Friday, 30 September 2011
GEMPAR!!! Individu Yang MEMFITNAH Pensyarah Sudah Dikenal Pasti
Shahril Khasin:Giliran YDP MPP Pula di Fitnah
Thursday, 29 September 2011
Mahasiswa/i UPSI MENGKRITIK UPSIkini dan Mahasiswa Pendidik kerana menyiarkan artikel berunsur FITNAH
UPSIkini telah memfitnah pensyarah tersebut dengan menyatakan ditangkap khalwat selepas dia bersama pasangannya yang merupakan seorang pelajar di sini yang didapati berdua-duaan di dalam sebuah rumah. Namun kesahihan berita ini AMAT MERAGUKAN kerana tidak dinyatakan NAMA PENSYARAH tersebut dan SUMBER MAKLUMATNYA.
Rata-rata mahasiswa amat terkejut dengan laporan yang dikeluarkan oleh UPSIkini ini kerana dilihat cuba mengaibkan MANGSA dengan MEMFITNAHNYA ditangkap khalwat sedangkan UPSIkini dan Mahasiswa Pendidik tidak boleh menyatakan bukti yang sahih.
Mahasiswa meluahkan rasa SIMPATI terhadap mangsa yang TIDAK DINYATAKAN NAMANYA secara jelas di ruangan komen Blog UPSIkini. Antara inti pati komen mahasiswa adalah mereka meminta UPSIkini menyiasat terlebih dahulu kesahihan cerita tersebut dan meminta maaf kepada MANGSA yang teraniaya.
Mahasiswa/i UPSI dapat membaca komen-komen tersebut di Blog UPSIkini sebelum komen-komen tersebut DIDELETE. Kepada MANGSA yang teraniaya, UPSIkena mengharapkan anda sabar walaupun nama anda tidak dinyatakan secara jelas. “Sesungguhnya Allah s.w.t bersama-sama dengan hambanya yang sabar”.
Wednesday, 28 September 2011
UPSIkini & Mahasiswa Pendidik bersekongkol dalam menyebarkan FITNAH
UPSIkini telah memfitnah pensyarah tersebut dengan menyatakan ditangkap khalwat selepas dia bersama pasangannya yang merupakan seorang pelajar di sini yang didapati berdua-duaan di dalam sebuah rumah. Namun kesahihan berita ini amat meragukan kerana tidak dinyatakan nama pensyarah tersebut dan sumber maklumatnya.
Artikel berkenaan ini turut disebarkan di Facebook oleh Mahasiswa Pendidik melalui laman rasminya iaitu Kami Sokong Mahasiswa Pendidik. Namun, penyiaran artikel berkaitan isu ini DITEGUR oleh sebilangan mahasiswa yang beranggapan bahawa melalui penyebaran artikel tersebut adalah fitnah kerana Mahasiswa Pendidik (MP) tidak boleh menyatakan kesahihan CERITA tersebut.
UPSIkena mendapati ada persoalan yang perlu dijawab oleh Mahasiswa Pendidik iaitu adakah MP menyiasat dahulu kesahihan berita ini dan sumbernya? Persoalan kedua adalah apakah motif utama MP menyiarkan artikel ini? Persoalan ke tiga ialah siapakah pensyarah tersebut yang dimaksudkan?
Namun soalan-soalan ini membuatkan MP MATI KUTU untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh beberapa orang mahasiswa yang mahukan kepastian oleh MP. Sehingga kini, MP masih lagi belum menjawab kesemua soalan yang dikemukakan oleh mahasiswa-mahasiswa ini.
Hari Interaksi Mahasiswa Semester 1 Sarawak UPSI ( Diploma, Degree, Master dan PHD)

BAKSAR (Badan Kebajikan Siswa Siswi Sarawak) akan mengadakan Hari Interaksi khas kepada mahasiswa semester 1 sahaja di:
Tarikh: 29 sept 2011 (Khamis)
Jam: 8.00pm-11.00pm
Tempat: B.E-learning 11
p/s: sila bawa pen masing-masing dan wang untuk pendaftaran pada hari tersebut.
