Tanjong Malim, 18 Jan – Sejak akhir-akhir ini, masyarakat sering dimomokkan oleh segelintir pelampau mahasiswa dan parti politik dengan menyatakan bahawa pihak penguasa terutamanya POLIS menggunakan kekerasan dalam menyuraikan demonstran. Yang peliknya, demonstran ini berpendidikan tinggi tidak pula menyoal diri mereka kewajaran tindakan yang diambilnya.
Bagi mengupas isu ini dengan lebih lanjut, UPSIkena mahu membuka minda mahasiswa dengan beberapa peristiwa yang melibatkan demonstrasi oleh pelajar dan kaedah kawalan yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara tersebut.
Di China: 15 April 1989, di Tiananmen Square, Beijing, berlaku beberapa siri demonstrasi besar-besaran yang disertai ribuan pelajar dan orang awam yang diakhiri dengan 'perang' menentang polis dan tentera.
Ia bermula dengan himpunan meratapi kematian Hu Yaobang, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis China, kemudian berlanjutan dengan tuntutan reformasi politik, mogok lapar dan protes terhadap pemerintah. Jumlah demonstran akhirnya pada 4 Mei dianggarkan mencecah 100,000 orang - yang pada akhirnya berlanjutan hingga mengheret tentera bertindak keras pada penghujung Mei hingga awal Jun.
Ia bermula dengan himpunan meratapi kematian Hu Yaobang, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis China, kemudian berlanjutan dengan tuntutan reformasi politik, mogok lapar dan protes terhadap pemerintah. Jumlah demonstran akhirnya pada 4 Mei dianggarkan mencecah 100,000 orang - yang pada akhirnya berlanjutan hingga mengheret tentera bertindak keras pada penghujung Mei hingga awal Jun.
Di jalan-jalan raya, pertempuran antara orang awam (bersenjata batu, molotov cocktail) dengan pihak berkuasa berlaku - tembakan berdas-das dilepaskan secara rawak yang akhirnya mengundang ribuan kematian dan kecederaan. Wang Dan (Universiti Peking) antara kepala kumpulan pelajar, dijatuhi hukuman penjara 7 tahun. Beberapa yang lain melarikan diri ke Eropah, Amerika dan negara lain.
sungguh tragis...
inikah kesan demo yang kita mahu?
Di AS: peristiwa Kent State Massacre, di Kent State University, Ohio - 4 pelajar terbunuh manakala 9 lagi cedera apabila ditembak oleh pasukan Ohio National Guard. Ia bermula pada 1 Mei 1970, apabila sekumpulan 500 pelajar universiti itu berhimpun memprotes tindakan Presiden Nixon menceroboh Kemboja.
Ia berpanjangan sehingga 4 Mei, yang kemuncaknya apabila kumpulan pelajar ini mengherdik pasukan Ohio National Guard dengan 'Pigs off campus' yang cuba menyuraikan protes - yang akhirnya tembakan dilepaskan secara rawak.
4 terbunuh dalam siri demonstrasi ini...
Di Mexico: TlatelolcoMassacre, peristiwa 2 Oktober 1968 yang melibatkan kekerasan pihak berkuasa Mexico menyuraikan protes pelajar (dan orang awam) di ibu kota negara itu - sehingga melibatkan kematian ratusan orang. Untuk lihat gambar klik sini.
bandingkan dengan cara polis di Malaysia guna untuk
suraikan demonstran pelajar...
Di Thailand: Thammasat University Massacre, peristiwa serangan ke atas pelajar yang berdemonstrasi (menentang bekas Panglima Tentera Thanom Kittikachorn) sehingga mengundang kematian seramai 64 demonstran.Ini berlaku pada 6 Oktober 1976.
Adakah polis Malaysia sekejam ini untuk meleraikan demonstran???
Berfikirlah wahai mahasiswa dan bandingkan!!!
Peristiwa di atas merupakan sebahagian daripada kes kekasaran yang berlaku ke atas pelajar yang berdemonstrasi sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah. Kita ada banyak lagi contoh di atas, misalnya di Mesir (2001), Orangeburg Massacre (South Carolina, 1968), Rangoon University (1972) dan banyak lagi.
Pihak UPSIkena mahu para mahasiswa bandingkan siri demonstrasi pelajar di atas dengan siri demonstrasi pelajar di Malaysia, khususnya di UPSI pada malam tahun baru yang lepas. Adakah pihak polis menggunakan kekerasan yang sama dilakukan oleh pihak penguasa negara lain dalam menyuraikan demonstran? Anda matang anda mampu nilaikannya.
banggakah kamu dengan demonstran ini??
inikah bakal guru yang mahu mendidik anak bangsa kita nanti?
Kepada aktivis mahasiswa UPSI khasnya. Adakah kita semua mahu siri demonstrasi itu berlaku di negara kita??? Anda mempunyai akal fikiran yang waras, ideologi yang hebat dan semangat yang berkobar-kobar untuk berjuang. Maka, gunakanlah kelebihan itu untuk kemaslahatan bersama jangan disebabkan kerakusan dan campur tangan pihak yang berkepentingan, semua itu dilihat sia-sia.
Bersambung...
Bersambung...
No comments:
Post a Comment