Monday, 26 March 2012

DS KHALED NORDIN ZALIM!!!


Tanjong Malim, 26 Mac – Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah mengumumkan bahawa tarikh akhir bagi penebusan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) akan dilanjutkan selama sebulan lagi iaitu sehingga 30 April 2012.

terima kasih KPT!


Pengumuman yang dibuat ini pastinya melegakan mahasiswa yang masih lagi belum menggunakan BB1M tersebut. Diharapkan BB1M tersebut digunakan dengan baik untuk pembelian buku-buku dan barangan yang berkaitan dengan pendidikan dan BUKANNYA UNTUK DITEBUS DENGAN DUIT.

Meskipun DS Khaled Nordin telah dihadiahkan batu nisan oleh golongan militan pro-M, namun beliau tahu mahasiswa pro-M ini masih budak hingusan kerana tidak menggunakan hak berfikir sebelum menggunakan hak bersuara. Pihak UPSIkena mengucapkan jutaan terima kasih kepada KPT dan kerajaan Malaysia.

Sunday, 25 March 2012

BUKTI SAHIH!!!: PEMBASMIAN ISLAM SEDANG BERLAKU DI UPSI SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH MAHASISWA PENDIDIK

Tanjong Malim, 25 Mac – Tuduhan oleh Mahasiswa Pendidik yang telah mendakwa bahawa pihak pentadbiran universiti yang didalangi oleh HEP telah melakukan PEMBASMIAN ISLAM di UPSI sememangnya mempunyai agenda mereka tersendiri.

Pihak UPSIkena akan mendedahkan sebahagian daripada bukti yang dikatakan sebagai PRMBASMIAN ISLAM DI UPSI.

Aktiviti Kerohanian Di Kolej-kolej kediaman



Sebahagian daripada aktiviti kerohanian yang dijalankan di kolej-kolej kediaman.

Aktiviti kerohanian daripada Pusat Islam UPSI

Kesemua aktiviti kerohanian ini langsung tidak dikongkong mahupun disekat oleh HEP malah turut diberikan lagi galakan oleh TNC HEP sendiri. Namun, UPSIkena agar terkilan kerana boleh dikatakan TIADA LANGSUNG aktiviti kerohanian dilakukan kepada non-muslim melalui pengisian yang bersesuaian. Ini sepatutnya dilakukan oleh MP bagi mengelakkan penganut agama lain merasakan tersisih.


Selain itu, terdapat juga kuliah maghrib, dhuha dan subuh yang turut diadakan disetiap kolej-kolej kediaman dan ada antara kuliah-kuliah tersebut turut disampaikan oleh pengetua kolej sendiri seperti di KUO yang turut menjadi imam solat. Adakah ini juga dikira sebagai proses PEMBASMIAN ISLAM yang dilakukan oleh pengetua kolej?

Apakah sebenar muslihat MP ini sebenarnya? Adakah kerana MP sudah tidak mendapat sokongan daripada mahasiswa UPSI? Mungkinkah juga kerana MP tidak lagi mampu bergerak bebas seperti sewaktu sebelum kedatangan TNC HEP yang baru ini? 

UPSIkena menasihatkan kepada MP agar bertaubatlah, imej kononnya islamik yang dibawa oleh anda benar-benar mencemarkan kesucian agama Islam. Diharapkan agar pihak UPSI dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap pemfitnah ini agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain.

PENTADBIRAN UPSI SEDANG MELAKSANAKAN PEMBASMIAN ISLAM DI UPSI– MAHASISWA PENDIDIK


Tanjong Malim, 25 Mac – Mahasiswa Pendidik dalam kenyataan mereka di dalam halaman rasmi Facebook mereka telah mendakwa bahawa pihak pentadbiran universiti yang didalangi oleh HEP telah melakukan PEMBASMIAN ISLAM di UPSI. Tuduhan yang dilemparkan kepada pihak UPSI ini adalah amat serius dan tidak munasabah.

klik untuk besarkan imej

Mahasiswa Pendidik mendakwa pihak pengetua kolej kediaman mula menekan dan mengongkong aktiviti kerohanian di kolej kediaman. Mereka menyatakan bukti yang tidak sahih berdasarkan khabar angin yang menyatakan bahawa bajet perbelanjaan aktiviti kerohanian diluluskan sedikit sahaja.

Persoalannya di sini, benarkah pihak UPSI melalui HEP sedang MELAKUKAN PEMBASMIAN ISLAM??? Menurut maklumat yang diperoleh pihak UPSIkena, kami mendapati bahawa bajet yang diluluskan oleh pengetua dinilai berdasarkan keperluan dan kesesuaian bajet kewangan yang diminta serta bajet yang perlu diagihkan kepada aktiviti lain.

