Friday, 20 January 2012

BAHANG PILIHAN RAYA KAMPUS, PENTASNYA SUDAH DIBUKA

Tanjong Malim, 2o Jan – Suasana PRK di UPSI masih dilihat dalam keadaan biasa kerana UPSIkena mendapati majoriti mahasiswa tidak memikirkan langsung mengenai bila tarikh jangkaan PRK akan di adakan. Namun di sini, UPSIkena mendapati ura-ura PRK akan di adakan dalam masa terdekat.

Terkini, pihak pentadbiran UPSI melalui Bahagian Pembangunan Pelajar HEP akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2012 Siri 1. Untuk maklumat lanjut klik sini.


Pihak UPSIkena difahamkan, kepada mahasiswa UPSI yang berhasrat untuk bertanding menjadi wakil calon MPP haruslah menyertainya kerana merupakan antara syarat wajib yang telah ditetapkan oleh pihak HEP. Namun untuk mengelakkan kekeliruan, mahasiswa boleh menghubungi secara terus dengan Bahagian Pembangunan Pelajar HEP UPSI.

Untuk rekod, pada pemilihan wakil calon MPP pada sesi lepas, pihak HEP telah mewajibkan semua calon yang ingin bertanding perlu menghadiri kesemua siri kem kepimpinan pelajar ini. Namun, pada sesi lepas pihak HEP tidak  mensyaratkan wajib mengikuti kursus kepimpinan ini bagi calon-calon yang ingin bertanding.

Kepada semua mahasiswa UPSI, gunakanlah kuasa undi anda untuk memilih wakil pemimpin anda yang betul-betul berkaliber dan bukan hanya berdasarkan penampilan dan pandai bercakap sahaja tetapi semua kerja ‘tak jalan’. UPSIkena juga mendapati bahawa terdapat segelintir MPP yang langsung tidak menjalankan tugasnya malah dalam program-program MPP pun hanya MUKA MPP YANG SAMA SAHAJA yang ada.

Kepada bakal-bakal pemimpin mahasiswa UPSI pada masa akan datang, jadilah pemimpin yang amanah dan komited pada tanggungjawab. Yang paling penting, buang ideologi anda semua dalam saf kepimpinan kerana perbalahan ideologi anda tidak akan menguntungkan mahasiswa pun malah memberi kesan negatif kepada kebajikan mahasiswa.

No comments:

Post a Comment