mana-mana. Kepada yang suka berdemo, TERUSKAN BERDEMO sebab kemungkinan anda akan digantung pengajian lebih tinggi seperti AA selama 3 semester.
Pihak UPSIkena mencadangkan untuk masa akan datang, pihak kerajaan khususnya KPM tidak mempostingkan para pendemo, perusuh yang membuat kacau dan menjatuhkan nama universiti dan kerajaan. Sebaik-baiknya DIBUANG TERUS DARIPADA PENGAJIAN kerana mereka lebih cenderung berpolitik daripada mendidik anak bangsa.
Tanjong Malim, 29 Mac – Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.
Kepada semua mahasiswa dan juga warga UPSI yang masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih, anda bolehlah berbuat demikan selewat-lewatnya SEBELUM AHAD INI. Ayuh sedarkan kepada mahasiswa dan rakyat Malaysia tentang hak dan kewajiban untuk memilih.
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Berikut merupakan tempat-tempat yang disediakan untuk mendaftar sebagai pemilih:
1. Ibu pejabat SPR
2. Pejabat pos berkomputer
3. Pejabat-pejabat pilihan raya negeri
4. Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
5. Wakil parti politik
Buat pro-Militan yang suka berpolitik dan berdemo, tak guna anda berbaring atas jalan, memanjat pagar, usung keranda, beri baru nisan jika anda masih belum mendaftar sebagai pengundi kerana anda masih belum hadam erti demokrasi. GUNAKAN HAK BERFIKIR SEBELUM HAK BERSUARA!
P/S: Buat mahasiswa UPSI, anda boleh mendaftar sebagai pemilih di bangunan HEP melalui wakil-wakil yang sah. Sila bawa salinan I/C dan anda boleh mendaftar dengan mana-mana petugas SPR yang dilantik seperti berikut di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni:-
Tanjong Malim, 26 Mac – Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah mengumumkan bahawa tarikh akhir bagi penebusan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) akan dilanjutkan selama sebulan lagi iaitu sehingga 30 April 2012.
Pengumuman yang dibuat ini pastinya melegakan mahasiswa yang masih lagi belum menggunakan BB1M tersebut. Diharapkan BB1M tersebut digunakan dengan baik untuk pembelian buku-buku dan barangan yang berkaitan dengan pendidikan dan BUKANNYA UNTUK DITEBUS DENGAN DUIT.
Meskipun DS Khaled Nordin telah dihadiahkan batu nisan oleh golongan militan pro-M, namun beliau tahu mahasiswa pro-M ini masih budak hingusan kerana tidak menggunakan hak berfikir sebelum menggunakan hak bersuara. Pihak UPSIkena mengucapkan jutaan terima kasih kepada KPT dan kerajaan Malaysia.
Tanjong Malim, 25 Mac – Tuduhan oleh Mahasiswa Pendidik yang telah mendakwa bahawa pihak pentadbiran universiti yang didalangi oleh HEP telah melakukan PEMBASMIAN ISLAM di UPSI sememangnya mempunyai agenda mereka tersendiri.
Pihak UPSIkena akan mendedahkan sebahagian daripada bukti yang dikatakan sebagai PRMBASMIAN ISLAM DI UPSI.
Aktiviti Kerohanian Di Kolej-kolej kediaman
Sebahagian daripada aktiviti kerohanian yang dijalankan di kolej-kolej kediaman.
Aktiviti kerohanian daripada Pusat Islam UPSI
Kesemua aktiviti kerohanian ini langsung tidak dikongkong mahupun disekat oleh HEP malah turut diberikan lagi galakan oleh TNC HEP sendiri. Namun, UPSIkena agar terkilan kerana boleh dikatakan TIADA LANGSUNG aktiviti kerohanian dilakukan kepada non-muslim melalui pengisian yang bersesuaian. Ini sepatutnya dilakukan oleh MP bagi mengelakkan penganut agama lain merasakan tersisih.
Selain itu, terdapat juga kuliah maghrib, dhuha dan subuh yang turut diadakan disetiap kolej-kolej kediaman dan ada antara kuliah-kuliah tersebut turut disampaikan oleh pengetua kolej sendiri seperti di KUO yang turut menjadi imam solat. Adakah ini juga dikira sebagai proses PEMBASMIAN ISLAM yang dilakukan oleh pengetua kolej?
