Tanjong Malim, 17 Mac – Berita baik buat semua mahasiswa UPSI ISMP yang sedang dan bakal berpraktikum kerana layak untuk menerima elaun bulanan ketika berpraktikum. Ini adalah hasil usaha yang telah dilakukan oleh Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan ( GMPK ). Untuk rujukan awal surat yang telah dihantar kepada KPM sila baca di sini.
Sebelum ini, Saudara Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusoff, Pengerusi Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan ( GMPK ) telah membuat satu artikel berkaitan dengan "guru praktikal sepatutnya layak menerima elaun bulanan" telah mendapat reaksi yang positif dari kebanyakan mahasiswa pendidikan seluruh Malaysia.
Bahkan perkhabaran tersebut telah memberi pengharapan yang cukup besar kepada pelajar pendidikan yang akan, dan sedang menjalani latihan praktikal di sekolah seluruh Malaysia. Ekoran dari artikel tersebut, ramai yang tertanya-tanya bagaimana prosidur bagi mendapatkan elaun tersebut.
Sehubungan itu, Setiausaha GMPK, Saudari Nurhidayah binti Juhari bersama Gabenor Pendidikan UKM merangkap Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan, Saudara Mohd Izzudin bin Mohd Pisol serta Saudari Siti Muslihah Abdul Manap ( SUK MPP ) telah merujuk perkara tersebut kepada Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) bagi mendapatkan penjelasan mengenai elaun praktikal bagi guru praktikal fakulti pendidikan.
KPM sahkan tuntutan GMPK sebelum ini.
Wakil KPM mengesahkan kebenaran guru praktikal layak menerima elaun bulanan dan menjelaskan bahawa elaun ini diuruskan oleh jabatan pelajaran negeri masing-masing. Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjuk, wakil GMPK telah merujuk ke Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan, Putrajaya untuk mengetahui lebih lanjut prosidur tuntutan tersebut. Setelah berlaku sedikit dialog antara kedua belah pihak, pihak jabatan memberi respon bahawa pelajar yang praktikal sememangnya akan diberi elaun dan diuruskan oleh pihak sekolah masing-masing.
Prosidur Tuntutan
1)Serahkan surat pekeliling dari JPA (seperti yang dilampirkan sebelum ini) bersama dengan surat akaun pelajar universiti kepada pihak sekolah.
2)Buat susulan supaya tuntutan elaun tersebut diuruskan oleh pihak sekolah.
3)Pihak sekolah perlu menguruskan elaun dan surat menyurat guru praktikal kepada Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN )
Penutup
GMPK mengharapkan pemberian elaun ini mampu memberi kemudahan dari sudut matarial terhadap semua guru-guru praktikal diseluruh Malaysia.
Sekian.
"Guru Berkualiti Asas Pendidikan Unggul"
Nurhidayah binti Juhari
Setiausaha
Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan ( GMPK )
Pihak UPSIkena mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh GMPK ini bagi mendapatkan elaun praktikum kepada guru pelatih. Diharapkan semua mahasiswa ISMP terutamanya mahasiswa UPSI agar menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment