Tuesday 4 October 2011

BENARKAH ADA TANGAN-TANGAN GHAIB DALAM MESYUARAT AGUNG PERMOR?




Tanjong Malim, 4 Okt. – UPSIkena: Unit Media UPSIkena telah menerima maklumat daripada mahasiswa yang tidak ingin namanya disiarkan menyatakan bahawa akan ada TANGAN-TANGAN GHAIB semasa Mesyuarat Agong Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) kali yang ke-4 bertempat di bilik E-Learning 9 pada 30 September yang lalu.

Bertindak daripada maklumat yang diterima, unit risikan UPSIkena telah menghantar wakil ke mesyuarat AGM tersebut. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh seorang pensyarah bertaraf Profesor (penasihat PERMOR) yang dihadiri lebih daripada 100 orang ahli. Maklumat awal yang diterima oleh pihak UPSIkena, dijangkakan akan ada percaturan dalaman daripada barisan MT PERMOR.

Pihak UPSIkena telah mendapat maklumat bahawa semua exco persatuan tersebut telah membuat percaturan awal untuk memilih Majlis Tertinggi sendiri sebelum mesyuarat AGM dijalankan. Mengikut senarai awal yang diterima, jawatan presiden telah disandang oleh saudara Amirul Asraf iaitu penuntut semester lima yang berasal dari negeri KELANTAN.

Pihak risikan UPSIkena agak terkejut apabila pengumuman yang dibuat adalah berbeza dengan senarai awal yang telah UPSIkena terima. Bagi mendapat kepastian, pihak UPSIkena telah bertanya secara rawak kepada salah seorang daripada mereka yang hadir yang juga menyatakan bahawa dia juga tidak menjangkakan bahawa jawatan presiden telah dicaturkan sendiri oleh TANGAN-TANGAN GHAIB tanpa diadakan undian pada mesyuarat tersebut.

Unit Risikan UPSIkena menjangkakan Amirul akan menyandang jawatan presiden tetapi percaturan awal telah dibuat tanpa persetujuan sebulat suara daripada ahli persatuan dengan memilih saudara Edward yang berasal daripada negeri SARAWAK. Mengikut senarai awal, Edward akan memegang jawatan bendahari persatuan dan Amirul sebagai presiden yang mengetuai PERMOR.

Apabila pengumuman dibuat oleh Mantan Presiden, Suadara Effy Haridth , Amirul dan Edward telah bertukar jawatan sesama sendiri tanpa persetujuan exco yang lain. Dalam masa yang sama, mantan Presiden PERMOR telah menyatakan isu yang dibangkitkan dalam MPP iaitu berkaitan dengan etika kerahsiaan. Beliau juga telah menceritakan bahawa pihak MAHASISWA PENDIDIK tidak bertanggungjawab dengan mendedahkan perkara dalaman organisasi MPP di laman sosial sehingga memalukan organisasi INDUK PERWAKILAN PELAJAR tersebut.

Tambahnya lagi, beliau menegaskan bahawa semua ahli-ahli persatuan perlu bersatu untuk melaksanakan pelbagai program untuk kepentingan bersama dan menyeru supaya Persatuan Pendidikan Moral menghantar wakil untuk bertanding bagi mendapatkan kerusi dalam kabinet MPP pada Pilihanraya Kampus akan datang.
Dalam pada itu, di dewan E-Learning 7 turut diadakan perjumpaan tertutup antara Mahasiswa Sejarah Semester 1 dengan senior dan salah seorang penceramahnya merupakan mantan Majlis Perwakilan Pelajar yang juga Mantan Naib Presiden PERMAS sesi 2009/2010. Berita selanjut akan menyusul nanti. Teruskan bersama UPSIKENA..

-Singa Zuzu-

No comments:

Post a Comment