Wednesday, 4 January 2012

DEMO UPSI BLACK DAY: MP MAIN WAYANG DENGAN LMP DAN SMM!!!

UTanjong Malim, 4 Dis – Pihak UPSIkena mengesan beberapa perselisihan faham antara kumpulan pro-M UPSI berkaitan dengan KETIDAKJUJURAN pihak yang bertanggung jawab yang dikatakan TIDAK BERANI untuk turut serta BERDEMO bersama-sama dengan mereka.

Tindakan Mahasiswa Pendidik yang dikatakan tidak ikhlas berjuang bersama-sama dengan mereka turut dipersoal oleh ahli yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk berdemo kononnya sebagai tanda sokongan terhadap solidariti Adam Adli.

Ketua MP juga dikatakan sukar untuk dihubungi pada malam kejadian kerana dikatakan telah MEMATIKAN telefon bimbitnya bagi mengelakkan beliau dihubungi dan terlibat dalam demo tersebut. Tindakan pengecut daripada ketua MP tersebut turut dipersoal oleh ahli pendemo yang hadir.

Berdasarkan maklumat daripada kalangan ahli MP, mereka menyatakan bahawa tidak mendapat sebarang berita daripada pergerakan demo yang dirancang sekian lama ini. Alasan lain yang diberikan ialah SMM dikatakan tidak berbincang terlebih dahulu dengan TUAN RUMAH tentang DEMO ini.



Persoalannya di sini, adakah jika berbincang sekali pun Mahasiswa Pendidik akan turut TURUN BERDEMO pada pagi itu? Sedangkan selama ini pun permainan politik MP cukup jelas dilihat mahu menyelamatkan PERIUK NASI mereka iaitu POSTING seperti yang diperkatakan di ruangan Facebook mereka ini.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa perjuangan MP adalah RETORIK, semangat setia kawan MP adalah RETORIK, dan anda mahasiswa sendiri boleh lihat apakah sebenarnya perjuangan MP ini untuk mahasiswa? Apakah semuanya dilaksanakan? Mana janji-janji yang ditaburkan?

Semuanya terletak di tangan mahasiswa upsi sekalian yang tahu menilai kebenaran dan kebatilan yang selalu diungkapkan oleh MP semasa berkempen walhal ia hanya sekadar RETORIK!!!






Adakah mungkin pembuatan video klip MP yang terbaru ini hanyalah sekadar bagi menutup kelemahan dan sebagai tanda MOHON MAAF mereka terhadap SMM dan LMP terutamanya kerana dikatakan PENGECUT kerana tidak berani untuk turut serta BERDEMO dengan mengalih isu KEBEBASAN AKADEMIK.


Walhal terdapat ramai ahli mereka yang turun tetapi sekadar untuk melihat dari jauh kerana takut dicekup polis jika mereka berdemo. Apakah semuanya ini? Terdapat juga MPP pro-M yang turun untuk melihat tetapi takut untuk menyertainya. 

Nantikan ulasan pihak UPSIkena berkaitan dengan 6 tuntukan BEBAS dalam KEBEBASAN AKADEMIK sama ada betul-betul mahu menuntut kebebasan akademik ataupun kebebasan politik. Kepada Mursyidul Am MP, bertaubatlah dan berhentilah BERSANDIWARA.


No comments:

Post a Comment