Tanjong Malim, 3 Dis - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kekal dengan pendirian 9 Januari ini untuk sesi pendengaran hukuman tatatertib terhadap pelajarnya, Adam Adli Abdul Halim yang menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 17 Disember lalu.
Walaupun desakan pelbagai pihak supaya Adam Adli tidak diambil tindakan tatatertib oleh Upsi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, ia akan tetap diadakan jam 3 petang, 9 Januari ini.
Menurutnya, meskipun perhimpunan di perkarangan Upsi pada malam tahun baru lalu bertujuan mendesak supaya Adam Adli dibebaskan, pihaknya tidak berganjak dengan keputusan tindakan tatatertib terhadapnya.
“Adam Adli sedia maklum bahawa pendengaran hukuman akan diadakan pada 9 Januari ini atas tindakannya menurunkan bendera, namun penyertaannya pada demonstrasi di hadapan perkarangan Upsi juga akan dikenakan tindakan tatatertib sekali lagi oleh pihak Upsi ,” katanya.
Bagaimanapun katanya, notis tindakan tatatertib kepada Adam Adli akibat penyertaannya pada demonstrasi itu akan diserahkan dalam tempoh 10 ke 14 hari lagi.

Junaidi berkata, selain Adam Adli, seorang lagi mahasiswi Upsi, yang turut ditahan polis pada malam kejadian itu, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim, pelajar tahun ketiga juga tidak terlepas dengan hukuman tatatertib.
Dalam pada itu katanya, Upsi kini sedang menyiasat pembabitan beberapa mahasiswanya pada demonstrasi menuntut pembebasan Adam Adli dan penghapusan Akta Universiti dan Kolej (Auku) pada malam tahun baru lalu.

Junaidi berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman video dalam kejadian terbabit bagi memastikan identiti mahasiswa yang terlibat.
“Kami dimaklumkan terdapat beberapa mahasiswa Upsi yang terlibat. Jika terdapat bukti sahih pembabitan itu, mereka juga tidak akan terlepas dengan tindakan tatatertib oleh pihak Upsi,” katanya.
Pihak UPSIkena mengharapkan semua pelajar UPSI yang terlibat dalam DEMO tersebut diadili dengan seadilnya dengan berbekalkan segala bukti yang ada.
Kepada semua mahasiswa UPSI di luar sana, UPSIkena sekali lagi menyeru agar tidak mengambil sikap GELOJOH dalam menyelesaikan isu-isu yang berbangkit. Sama-sama kita nantikan detik 9 JANUARI ini KEPUTUSAN yang akan dibuat berhubung isu Adam Adli.
Untuk rekod 17 orang mahasiswa ditahan semasa demonstrasi yang dilakukan dihadapan pintu utama UPSI. Pecahan pelajar yang ditahan adalah seperti berikut:
Pecahan yang ditangkap mengikut universiti
Universiti Selangor – 4
Universiti pendidikan sultan idris (UPSI) – 2
Universiti Malaya (UM)- 1
Universiti Islam antarabangsa Malaysia (UIAM)- 1
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) – 1
Universiti teknologi mara (UITM) – 1
Bekas pelajar UKM – 1
Bekas pelajar KUIS – 1
5 pelajar enggan bekerjasama
No comments:
Post a Comment