Saturday, 8 October 2011

Penghuni Kolej Kediaman UPSI Tertekan



Tanjong Malim, 6 Okt. – Pihak UPSIkena telah menerima beberapa kiriman emel daripada mahasiswa UPSI yang tinggal di kolej kediaman mengadu bahawa keadaan dan suasana di beberapa buah kolej kebelakangan ini berada dalam keadaan yang tidak kondusif untuk belajar dan ini dikaitkan dengan BUNYI BISING.

Menurut pengadu lagi yang enggan namanya disiarkan berkata “ bunyi bising boleh dikatakan berlaku tiap-tiap hari terutama ketika hendak masuk waktu maghrib dan juga larut malam. Bunyi bising ini datangnya daripada lagu-lagu yang dimainkan dengan kuat sehingga satu kolej pun boleh dengar”.

Pengadu juga menyatakan bahawa aduan secara lisan dan bertulis melalui halaman rasmi mahupun group di Facebook telah dibuat kepada jawatan kuasa mahasiswa kolej namun tiada tindakan susulan yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

Bertindak daripada maklumat itu, Unit Risikan UPSIkena membuat pemerhatian selama 2 hari bermula 4-5/10/2011 DI KESEMUA KOLEJ KEDIAMAN UPSI bagi menilai kesahihan aduan itu.

Hasil daripada permerhatian tersebut, pihak kami mendapati aduan yang dibuat adalah benar dan bunyi bising yang dikatakan itu adalah datangnya daripada lagu-lagu yang dipasang terlalu kuat oleh mahasiswa sehingga boleh mengganggu konsentrasi dan mood belajar seseorang.

Selain itu, bunyi bising juga datangnya daripada suara-suara sumbang daripada segelintir mahasiswa yang bernyanyi sama ada di siang ataupun malam hari. 

Pihak UPSIkena menyeru kepada semua Jawatankuasa Mahasiswa Kolej agar mengambil serius setiap aduan yang dinyatakan kepada JMK agar mahasiswa dapat hidup dengan selesa dan aman di kolej kediaman. Janganlah sampai isu ini melarat sehingga sampai ke pengetahuan pihak yang tidak sepatutnya tahu.

- Aduan di buat, UPSIkena ambil berat.-

Friday, 7 October 2011

Karnival Kerjaya Guru

Simposium Suluk II


Adalah dimaklumkan Jabatan Bahasa & Kesusasteraan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UPSI akan menganjurkan Simposium Keagungan Sejarah Suluk II. Simposium ini merupakan medium untuk mengetengahkan keunikan etnik-etnik di Sabah dengan menggunakan pendekatan ilmiah. Simposium ini akan diadakan seperti butiran berikut :-

    • Tarikh :11 Oktober 2011 (Selasa)
    • Masa :9.00 pagi
    • Tempat : Auditorium Utama, UPSI
    • Dirasmikan Oleh :TYT Tun Datuk Seri Panglima Hj. Juhar b. Hj. Mahiruddin
      Yang Di Pertua Negeri Sabah

Semua warga UPSI adalah dijemput hadir.

Pembelajaran Koperatif


Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
  1. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
  2. saling berinteraksi secara bersemuka,
  3. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
  4. kemahiran koperatif, dan
  5. pemprosesan kumpulan
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.
Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).
Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

PENDAFTARAN BARU AHLI PEMADAM UPSI



TARIKH : 10 – 13 OKTOBER 2011

HARI : ISNIN HINGGA KHAMIS

MASA : 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

TEMPAT : RUANG LEGAR BANGUNAN BITARASISWA

PENGAMBILAN AHLI SERAMAI 50 ORANG. TERHAD.

UNTUK MAKLUMAN LEBIH LANJUT, BOLEH HUBUNGI

NORAINI BT MAT ZAHIM 019-4177118

Orang Berjaya ialah orang yang




ORANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG… • Orang-orang Berjaya memahami “Kegagalan untuk merancang adalah merancang kegagalan”.
• Orang-orang Berjaya adalah mereka yang ‘FOKUS’ dan tahu apa yang mereka inginkan.
• Orang-orang Berjaya mempunyai masa melebihi 24 jam dalam sehari dengan menggunakan masa orang lain.
• Orang-orang Berjaya percaya pada konsep Penjenamaan.
• Orang-orang Berjaya biasanya mewujudkan “Niche Market”.
• Orang-orang Berjaya percaya akan diri sendiri.
• Orang-orang Berjaya mempunyai disiplin yang tinggi.
• Orang-orang Berjaya tidak akan menunda-nunda kerana percaya hari ini lebih baik dari esok hari.
• Orang-orang Berjaya bijak dan berani membuat keputusan.
• Orang-orang Berjaya adalah orang yang konsisten dan bersederhana dalam perilaku mereka.

Junior dan senior




Tanjong Malim, 4 Okt- Susulan pendedahan tangan-tangan ghaib dalam PERMOR atau Persatuan Pendidikan Moral turut dirasai oleh Persatuan Mahasiswa Sejarah yang kebetulan mengadakan majlis junior bersama senior. Menariknya program senior bersama junior ini memperlihatkan senior sebagai penceramah dan pada malam tersebut PERMAS menampilkan dua penceramah iaitu Rajlen (Timbalan Yang Dipertua PERMAS) dan penceramah jemputan Samuel ( Mantan Majlis Perwakilan Pelajar & Mantan Naib Yang Dipertua PERMAS