Tambahan pula, aktiviti mahasiswa di kolej tidak sahaja tertumpu pada aktiviti kerohanian semata-mata kerana aktiviti kolej yang dijalankan melalui Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) turut menjalankan aktiviti berbentuk kesenian, akademik, sukan dan lain-lain lagi.

Jadi seharusnyalah pihak pengetua perlu membuat penilaian sewajarnya bagi membahagikan peruntukan kewangan yang ada kepada semua aktiviti yang dijalankan dan bukannya kerohanian semata-mata.

Maka, di sini tidak timbul isu bahawa aktiviti kerohanian di sisihkan malah TUDUHAN PENGETUA MELAKUKAN PEMBASMIAN ISLAM merupakan TUDUHAN YANG JAHAT yang sememangnya mahu menjatuhkan maruah dan kreadibiliti pentadbiran UPSI.

Bagi pihak UPSIkena, kami mendapati tuduhan yang dilemparkan kepada pihak UPSI yang ditujukan kepada HEP dan pengetua adalah bersifat dendam dan semata-mata mahu menjatuhkan maruah serta kredibiliti pentadbiran UPSI. Ditambah pula dengan artikel-artikel berunsur ftnah yang ditulis di dalam UPSIkini terhadap HEP dan Pengetua.

Saturday, 24 March 2012

DI SEBALIK TABIR PENYERAHAN BATU NISAN OLEH MAHASISWA MELAYU PRO-M


Tanjong Malim, 24 Mac – Demonstrasi yang dilakukan oleh Mahasiswa Pro-M  dimulakan dengan tuntutan SMM dan Pro Pembangkang Mahasiswa dengan penyerahan memorandom kepada Setiausaha Politik kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Mereka membawa 3 tuntutan :
1.Pilihanraya kampus di awalkan
2.Kembalikan demokrasi kampus
3.BEBASKAN KAMPUS DARIPADA CAMPUR TANGAN POLITIK LUAR

Pihak UPSIkena ingin memfokuskan kepada tuntutan no 3 sahaja. Benarkah entiti mereka ni sebenarnya hanya didalangi oleh mahasiswa sahaja?

Siapakah dia???

Ni semua tipu???

Nak tau klik sini

Akhirnya kebenaran itu jatuh bergolek yang mana Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nazree Yunus ada ditempat kejadian sebagai penyokong dan tulang belakang kepada SMM dan Pro Pembangkang Mahasiswa. Apa semua ni?? Untuk maklumat lanjut klik sini.

Tambahan lagi, jumlah pendemo yang hadir tidak langsung menampakkan suara mahasiswa sebenar kerana jumlah pendemo yang dikatakan hampir 100 orang adalah merupakan pegawai-pegawai KPT dan Wartawan yang menyaksikan kerja kerja Pro M yang termalu sendiri kerana demonstrasi tiada sambutan. SMM Terkilan LAGI.

Friday, 23 March 2012

MAHASISWA MELAYU PRO-M BANGGA, HANTAR BATU NISAN KEPADA MENTERI…?


Tanjong Malim, 23 Mac – Lagak sombong mahasiswa yang merasakan dirinya sudah terpelajar walaupun baru setahun jagung menjejakkan kaki ke menara gading seolah-olah menggambarkan kebiadaban pelajar Melayu yang GILA BERPOLITIK berbanding dengan mahasiswa bangsa lain yang sibuk mengejar ilmu.

Terbaru, diberitakan kira-kira 80 orang pelajar pro-Mahasiswa pada petang ini berhimpun di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya sambil membawa sebatang batu nesan untuk diserahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, DS Khaled Nordin.

Kumpulan mahasiswa tersebut yang kononnya menuntut pilihanraya kampus diadakan segera, bagaimanapun gagal menemui Khaled sebaliknya hanya berjaya menyerahkan memo tanpa nesan kepada setiausaha politik Khaled.

Batu Nesan yang kononnya melambangkan kematian demokrasi pelajar sebenarnya hanya MELAMBANGKAN JIWA PELAJAR TERSEBUT YANG DAH MATI UNTUK BELAJAR.

Lihat sahaja muka-muka yang berkumpul itu, paling handalpun pada PRU 13 nanti hanya akan jadi tukang panjat pokok untuk memasang bendera dan sepanduk parti politik. Kesian mak bapak yang berharap agar anak jadi manusia cemerlang, rupanya anak mereka dah tempah nesan sendiri.

Allah dah bagi otak yang berfungsi dengan baik pada kita. Kita patut bersyukur kerana Allah telah bagi kita akal untuk berfikir dan mempunyai iQ yang tinggi sehingga membolehkan kita belajar dan masuk universiti. Tak semua manusia didunia ini dapat kelebihan itu.

