Saturday 8 October 2011

Penghuni Kolej Kediaman UPSI Tertekan



Tanjong Malim, 6 Okt. – Pihak UPSIkena telah menerima beberapa kiriman emel daripada mahasiswa UPSI yang tinggal di kolej kediaman mengadu bahawa keadaan dan suasana di beberapa buah kolej kebelakangan ini berada dalam keadaan yang tidak kondusif untuk belajar dan ini dikaitkan dengan BUNYI BISING.

Menurut pengadu lagi yang enggan namanya disiarkan berkata “ bunyi bising boleh dikatakan berlaku tiap-tiap hari terutama ketika hendak masuk waktu maghrib dan juga larut malam. Bunyi bising ini datangnya daripada lagu-lagu yang dimainkan dengan kuat sehingga satu kolej pun boleh dengar”.

Pengadu juga menyatakan bahawa aduan secara lisan dan bertulis melalui halaman rasmi mahupun group di Facebook telah dibuat kepada jawatan kuasa mahasiswa kolej namun tiada tindakan susulan yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

Bertindak daripada maklumat itu, Unit Risikan UPSIkena membuat pemerhatian selama 2 hari bermula 4-5/10/2011 DI KESEMUA KOLEJ KEDIAMAN UPSI bagi menilai kesahihan aduan itu.

Hasil daripada permerhatian tersebut, pihak kami mendapati aduan yang dibuat adalah benar dan bunyi bising yang dikatakan itu adalah datangnya daripada lagu-lagu yang dipasang terlalu kuat oleh mahasiswa sehingga boleh mengganggu konsentrasi dan mood belajar seseorang.

Selain itu, bunyi bising juga datangnya daripada suara-suara sumbang daripada segelintir mahasiswa yang bernyanyi sama ada di siang ataupun malam hari. 

Pihak UPSIkena menyeru kepada semua Jawatankuasa Mahasiswa Kolej agar mengambil serius setiap aduan yang dinyatakan kepada JMK agar mahasiswa dapat hidup dengan selesa dan aman di kolej kediaman. Janganlah sampai isu ini melarat sehingga sampai ke pengetahuan pihak yang tidak sepatutnya tahu.

- Aduan di buat, UPSIkena ambil berat.-

No comments:

Post a Comment