Tuesday 6 December 2011

Kekurangan Bahan Rujukan, MPP Kebajikan UPSI Masih Tidur!!!


Tanjong Malim, O6 Dis. – Pihak UPSIkena telah menerima kiriman emel daripada mahasiswa UPSI yang menyatakan rasa kekesalan terhadap MPP berkaitan dengan kegagalan MPP dalam memenuhi tuntutan yang mendesak baginya terutama dalam isu kekurangan buku ilmiah di perpustakaan UPSI.

Beliau menyatakan bahawa isu kekurangan bahan rujukan di perpustakaan UPSI ini bukanlah suatu isu yang baru kerana telah berlaku semenjak beliau memasuki UPSI sehinggalah sekarang.

Pengadu juga mempersoal APAKAH TINDAKAN yang telah dilakukan sejak sekian lama bagi mengatasi masalah kekurangan bahan rujukan ini. Untuk rekod, setiap tahun mahasiswa mengadu masalah yang sama namun sehingga sekarang masih tiada sebarang perubahan.

Pengadu juga mempersoal tindakan MPP daripada Fakulti Sains dan Kemanusiaan yang dilihat tidak serius dalam memperjuangkan isu kekurangan buku ini walhal isu kekurang buku ini adalah amat kritikal terutama bagi menyiapkan tugasan mahupun latihan ilmiah. Untuk rekod, seramai 8 orang MPP daripada FSK 4 daripada kawasan umum dan 2 bagi kawasan fakulti serta 2 bagi wakil etnik.

Bertindak daripada maklumat itu, Unit Risikan UPSIkena membuat pemerhatian dan tinjauan selama beberapa di Perpustakaan UPSI bagi menilai kesahihan aduan itu.

Hasil daripada permerhatian tersebut, pihak kami mendapati aduan yang dibuat adalah benar dan rata-rata mahasiswa daripada Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) mengeluh kerana kekurangan bahan rujukan. Kalau adapun hanyalah bahan-bahan rujukan yang lama.

Pihak UPSIkena mengharapkan agar MPP janganlah bersikap double standard dalam menjuarai isu mahasiswa. Janganlah menumpukan sangat isu-isu di luar sehingga lupa pada tanggungjawab anda kepada pengundi-pengundi anda. Berpijaklah di bumi yang nyata, mendepanilah masalah pelajar dan bukannya membelakanginya.

No comments:

Post a Comment