Nasihat UPSIkena, gunalah otak yang diberi Allah itu sebaik-baiknya, berfikirlah cara matang. Gunalah saluran yang betul untuk meluahkan pendapat atau tentangan, bukannya dengan memberi batu nisan pada orang. Aturkan perjumpaan dengan menteri bukannya terjerit-jerit di jalan untuk selesaikan masalah.

Apa perasan anda bila ada orang hantar batu nisan pada keluarga anda di rumah, suka tak?? Kalau tak suka jangan buat kat orang walaupun ianya hanya simbolik. Ada tak pelajar cina sibuk nak hantar batu nisan atau keranda pada pemimpin mereka? Fikir-fikirkan.

Bertaubatlah!!! Kami sayangkan kamu kerana Alif Ba Ta

Thursday, 22 March 2012

INSAFLAH!!! KAMI SEDIA MEMAAFKAN KAMU

Tanjong Malim, 22 Mac – Masihkah anda ingat tentang suatu peristiwa hitam yang telah mencemarkan nama UPSI yang merupakan institusi pendidikan terulung di Malaysia. Peristiwa menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia yang merupakan suatu bentuk penghinaan yang dilakukan kepada PM yang dilakukan oleh seorang aktivis yang bakal bergelar CIKGU.

Peristiwa demonstrasi di hadapan UPSI pada malam tahun baru juga merupakan rentetan kepada lagak sombong dan bongkak mahasiswa ini yang dikatakan berani mengambil risiko untuk dibicarakan namun mengambil jalan pintas dengan mendesak pihak UPSI menggugurkan pertuduhan ke atasnya.

Akhirnya, beliau telah dijatuhkan hukuman yang setimpal di atas perbuatannya itu apabila digantung pengajiannya selama 3 semester di UPSI. Pihak UPSIkena mengharapkan agar aktivis ini berubah dan tidak DIPERKUDAKAN oleh parti politik. 

PM telah menyatakan:

"...kalau seorang mahasiswa turunkan bendera saya....ada berpuluh-puluh lagi yang akan menaikkan bendera gambar saya..." PM YAB DS Najib Tun Razak di Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa di UITM diiringi tepukan gemuruh.... ~21 MAC 2012

Pihak UPSIkena berharap agar semua mahasiswa agar fokus kepada matlamat utama mengapa kita berada di universiti. Keterlibatan dalam politik kampus adalah perlu tetapi haruslah kena dengan gaya dan caranya sebagai seorang mahasiswa yang bakal mendidik anak bangsa.

Video klip khas buat yang pernah tersongsang arah tujuannya

Sedangkan Nabi pun ampunkan ummatnya...


Tuesday, 20 March 2012

SAH, BATCH AMBILAN JULAI 2008 AKAN BERKONVO PADA BULAN MEI!!!


Tanjong Malim, 20 Mac – Tarikh Istiadat Konvokesyen Keempat Belas Universiti Pendidikan Sultan Idris akan diadakan pada hari dan tarikh seperti butiran berikut :

TARIKH : 7 MEI 2012 (ISNIN) DAN 8 MEI 2012 (SELASA)

Sebelum ini, pihak UPSIkena dimaklumkan bahawa ramai mahasiswa UPSI ambilan Julai 2008 yang agak keliru sama ada konvokesyen ini adalah termasuk sekali dengan batch ambilan Julai 2008 dan juga batch ambilan Disember 2007.

Mengikut maklumat yang diperoleh daripada pihak akademik UPSI melalui halaman Facebooknya telah mengesahkan bahawa Istiadat Konvokesyen Keempat Belas kali ini adalah termasuk dengan batch batch ambilan Disember 2007 dan juga ambilan Julai 2008 YANG TELAH TAMAT PENGAJIANNYA SAHAJA!
termasuk batch ambilan Julai 2008 

Istiadat Konvokesyen Keempat Belas 2012 juga TERMASUK UNTUK PELAJAR DPLI JAIS/BISTARI/ dan yang telah tamat pengajian. Bagi mahasiswa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai konvokesyen kali ini bolehlah melayari laman web ini.

klik untuk besarkan imej

Surat jemputan konvokesyen BOLEH DICETAK MULAI 7 APRIL 2012 serta sebarang surat berkaitan konvo tidak akan diposkan ke rumah oleh pihak UPSI. Bayaran yuran Konvokesyen hanya boleh dibuat selepas makluman dari BHEA dibuat.
klik untuk besarkan imej

klik untuk besarkan imej

Diharapkan tiada lagi keraguan tentang batch mana yang akan berkonvo pada awal bulan Mei nanti. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan bolehlah merujuk kepada pihak yang berkaitan. Pihak UPSIkena mengucapkan SELAMAT BERGRADUAT kepada anda.