Apakah sebenar muslihat MP ini sebenarnya? Adakah kerana MP sudah tidak mendapat sokongan daripada mahasiswa UPSI? Mungkinkah juga kerana MP tidak lagi mampu bergerak bebas seperti sewaktu sebelum kedatangan TNC HEP yang baru ini?
UPSIkena menasihatkan kepada MP agar bertaubatlah, imej kononnya islamik yang dibawa oleh anda benar-benar mencemarkan kesucian agama Islam. Diharapkan agar pihak UPSI dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap pemfitnah ini agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain.
Tanjong Malim, 25 Mac – Mahasiswa Pendidik dalam kenyataan mereka di dalam halaman rasmi Facebook mereka telah mendakwa bahawa pihak pentadbiran universiti yang didalangi oleh HEP telah melakukan PEMBASMIAN ISLAM di UPSI. Tuduhan yang dilemparkan kepada pihak UPSI ini adalah amat serius dan tidak munasabah.
klik untuk besarkan imej
Mahasiswa Pendidik mendakwa pihak pengetua kolej kediaman mula menekan dan mengongkong aktiviti kerohanian di kolej kediaman. Mereka menyatakan bukti yang tidak sahih berdasarkan khabar angin yang menyatakan bahawa bajet perbelanjaan aktiviti kerohanian diluluskan sedikit sahaja.
Persoalannya di sini, benarkah pihak UPSI melalui HEP sedang MELAKUKAN PEMBASMIAN ISLAM??? Menurut maklumat yang diperoleh pihak UPSIkena, kami mendapati bahawa bajet yang diluluskan oleh pengetua dinilai berdasarkan keperluan dan kesesuaian bajet kewangan yang diminta serta bajet yang perlu diagihkan kepada aktiviti lain.
Tambahan pula, aktiviti mahasiswa di kolej tidak sahaja tertumpu pada aktiviti kerohanian semata-mata kerana aktiviti kolej yang dijalankan melalui Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) turut menjalankan aktiviti berbentuk kesenian, akademik, sukan dan lain-lain lagi.
Jadi seharusnyalah pihak pengetua perlu membuat penilaian sewajarnya bagi membahagikan peruntukan kewangan yang ada kepada semua aktiviti yang dijalankan dan bukannya kerohanian semata-mata.
Maka, di sini tidak timbul isu bahawa aktiviti kerohanian di sisihkan malah TUDUHAN PENGETUA MELAKUKAN PEMBASMIAN ISLAM merupakan TUDUHAN YANG JAHAT yang sememangnya mahu menjatuhkan maruah dan kreadibiliti pentadbiran UPSI.
Bagi pihak UPSIkena, kami mendapati tuduhan yang dilemparkan kepada pihak UPSI yang ditujukan kepada HEP dan pengetua adalah bersifat dendam dan semata-mata mahu menjatuhkan maruah serta kredibiliti pentadbiran UPSI. Ditambah pula dengan artikel-artikel berunsur ftnah yang ditulis di dalam UPSIkini terhadap HEP dan Pengetua.
Tanjong Malim, 24 Mac – Demonstrasi yang dilakukan oleh Mahasiswa Pro-M dimulakan dengan tuntutan SMM dan Pro Pembangkang Mahasiswa dengan penyerahan memorandom kepada Setiausaha Politik kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
Mereka membawa 3 tuntutan :
1.Pilihanraya kampus di awalkan
2.Kembalikan demokrasi kampus
3.BEBASKAN KAMPUS DARIPADA CAMPUR TANGAN POLITIK LUAR
Pihak UPSIkena ingin memfokuskan kepada tuntutan no 3 sahaja. Benarkah entiti mereka ni sebenarnya hanya didalangi oleh mahasiswa sahaja?
Siapakah dia???
Ni semua tipu???
Nak tau klik sini
Akhirnya kebenaran itu jatuh bergolek yang mana Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nazree Yunus ada ditempat kejadian sebagai penyokong dan tulang belakang kepada SMM dan Pro Pembangkang Mahasiswa. Apa semua ni?? Untuk maklumat lanjut klik sini.
Tambahan lagi, jumlah pendemo yang hadir tidak langsung menampakkan suara mahasiswa sebenar kerana jumlah pendemo yang dikatakan hampir 100 orang adalah merupakan pegawai-pegawai KPT dan Wartawan yang menyaksikan kerja kerja Pro M yang termalu sendiri kerana demonstrasi tiada sambutan. SMM Terkilan LAGI.