Kerjasama anda amatlah dihargai.
Sekian terima kasih.
Pakaian yang digunakan adalah semi formal..
Sebarang permasalahan bolehlah dirujuk di Facebook Baksar :
(Setiausaha Agung BAKSAR)
Pendaftaran IMAM UPSI.. : Khas untuk Anak-Anak Melaka...

Adalah dimaklumkan bahawa IMAM UPSI akan mengadakan sesi pendaftaran bagi mahasiswa/wi yang berasal dan menetap di Melaka dan sedang belajar di UPSI. sesi pendaftaran adalah seperti berikut :
Tarikh : 29 dan 30 September 2011
Tempat : Ruang Legar Bitarasiswa
Masa : 10 pagi hingga 5 petang
Kerjasama daripada semua anak melaka UPSI amat kami hargai
MESYUARAT AGUNG (AGM) PERSATUAN PENDIDIKAN MORAL (PERMOR)
Tarikh : 30 September 2011
Tempat : B.E-Learning 9
Diharapkan semua pelajar daripada semester 1, 3, 5 dan 8 dapat hadir beramai-ramai ke mesyuarat ini untuk bersama-sama menyokong Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR).
“Moral Pemangkin Modal Insan Gemilang”
Perhatian Kepada Mahasiswa/i UPSI Anak Perak
Perhatian kepada semua mahasiswa/i UPSI anak negeri Perak,
satu Mesyuarat Agong akan diadakan pada :
Tarikh : 29 September 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Kuliah K
Semua mahasiswa/i anak Perak dijemput hadir,makanan disediakan,
sebarang pertanyaan sila hubungi saudara Muhammad Hafiz di talian 019-5006137.
PERJUMPAAN ANAK-ANAK PAHANG (MAMPAN)
Tarikh: 29 September 2011
Masa: 8.30 malam
Tempat: BE Learning 3
Semua mahasiswa/wi anak Pahang diwajibkan hadir. Kerjasama anda semua amat di hargai.
Sekian, terima kasih.
UPSIkini, Media Pembelit Mahasiswa/i UPSI no1
Antara ini kandungan tersebut ‘Sekatan ini didakwa berikutan laporan yang disiarkan semalam yang memaparkan gambar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A), Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar di dalam satu majlis ramah mesra JHEPA bersama Naib Canselor di Dewan Kolej Za’ba UPSI’.
Namun unit terjah UPSIkini telah membuat tinjauan di beberapa lokasi di kampus utama dan juga di kolej-kolej kediaman mendapati blog UPSIkini tersebut masih boleh diakses dan tidak disekat sama sekali. Beberapa orang mahasiswa/i turut mengecam laporan yang PALSU dikeluarkan oleh UPSIkini ini yang disifatkan ‘BERMUSUH’ dengan TNC HEP&A UPSI.
Ternyata UPSIkini bukanlah sebuah media yang bebas kerana dilihat hanya menyebelahi golongan tertentu sahaja dalam penulisan laporannya. UPSIkena berharap agar UPSIkini tidak sesekali menyebarkan fitnah yang boleh menjatuhkan nama baik UPSI.
Tuesday, 27 September 2011
Hoe Peoi Yeen :Patuhi Etika Pemakaian Untuk Elak Daripada Di Denda
Tanjong Malim, 27 Sept. –Exco Majlis Perwakilan Pelajar, Hoe Peoi Yeen hari ini memaklumkan bahawa satu pemantauan etika pelajar akan dilakukan esok (Rabu), Sehubungan dengan itu beliau menasihatkan mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) agar mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.
Mengulas isu ini dengan lanjut beliau menyeru kepada semua untuk patuh mengenai aspek pemakaian ke kuliah dan kampus seiring dengan personati kita semua yang bakal menjadi seorang pendidik.
Sekiranya ada yang gagal mematuhi etika pemakaian pelajar yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti pelajar terbabit akan boleh diambil tindakan denda tidak melebihi RM200 atau lain-lain hukuman yang sesuai di bawah AUKU kaedah 48.
