Sunday, 2 October 2011

TERBUKTI PENSYARAH DIANIAYA, SIASATAN SELESAI


Tanjong Malim, 2 Okt. – Analisis daripada artikel berunsur FITNAH terhadap seorang pensyarah yang dikeluarkan oleh UPSIkini dan disebarkan di Facebook MAHASISWA PENDIDIK (MP) melalui halaman rasminya, KAMI SOKONG MAHASISWA PENDIDIK. Daripada siasatan secara keseluruhan yang dijalankan unit risikan dan wartawan UPSIkena telah mendapati tiada bukti dan fakta yang kukuh terhadap kenyataan FITNAH yang dibuat oleh UPSIkini dan MAHASISWA PENDIDIK (MP). Selain itu, kesahihan berita ini juga amat meragukan dan boleh dipertikai kerana tidak dinyatakan NAMA PENSYARAH tersebut dan sumber maklumatnya.

Keraguan yang terbesar adalah UPSIkini dan MAHASISWA PENDIDIK tidak dapat menyatakan secara jelas siapa “pensyarah” yang dimaksudkan itu. Mereka hanya menyatakan KLU-KLU secara kabur dan tidak jelas. Namun setelah pihak UPSIkena mendedahkan ada campur tangan daripada individu berstatus ‘Dr’ yang MEMFITNAH pensyarah tersebut, maka didapati UPSIkini dan MP dilihat cuba BERDOLAK-DALIK dalam kes ini.
Namun, setelah mendapat penjelasan dan hasil temu ramah UPSIkena dengan pensyarah tersebut telah merungkaikan segala-gala kenyataan FITNAH daripada UPSIkini yang disebarkan oleh halaman Kami Sokong Mahasiswa Pendidik.
Daripada hasil penelitian secara halus daripada pihak UPSIkena, terdapat 3 persoalan utama yang perlu dijawab oleh pihak UPSIkini dan MP iaitu:

Fakta 1 : Kenapakah sehingga sekarang UPSIkini dan MP TAKUT untuk menyatakan nama sebenar pensyarah itu?

Fakta 2: Mengapakan MP dijadikan sebagai alat penyebaran FITNAH berkaitan kes ini oleh UPSIkini? 

Fakta 3 : Siapakah “DRSSHT” tersebut, dan apakah kaitannya dengan UPSIkini dan juga MP?

Oleh itu, adalah benar pensyarah ini telah ‘DI FITNAH BERKHALWAT’ oleh UPSIkini dengan laporan bersirinya. Unit risikan UPSIkena telah menemu ramah pensyarah terbabit sebelum ini dan telah melihat sendiri surat nikah pensyarah tersebut dimana membuktikan mereka telah berkahwin sebelum Ramadhan lagi. Bahkan inilah FITNAH terbesar kepada seorang pensyarah yang sedang meningkat naik dalam kerjayanya. 


Di samping itu, UPSIkena juga dimaklumkan bahawa FITNAH ini dijadikan sebagai isu terbaru bagi menutup kesilapan besar UPSIkini dan MAHASISWA PENDIDIK (MP) berkaitan isu FITNAH terhadap saudara Muhammad Afiq Fikri, YDP MPP UPSI tempoh hari berkaitan isu menghilangkan kertas kerja salah seorang MPP dari MAHASISWA PENDIDIK (MP). Ternyata UPSIkini yang pemiliknya ialah MAHASISWA PENDIDIK kini telah terpesong dari asas perjuangan mereka seperti sebelum ini dan kini mereka muncul sebagai golongan yang merosakan IMEJ ISLAM secara langsung!

Nasihat UPSIkena kepada UPSIkini dan MAHASISWA PENDIDIK, ‘BERTAUBATLAH! Imej kononnya Islamik yang dibawa oleh anda benar-benar memburukkan imej Islam. Sepatutnya seorang mualaf seperti isteri pensyarah tersebut dijaga kebajikannya bukannya dihina dan di aib dengan fitnah sebegitu rupa. Kepada warga UPSI hentikanlah melakukan dosa dengan membaca artikel fitnah dari UPSIkini dan MAHASISWA PENDIDIK. Allahuakbar!!!

No comments:

Post a Comment