Tanjong Malim, 15 Mac – Isu praktikum sentiasa menjadi duri dalam daging terutama kepada mahasiswa UPSI yang sering kali berkaitan dengan masalah pembiayaan kewangan semasa berpraktikum. Keadaan ini dikatakan memberikan tekanan kepada mahasiswa UPSI untuk berpraktikum.
Untuk semester ini, mahasiswa UPSI ambilan Julai 2009/2010 dijangka akan mula berpraktikum di sekolah bermula pada 25 Jun. Namun masalah yang dihadapi oleh mereka adalah pihak pembiaya kewangan iaitu PTPTN dan Biasiswa KPM tidak akan memberikan bantuan kewangan semasa berpraktikum kerana tarikh berpraktikum adalah tidak selaras dengan dasar kewangan mereka.
Mengikut dasar kewangan, pinjaman dan biasiswa hanya akan dimasukkan ke dalam akaun mahasiswa hanya setelah bermulanya semester baru. Permasalhannya di sini adalah, bermula pada tahun lepas, sistem semester telah diubah oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan mengubah dasar sedia ada.
Untuk rekod, dasar semester yang lama adalah bermula dengan pengambilan pelajar pada bulan Julai dan Disember namun setelah berlakunya pengubahan sistem semester oleh Kementerian maka pengambilan pelajar diubah kepada bulan September dan Februari.
Wakil mahasiswa, saudara Azli Md Ali yang merupakan NYDP MPP sesi 2011/2012 menyatakan bahawa masalah yang mereka akan hadapi semasa berpraktikum adalah mereka tidak akan diberikan bantuan PTPTN dan juga biasiswa KPM tetapi pihak UPSI hanya memberikan duit pendahuluan daripada UPSI sebanyak RM1Ribu. Sampai bilakah UPSI mahu memberikah wang pendahuluan ini???
Permasalahannya ialah, bantuan tersebut adalah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka sewaktu berpraktikum nanti. Cubalah pihak UPSI mengerti beban mahasiswa yang terpaksa membayar SEWA RUMAH, MAKAN MINUM, PERALATAN PRAKTIKUM, KENDERAAN dan lain-lain. Tidakkah ini sebenarnya tidak mencukupi???
Saudara Azli juga menyatakan bahawa sehingga sekarang masih lagi belum ada usaha-usaha daripada pihak berwajib daripada UPSI sendiri untuk berunding secara terus dengan pihak PTPTN dan juga KPM untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak membebankan mahasiswa semasa mereka berpraktikum nanti.
Berikut merupakan ringkasan daripada rintihan mahasiswa UPSI ini.
Masalah:
1. Dasar penstrukturan semula sistem Semester pengajian oleh Kementerian Pengajian Tinggi tidak selaras dengan dasar kewangan pembiayaan wang daripada PTPTN dan juga institusi pembiayaan lain seperti biasiswa KPM.
2. Dasar semester baru ini menyebabkan mahasiswa terpaksa berpraktikum awal iaitu antara bulan 6 dan 7 bagi memenuhi syarat berpraktikum iaitu menghabiskan selama 14 minggu waktu persekolahan.
3. Bantuan kewangan daripada PTPTN, KPM dan lain-lain hanya akan diberi apabila bermulanya semester baru pengajian. Ini amatlah membebankan mahasiswa yang terpaksa MENGIKAT PERUT selama 2 bulan sebelum bantuan kewangan daripada PTPTN dan KPM dimasukkan.
1. Mengharapkan pihak UPSI mengadakan perbincangan dengan pihak PTPTN dan KPM agar memberikan pengecualian pembiayaan kewangan kepada mahasiswa yang berpraktikum supaya bantuan kewangan tersebut diberikan awal.
Pihak UPSIkena mengharapkan agar pihak yang berwajib seperti Unit Latihan Mengajar, Bendahari UPSI mahupun HEP agar sama-sama dapat menyelesaikan masalah mahasiswa yang akan berpraktikum ini kerana semua telah sedia maklum bukan semua mahasiswa yang hadir daripada kalangan yang KAYA RAYA selaras dengan motto UPSI itu sendiri “KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN”
Bagus penerangan saudara. Tulisan yang mantap.Saya mohon saudara delete video saya atas permintaan saya sendiri kerana mengaibkan sesetengah pihak. Namun kalau boleh, kekalkan penulisan saudara. tQ
ReplyDeleteAtas permintaan anda, video asal telah di delete. Teruskan usaha dalam menyuarakan nasib pelajar tetapi dengan cara yang betul dan bukannya dengan BERBARING DI JALAN RAYA
ReplyDeleteTerima kasih. Baring atas jalan raya? Saya bukannya haiwan tidak berumah. Jangan risau. Tq
ReplyDelete