Tuesday 4 October 2011

CADANGAN ROMBAKAN MENYELURUH RPA KEPADA TNC HEP&A

Tanjong Malim, 3 Okt. – UPSIkena: Isu Rakan Penggerak Ad-Din (RPA). UPSIkena mencadangkan kepada TNC HEP&A UPSI mengubah secara menyeluruh pelaksanaan dan pengendalian RPA di UPSI.
Antara cadangan penambahbaikan RPA:
1.     RPA diubah nama kepada RAKAN PEMBIMBING SISWA (RPS). "Rebranding" ini dapat membuktikan bahawa satu program yang menyeluruh yang akan dapat diikuti oleh semua siswa/i UPSI tanpa mengira agama. Namun begitu, modul berbeza perlu diaplikasikan kepada BUKAN MUSLIM yang lebih cenderung kepada penekanan MORAL dan KENEGARAAN.
2.    Naqib dan naqibah perlu diganti dengan RAKAN PEMBIMBING USRAH. RAKAN PEMBIMBING USRAH ini terdiri daripada semua kaum. Setiap rakan pembimbing ini akan dihantar kursus khas untuk dilatih menguasai isi kandungan modul serta visi dan misi RPS.
3.    RPS ini sentiasa melaporkan perkembangan semasa ahli USRAH.  rakan pembimbing RPS hendaklah sentiasa melaporkan perkembangan ahli USRAH dan prestasi pelaksanaan modul yang telah ditetapkan kepada pengetua setiap kolej kediaman bagi menilai prestasi semasa dan pencapaian pelaksanaan modul.
4.    Pengetua kolej hendaklah sentiasa menghantar laporan kepada TNC HEP&A mengenai perjalanan dan prestasi RPS setiap bulan untuk memastikan visi dan misi RPS tercapai.

UPSIkena mengharapkan TNC HEP&A memperimbangkan dan mengambil cadangan ini secara  serius demi kebaikan mahasiswa UPSI secara keseluruhannya. 

No comments:

Post a Comment