Thursday 6 October 2011

YDP MPP : Duit PTPTN Pelajar Semester 8 Akan Dikreditkan


Tanjong Malim, 6 Okt- Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Muhammad Afiq Fikri memaklumkan  bahawa maklumat mengenai duit ptptn bagi pelajar semester 8 akan dkreditkan paling awal pada hari jumaat ini dan selewat-lewatnya minggu hadapan.


Mengulas lanjut mengenai isu ini di laman Facebook peribadi beliau, saudara afiq menyatakan  tiada masalah untuk wang ini dikreditkan ke dalam akaun pelajar kerana pihak Bendahari UPSI telah memberikan voucer kepada pihak bank islam.

Selain itu, menurut sumber yang diberikan oleh wartawan lokasi UPSIkena yang turut berada di dewan Kolej Za'ba, Afiq turut mengulas  mengenai wang RM500 yang ditolak semasa pelajar semester 8 mendapat wang PTPTN baru- baru ini. Beliau menjelaskan RM500 tersebut yang telah ditolak dari akaun pelajar semester 8 tidak akan dikembalikan semula kepada pelajar semester 8 kerana itu merupakan sebahagian daripada wang pendahuluan yang diberikan kepada semua pelajar semester 8 yang berpraktikum semasa cuti semester yang lepas.Beliau turut menjelaskan sekiranya terdapat sebarang persoalan yang timbul berkaitan isu tersebut beliau sedia untuk membuat penjelasan selanjutnya mengenai isu tersebut kepada semua.

No comments:

Post a Comment