Tanjong Malim, 6 Dis. – Tindakan segelintir mahasiswa UPSI yang menyertai DEMO pada malam tahun baru di hadapan pintu masuk utama UPSI baru-baru ini seharusnya difikirkan secara mendalam apakah punca yang menyebabkan berlakunya insiden memalukan tersebut.
Bermula dengan peristiwa menurunkan bendera Perdana Menteri, DS Najib Razak di PWTC yang disyakki dilakukan oleh Adam Adli sehinggalah kepada demonstrasi yang merupakan satu tindakan paling bodoh yang pernah dilakukan oleh seseorang yang bertaraf mahasiswa!
Insiden ini telah mencemarkan nama baik UPSI dan warga pendidik UPSI yang dilihat ANTIKERAJAAN walhal tidak semuanya begitu. Tidak turut terkecuali apabila masyakat dan media mula mencemuh tingkahlaku mahasiswa tersebut dan turut terpalit kepada keseluruhan mahasiswa pendidikan UPSI terutama DEMO pada peristiwa memalukan UPSI BLACK DAY.
Siapa yang harus dipersalahkan? Media seperti biasa memainkan peranannya sebagai penyebar maklumat yang kadangkala dianggap tidak adil kepada majoriti mahasiswa UPSI kerana dilabel sedemikian. Namun kita tidak boleh persalahkan media 1OO% kerana ianya bermula dengan tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa UPSI itu sendiri yang memberikan persepsi yang buruk kepada masyarakat luar.
Pihak UPSIkena mengingatkan kepada semua mahasiswa UPSI agar berfikir banyak lapis sebelum melakukan sesuatu perkara yang boleh menjejaskan imej semua orang. Kalau nak berjuang pun janganlah sampai menyusahkan semua pihak!!! Jangan sampai menyusahkan orang lain kerana perbuatan beliau telah memberikan IMEJ yang amat buruk kepada UPSI khususnya dan mahasiswa UPSI secara amnya.
Namun, pihak UPSIkena tertarik dengan pandangan yang dilontarkan oleh seorang pensyarah UPSI yang menjangkakan bahawa tindakan-tindakan seperti ini IBARAT UNTUK MENGUJI pentadbiran TNC HEP yang berkemungkinan untuk menunjukkan bahawa pentadbiran TNC HEP adalah lemah. Untuk bacaan lanjut sila klik sini.
Kepada TNC HEP, minta tolong jangan terlampau berlembut dengan PELAMPAU-PELAMPAU mahasiswa UPSI kerana mereka-mereka inilah sebenarnya yang akan menggugat kesejahteraan UPSI. Tolong lakukan transformasi untuk memulihkan kembali IMEJ UPSI dan PELAJAR UPSI yang telah tercalar ini.
Unit risikan UPSIkena turut mendapat maklumat bahawa 9/1/2O12, terdapat rancangan untuk membuat DEMO bagi cubaan untuk mendesak pentadbiran UPSI menggugurkan tuduhan terhadap Adam Adli berhubung dengan tindakan beliau menurunkan bendera PM.
Diharapkan bahawa pihak UPSI tidak tunduk dengan desakan yang tidak berasas berikut kerana jika UPSI tunduk dengan tindakan tersebut maka sememangnya UPSI dilihat tidak tegas dalam menjalankan tindakan terhadap mahasiswanya.
Namun, UPSIkena ingin menegaskan sekali lagi di sini bahawa sewajarnya kes Adam Adli ini dibicarakan dengan seadilnya mengikut peruntukan yang sewajarnya. Kepada ADAM ADLI, kata berani tetapi kenapa pergi ambil peperiksaan pun kena ada BODY GUARD??? Berani buat berani tanggung la BRO!
No comments:
Post a Comment