Tanjong Malim, 12 Mac – Pihak UPSIkena ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-49 pada hari ini buat Dato’ Paduka Dr. Junaidy selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI.
Pihak UPSIkena turut mendapati bahawa ruangan di Facebook beliau turut dipenuhi dengan ucapan selamat menyambut ulang tahun yang diucapkan oleh mahasiswa UPSI, rakan, staf, sahabat handai serta kenalan beliau.
Pihak UPSIkena juga mengharapkan agar pentadbiran HEP UPSI bertambah gemilang di bawah pentadbiran Dato’ yang selama ini telah berjaya mengendalikan pelbagai isu-isu berkaitan dengan UPSI dan pelajarnya dengan baik sekali.
Walaupun sejak akhir-akhir ini ada beberapa pihak yang dilihat cuba menjatuhkan dan memburukkan imej Dato’ dengan melemparkan fitnah-fitnah jahat namun Dato’ masih gagah berdiri di HEP bagi menjaga dan membela kebajikan terutamanya mahasiswa UPSI.
Akhir kata, warga UPSIkena turut berharap agar pihak Datuk dapat terus bertahan dan tabah dalam menjalankan tugas selaku TNC HEP agar kebajikan mahasiswa terus terbela seterusnya menggalas Aspirasi universiti dan mahasiswa.
We Love UPSI!
No comments:
Post a Comment