Tanjong Malim, 23 Jan - Pasca daripada artikel sebelum ini telah menyaksikan:
i) Berlaku lagi gelombang demonstrasi yang berlanjutan
ii) Gerakan ini mendapat sokongan postif orang awam

iii) Kumpulan pelajar diangkat sebagai hero awam
Di Malaysia: Tidak ada satu peristiwa berdarah berlaku ke atas pelajar, yang wajar diangkat setara kezalimannya berbanding peristiwa di atas. Belum ada pihak berkuasa di negara kita yang melepaskan tembakan peluru hidup ke atas pelajar, dipukul sehingga lunyai, cedera parah dek dikerjakan anggota seragam ini berbanding peristiwa di atas.
Bahkan tidak ada tekanan sehebat yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia, dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah mereka.
Halnya begini, gerakan pelajar propembangkang di Malaysia sangat terpengaruh untuk mempraktikkan kaedah yang sama - ingin menentang kezaliman. Namun, sayang sekali, polanya jauh berbeza:

polis salah sebab tak bagi bantal dan tilam untuk mereka.....
i) Demonstrasi lanjutan: Kes Adam Adli (tekanan tatatertib) amat jauh berbeza untuk dibandingkan dengan pembunuhan dalam peristiwa-peristiwa di atas. Protes di UPSI pada malam tahun baru, sebagai lanjutan kisah Adam, bahkan tidak setimpal dengan keperluannya.
Ini soal yang perlu diperhatikan. Kezaliman yang berlaku di Tiananmen Square misalnya, adalah tulen dan selayaknya disabitkan sebagai kejam (tembakan peluru hidup). Manakala kecederaan yang berlaku di UPSI adalah tidak tulen kezalimannya, kerana ia retorik, dibuat-buat dan jelas politikalnya (panjat pagar, pecah pintu).

menaikkan nama universiti dengan cara memalukan
Rekod mereka juga pernah tercalar dengan peristiwa (UPM Black Day) pecah pintu di UPM pada 23 Februari 2011 yang mengundang tempelak banyak pihak.
Malah kita dapat perhatikan, mereka tagihkan 'kezaliman', sengaja mengundang kemarahan pihak berkuasa bagi tujuan politik (agar polis bertindak kasar), berbanding mencapai tujuan besar yang mereka canangkan. Simpati masyarakat merupakan markah tinggi dalam politik!
ii) Sokongan positif awam: Kumpulan pelajar ini sangat tidak cermat. Pertama mereka mengheret seorang figura politik yang masih popular di kalangan rakyat - Perdana Menteri (bererti berkonfrontasi dengan penyokongnya). Kedua, isu yang dibangkitkan tidak menyentuh keinginan dan keterujaan masyarakat untuk bersama mereka. Ketiga, apa yang dipertontonkan mereka adalah bertentangan dengan norma besar masyarakat (ambil perhatian: adab sopan, terutamanya guru, sangat sentimental untuk kita).

tidak perlu mengaikan PM dengan demo bodoh ni...
masyarakat menilai kelakuan buruk ini walau ianya bukan dilakukan mahasiswa UPSI...
Nyata, tidak ramai yang menyokong, malah mendapat tempelak umum. Sebahagian yang menyokong adalah di kalangan penyokong parti pembangkang. Pun begitu, ia masih mendapat tempelak di kalangan kumpulan ini. Blogger propembangkang bahkan (Ameno World), mengkritik tindakan kumpulan pelajar ini, yang disifatkannya kurang bijak dan emosional.
iii) Hero awam: Apabila sudah tidak mendapat sokongan awam, ini bererti tiada unsur heroism dapat diangkat oleh umum. Seperti dinyatakan, mereka tidak cermat menggerakkan usaha selari dengan kehendak awam. Keadaan Malaysia tidak seteruk yang digambarkan - berbeza dengan kes-kes aktivisme pelajar di negara tertentu.
Yang mengangkat mereka hanyalah parti pembangkang, itu pun sebab populariti politik.
Barangkali, dengan mengandaikan kadar pengangguran di kalangan siswazah di Malaysia terlalu teruk - dan gerakan mereka tertumpu pada mendesak kerajaan memperbaikinya - dan akhirnya selesai - mungkin ia memberi pandangan yang berbeza terhadap masyarakat. Atau pun, mungkin demonstrasi menuntut kemerdekaan, atau mungkin demonstrasi memaksa kapitalis menurunkan harga barang.

Malaysia hari ini sebenarnya tidak memberi suasana yang selesa untuk aktivisme berupa radikal ini, memandangkan derita yang dialami rakyat tidaklah seteruk mana. Perlu difahami, kes Tiananmen Square bersangkut dengan derita rakyat dek kegagalan sosialisme China dan autokratik pemerintahnya. Kes Jan Opletal, diangkat sebagai hero kerana dibunuh sebab meraikan tentangan terhadap kezaliman Nazi.
Namun, dek kerana begitu teruja dan dibakar gelojak emosi - maka hal yang sangat kecil kadar 'kezalimannya' dicanang-canang secara berlebihan oleh pelajar kita, dan begitu ketara pula strategi politiknya. Ini kesilapan besar buat mereka yang mahu dianggap hero awam, apatah lagi mengangkat darjat pelajar yang statusnya adalah bakal pendidik anak bangsa Malaysia.
UPSIkena menasihatkan kepada semua mahasiswa agar lebih bersikap matang dalam semua perkara jangan mengambil sesuatu itu secara melampau yang akhirnya akan merugikan kepada semua pihak. Bantulah diri, keluarga kita dahulu sebelum membantu orang lain.

No comments:
Post a Comment