Friday 7 October 2011

Junior dan senior




Tanjong Malim, 4 Okt- Susulan pendedahan tangan-tangan ghaib dalam PERMOR atau Persatuan Pendidikan Moral turut dirasai oleh Persatuan Mahasiswa Sejarah yang kebetulan mengadakan majlis junior bersama senior. Menariknya program senior bersama junior ini memperlihatkan senior sebagai penceramah dan pada malam tersebut PERMAS menampilkan dua penceramah iaitu Rajlen (Timbalan Yang Dipertua PERMAS) dan penceramah jemputan Samuel ( Mantan Majlis Perwakilan Pelajar & Mantan Naib Yang Dipertua PERMAS
Program malam ini telah menarik perhatian wartawan UPSIKENA memandangkan program ini julung kali diadakan dengan penceramah terdiri daripada pemimpin mahasiswa sendiri. Wartawan UPSIKENA mendapat email daripada seorang mahasiswa sejarah yang ingin dikenali sebagai Mr. Z. Memandangkan program PERMOR bersebelahan dengan program PERMAS maka UPSIKENA telah menugaskan dua wartawan bagi memberi liputan mengenai dua persatuan ini.

Namun yang menariknya, intipati ceramah menarik perhatian ramai memandangkan PERMAS akan berdepan dengan pemilihan persatuan pada minggu depan. Namun begitu Rajlen hanya memberi ceramah ringkas. Intipati ceramah beliau lebih berkisah kepada hidup sebagai seorang mahasiswa sejarah dan menekankan pentingnya berpersatuan.


Malah beliau yang merupakan mantan NYDP Permas turut menceritakan sejarah persatuan PERMAS dari sebuah persatuan yang kecil ketika ia mula sekali ditubuhkan hingga ia berada di puncak semasa di bawah pentadbiran Abu hanifah dan Eddy Safbree. Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila beliau mengingatkan mahasiswa sejarah kena bijak menapis maklumat dalam media baru terutama membabitkan universiti. Malah beliau turut berharap agar mahasiswa sejarah tidak mudah terpedaya dan sentiasa berfikiran waras sesuai dengan diri sejarahwan. Dalam pada itu beliau turut menyarankan agar mereka sentiasa tenang walau apa terjadi memandangkan ia merupakan "trademark" bagi Persatuan Sejarah selama ini. Program ini kemudian diteruskan dengan sesi ice breaking bersama senior dan sesi memperkenalkan diri semester satu. Program ini berakhir pada jam 11 malam.

Untuk rekod Persatuan Sejarah merupakan salah satu persatuan elit di UPSI dan merupakan salah satu persatuan yang tidak pernah gagal menghantar wakil sejarah menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar.

UPSIKENA akan meneruskan ulasan mengenai perkembangan semasa politik kampus dan akan datang dengan ulasan kumpulan atau parti mahasiswa di UPSI.

No comments:

Post a Comment