Friday 23 March 2012

MAHASISWA MELAYU PRO-M BANGGA, HANTAR BATU NISAN KEPADA MENTERI…?


Tanjong Malim, 23 Mac – Lagak sombong mahasiswa yang merasakan dirinya sudah terpelajar walaupun baru setahun jagung menjejakkan kaki ke menara gading seolah-olah menggambarkan kebiadaban pelajar Melayu yang GILA BERPOLITIK berbanding dengan mahasiswa bangsa lain yang sibuk mengejar ilmu.

Terbaru, diberitakan kira-kira 80 orang pelajar pro-Mahasiswa pada petang ini berhimpun di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya sambil membawa sebatang batu nesan untuk diserahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, DS Khaled Nordin.

Kumpulan mahasiswa tersebut yang kononnya menuntut pilihanraya kampus diadakan segera, bagaimanapun gagal menemui Khaled sebaliknya hanya berjaya menyerahkan memo tanpa nesan kepada setiausaha politik Khaled.

Batu Nesan yang kononnya melambangkan kematian demokrasi pelajar sebenarnya hanya MELAMBANGKAN JIWA PELAJAR TERSEBUT YANG DAH MATI UNTUK BELAJAR.

Lihat sahaja muka-muka yang berkumpul itu, paling handalpun pada PRU 13 nanti hanya akan jadi tukang panjat pokok untuk memasang bendera dan sepanduk parti politik. Kesian mak bapak yang berharap agar anak jadi manusia cemerlang, rupanya anak mereka dah tempah nesan sendiri.

Allah dah bagi otak yang berfungsi dengan baik pada kita. Kita patut bersyukur kerana Allah telah bagi kita akal untuk berfikir dan mempunyai iQ yang tinggi sehingga membolehkan kita belajar dan masuk universiti. Tak semua manusia didunia ini dapat kelebihan itu.

Nasihat UPSIkena, gunalah otak yang diberi Allah itu sebaik-baiknya, berfikirlah cara matang. Gunalah saluran yang betul untuk meluahkan pendapat atau tentangan, bukannya dengan memberi batu nisan pada orang. Aturkan perjumpaan dengan menteri bukannya terjerit-jerit di jalan untuk selesaikan masalah.

Apa perasan anda bila ada orang hantar batu nisan pada keluarga anda di rumah, suka tak?? Kalau tak suka jangan buat kat orang walaupun ianya hanya simbolik. Ada tak pelajar cina sibuk nak hantar batu nisan atau keranda pada pemimpin mereka? Fikir-fikirkan.

Bertaubatlah!!! Kami sayangkan kamu kerana Alif Ba Ta

1 comment:

  1. IIUM takde pula masaalah. Wakil-wakil pelajar terbuka hati dengan penjelasan univesiti, sementara pilihanraya wakil pelajar dibuat september ini, wakil pelajar-pelajar yang tempohnya tamat, diperbaharui untuk bulan berkenaan oleh Rektor melalui kuasa eksekutifnya. Selesai masaalah.
    TNC pelajar jangan dok diam, kawallah anak buah sendiri.

    ReplyDelete