Sunday, 1 January 2012

GEMPAR: SAH GERAKAN MAHASISWA SMM DAN DEMONSTRASI DI UPSI TIDAK ADA CAMPUR TANGAN PIHAK LUAR!!!


Tanjong Malim, 1 Dis. – Dalam demonstrasi yang dilakukan oleh segelintir PELAMPAU MAHASISWA semalam didapati mengandungi unsur-unsur campur tangan daripada pihak luar.

Pihak UPSIkena mendapati terdapat beberapa tokoh politik yang dilihat campur tangan yang menjadikan mahasiswa sebagai boneka yang sengaja cuba mengalih pandangan rakyat Malaysia terhadap Isu Anuar Ibrahim sebeenarnya.

Kelibat Chegu Bard dalam demonstrasi semalam menguatkan lagi hujah kami bahawa sememangnya orang kuat PKR ini menjadi tulang belakang dan semangat kepada gerakan demonstrasi yang bertukar ganas akbiat KEBIADAPAN MAHASISWA yang dilihat menimbulkan provokasi melampau terhadap UPSI dan pihak polis.

Dalam demonstrasi tersebut seramai 17 orang mahasiswa UPSI dan luar UPSI ditahan termasuk HERO KAMPUNG ADAM ADLI kerana KEENGGANAN DAN KEDEGILAN untuk bersurai setelah diarahkan oleh pihak polis.




TERKINI, kelibat Datuk Mahfuz Omar daripada PAS dilihat di balai polis Tg Malim yang dapat dilihat sebagai campur tangan politik luar dalam isu ini. Adakah beliau hanya mahu bersiar-siar di balai polis Tg Malim?

Anda mahasiswa bukan bodoh, jadi nilaikanlah adakah gerakan mahasiswa ini benar-benar bebas daripada pengaruh politik luar? Jangan jadi barua sehingga menjatuhkan dan menjejaskan periuk nasi 15 Ribu mahasiswa UPSI yang lain.


1 comment:

  1. tajuk menarik..isu ad..tp ayat hampeh..xtau r mungkin sbb aku ni bdk mate susah skit nk faham ayat SASTERA tinggi nih..gne ayat yg mudah difahmi sikit bro..boley

    ReplyDelete