Tanjong Malim, 17 Jan – Isu 2 orang pelajar yang dikatakan dibuang kolej kerana berlakon di dalam sebuah video pendek bertajuk “Kau Nie” merupakan satu penghinaan dan fitnah semata-mata kepada pengetua Kolej Za’ba. UPSIkini dan Laman Rasmi Mahasiswa Pendidik mula menjadikan fitnah sebagai senjata baru mereka untuk menjatuhkan orang lain.
Apakah niat sebenar MP dan UPSIkini menyiarkan artikel seperti ini yang tidak langsung membina kematangan berfikir untuk para mahasiswa? Adakah kerana perbezaan ideologi dan politik masing-masing? Apakah isu ini yang selayaknya diperjuangkan oleh barisan kepimpinan MP yang sudah jelas tidak memihak kepada semua mahasiswa yang terlibat?
Artikel daripada UPSIkini
Kenyataan MP di KSMP
Namun persoalannya di sini, benarkah 2 pelajar ini dibuang kerana perkara tersebut? Kenapa hanya 2 orang ini sahaja yang diperjuangkan bagai nak gila oleh MP? Siapakah 2 orang ini kepada MP? Apakah muslihat sebenar MP? Dan persoalan terpenting ialah kenapa 2 orang ini tidak mendapat menginap di kolej untuk semester hadapan? Adakah mereka tidak langsung diberikan peluang untuk membuat rayuan?
Sebelum itu kita lihat dulu asbab kepada fitnah tersebut daripada MP dan UPSIkini terhadap pengetua KZ. Lihat video yang dimaksudkan di bawah ini.
tengok pun tak habis, bosan.
Video klip Oley lagi menarik dan mudah faham...
Mereka dikatakan dibuang oleh pengetua kolej kerana berlakon di dalam video pendek ini. Adakah masuk akal untuk seorang pengetua menjatuhkan maruahnya dengan merendahkan martabatnya dengan bersikap demikian?
Menjadi kebiasaan semua kolej di UPSI akan menerima kemasukan ramai pelajar baru yang diterima belajar di UPSI. Maka, pihak kolej akan membuang pelajar-pelajar yang diklasifikasikan sebagai ‘TIDAK AKTIF’ daripada kolej. Maka hanya pelajar yang aktif sahaja boleh diterima untuk menginap di kolej kediaman. Tujuannya mudah iaitu bagi menampung KEMASUKAN PELAJAR AMBILAN BARU.
Bagi mengetahui isu kononnya 2 pelajar ini dibuang daripada kolej, maka Unit Risikan UPSIkena telah membuat siasatan dengan lebih lanjut bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Mengikut siasatan awal, pihak kolej tidak akan membuang pelajar dengan sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah dan semua tuduhan itu adalah fitnah.
Selain itu, pihak kolej juga telah memberikan masa untuk pelajar yang tidak dapat menginap dikolej untuk membuat rayuan melalui surat rasmi kepada pengetua. Namun, pelajar tersebut tidak langsung membuat rayuan permohonan untuk terus menetap di kolej tersebut pada semester depan.
Ruang telah diberikan tapi dipersiakan...
Kami juga difahamkan pihak pengetua ada menghubungi secara terus individu tersebut bagi mengetahui statusnya sama ada telah membuat rayuan ataupun tidak. Pihak pengetua juga telah memberikan tempoh waktu tertentu kepada pelajar tersebut untuk mengemukakan surat rayuan. Jadi salah siapa sebenarnya? Apakah wajar pengetua dijadikan kambing hitam bagi menutup kesilapan pelajar tersebut?
Blog UPSidaily turut mengulas tentang isu ini dan juga punca-punca pihak kolej terpaksa membuang segelintir pelajar disini.
Untuk rekod seramai 95 pelajar telah membuat rayuan untuk terus menginap di kolej tersebut pada semester hadapan dan kesemuanya telah diterima. Persoalannya di sini, mengapakah pengetua harus dipersalahkan, sedangkan ruang dan peluang telah diberikan kepadanya?
Kepada 2 insan tersebut, jangan jadikan diri anda dikambing hitamkan oleh pihak lain yang berkepentingan. Jadilah mahasiswa yang bermaruah dan juga mampu berdiri atas kaki sendiri. Gilapkan ideologi anda untuk kebaikan semua dan bukannya memecah belahkan hubungan baik sedia ada yang telah terjalin.
Kepada Mahasiswa Pendidik, sudah-sudahla membuat fitnah kepada orang lain. Berhentilah menanamkan sifat permusuhan sesama saudara seislam. Jangan disebabkan perbezaan ideologi dan fahaman politik sempit kamu, maka saudara seislam kamu dianiaya.
Nasihat UPSIkena kepada UPSIkini dan MAHASISWA PENDIDIK, ‘BERTAUBATLAH! Imej kononnya Islamik yang dibawa oleh anda benar-benar memburukkan imej Islam. Sepatutnya anda mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah dan bukannya lebih menambahkan masalah. Kepada warga UPSI hentikanlah melakukan dosa dengan membaca artikel fitnah dari UPSIkini dan MAHASISWA PENDIDIK. Allahuakbar!!!
ko pun saje nak wat fitnah kan
ReplyDelete