Thursday 8 March 2012

TERKINI : SBPA DIMANSUHKAN, SSM DIGUNAKAN SEMULA

Tanjong Malim, 8 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.—BERNAMA

Pemansuhan SBPA ini akan mengembalikan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambahbaik. Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Bantuan Saraan Hidup (COLA):

1.      Kawasan B dinaikkan daripada RM200 ke RM250.
2.    Kawasan C dinaikkan daripada RM100 ke RMRM150.

Selain daripada itu :

1.      Penyelarasan kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
2.    Penyelarasan kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan Khas C, B dan A.
3.    Penyelarasan kenaikan 8 peratus untuk turus III dan II.
4.    Penyelarasan kenaikan 7 peratus untuk turus I dan Ketua Setiausaha.


Untuk makluman penyelarasan gaji yang diumumkan PM hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari 2012 dan akan dibayar mulai bulan Mac ini ataupun April.

Pihak UPSIkena mengharapkan agar PM dan pegawai JPA dapat turun dan menerangkan mengapa tindakan ini diambil sebelum dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan terutama politikus bagi mendapatkan undi untuk PRU-13 nanti.

Kesimpulannya, pihak UPSIkena dapat menyimpulkan bahawa YAB PM memang mendengar suara dan rintihan rakyat di bawah. DS Najib benar-benar komited hendak membantu kakitangan awam yang bergaji rendah. Terima kasih PM.

No comments:

Post a Comment