Monday, 2 January 2012

GEMPAR, BUKTI BERGAMBAR SAFWAN ANANG SEDANG TENAT!!!



Tanjong Malim, 2 Dis. - Semalam, tersebar kisah polis bertindak zalim sehingga Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.
Twitter Adam Adli mengatakan Safwan sedang nazak. Mohon didoakan nyawa beliau selamat.
SUNGGUH DRAMATIK!!!
Namun, tak sampai 24 jam, Safwan sudah sihat dan mampu berborak rancak. Kansel nazak!
Mungkin mengatur publicity stunts yang seterusnya. Iyelah, dah mula glamour pasal asyik masuk portal berita, televisyen, suratkhabar, youtube.
Barulah nampak macam pejuang bila dapat perhatian. Cuma apa yang diperjuangkan itu tak berapa nak faham la.
Kalau baca komen penyokong, kejap berjuang menentang kerajaan yang zalim. Zalim dari segi apa tak boleh pulak perincikan. Keluar jawapan baca kat internet.
Cuba sabitkan dengan PTPTN la pulak kekadang tu.
Ada pulak yang kata berjuang untuk kebebasan akademik. Kebebasan akademik itu apa? Kebenaran untuk duduk di perpustakaan universiti sepanjang malam ke apa?
Jangan campur adukan kebebasan untuk mengkritik kerajaan sebagai kebebasan akademik pulak.
Pada masa yang sama duk mengaku bukan alat atau ejen pembangkang. Namun sepanjang masa duk memburukkan Perdana Menteri.
Namun tak kisahla. Berbalik kepada ‘keadaan kesihatan’ Safwan Anang yang sedang nazak semalam tapi sembuh dengan begitu pantas pagi ini, kita harus bersyukur.
Kalau tidak, siapa hendak meneruskan perjuangan yang tak nampak apa yang diperjuangkan itu, melainkan hanyalah tindakan bersifat anti kerajaan yang memihak pembangkang.
Satu nasihat terakhir la, kan senang kalau Safwan Anang dan Adam Adli mengaku aje perjuangan mereka itu adalah bertujuan untuk menentang kerajaan dan membantu Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya umum akan datang.
Buat apa nak jual nama perjuangan untuk mahasiswa. Pada peringkat ini, sudah nampak sangat apa yang diperjuangkan adalah untuk faedah orang seperti Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain, bukannya mahasiswa lagi.
Jangan jadi drama queen la. Mansuhkan AUKU hanyalah alasan wayang kulit aje…matlamat lebih besar adalah untuk memburukan kerajaan dengan menjadikan perjuangan untuk mahasiswa sebagai topeng.

Oleh: AK-47

1 comment:

  1. suka hati dialah nak buat apa. pro M pun suka hatilah nak berdemo. YB Khusairi pun suka hatilah nak berdemo. Nak ludah-ludah puihh pun suka hatilah. ada aku kisah. sekarang ni kan zaman berdemo. tak ada bas pun demo juga. lain kali kalau tak ada bas, demolah kat MB. pasti dapat macam di selangor tu.

    ReplyDelete