Sunday, 25 September 2011
Pengambilan Ahli Baru Kelab Fasilitator Bitara(KeFB)
Penjelasan YDP MPP berkaitan perubahan laluan perjalanan bas kitaran
Menurut Afiq Fikri lagi “sistem dahulu bermasalah iaitu hanya mempunyai 19 buah bas suasana edaran pada semester lepas. Oleh sebab itu kita terpaksa menggunakan 10 bas UPSI, implikasinya bas tak boleh ke program-program persatuan dan program jemputan. Jadi Universiti telah membuat tambahan bas suasana edaran sebanyak 5 buah bas lagi dan berlakulah kitaran seperti sekarang".
Sistem baru yang diguna pakai sekarang adalah demi kepentingan dan kebajikan pelajar namun menerima banyak kritikan oleh mahasiswa. Semoga dengan pengumuman ini bakal melenyapkan penderitaan dan kesukaran yang telah dilalui oleh semua pengguna Bas kitaran UPSI pada semester ini.
Pihak UPSIkena juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 2011 (MPP) kerana memperjuangkan soal kebajikan pelajar.
Kenyataan Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu bakar, TNC HEP&A tidak diberikan gambaran sebenar oleh UpsiKini.
Datuk Junaidi menegaskan bahawa pihaknya tidak berniat sama sekali untuk menghentikan program Penggerak Ad-Din ini kerana menurut beliau program ini amat bermanfaat kepada semua mahasiswa/i UPSI.
Menurut beliau lagi faktor program RPA ini di tangguhkan pada masa ini adalah kerana pengisian dalam program ini sedang dalam penambahbaikan dalam aspek modul dan aktiviti bagi memberikan input yang lebih menyeluruh dan berkesan dalam membentuk jati diri kepada mahasiswa/i. masa kini.
Perbincangan modul ini akan mendapat sentuhan ayahanda TNC HEP ini sendiri tambah beliau lagi serta dibantu juga oleh , penasihat Penggerak Ad-Din, Pengerusi Penggerak Ad-Din Amirul Afzan, saudara Zahar serta beberapa orang lain lagi.
Dalam majlis yang sama beliau turut menyatakan bahawa pihak UPSI akan membenarkan mahasiswa untuk berpesatuan dan membuat aktiviti lain di seluruh negeri dan bukannya terhad kepada 4 buah negeri saja seperti sebelum ini.
Penjelasan isu ini dibuat dalam satu Majlis solat hajat Perdana yang dianjurkan Jawatankuasa RPA di Surau Al-Falah yang turut dihadiri oleh YDP MPP saudara Muhammad Afiq Fikri serta barisan kepimpinan MPP yang lain serta turut dihadiri oleh staf-staf JHEPA dan pengetua-pengetua kolej kediaman UPSI.
YDP MPP:Bas Sehala Di Mansuhkan
KUO-PT : 8 BAS
KAB-PC : 3 BAS
KAB-PT : 8 BAS
PT-TMN B : 3 BAS UPSI
KETOYONG : 1 COESTER
PEKAN : 1 BAS UPSI
Saturday, 24 September 2011
Ulasan : DI SEBALIK TOHMAHAN RAKAN PENGERAK AD-DIN

Ulasan Mahasiswa : DS Kekanda Mohammad Farhan Mukhlis
Majlis kesyukuran dan solat hajat perdana dianjurkan oleh Rakan Penggerak Addin (RPA) malam semalam telah mendapat liputan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi UPSI. Alhamdulillah kerana program ini berjalan lancar kerana dihadiri oleh Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Program yang agak mendapat sambutan kerana ramai staff yang di arahkan oleh TNC HEPA untuk bersama-sama dalam solat hajat dalam menyelamatkan RPA supaya tidak disekat daripada aktiviti usrah.
Selesai solat hajat, TNC telah memberikan ucapan kepada semua pelajar yang hadir untuk menerangkan mengenai mengapa RPA ini disekat. TNC juga memberikan cadangan-cadangan yang baik dalam membawa RPA untuk melawat jabatan-jabatan agama Islam yang terdapat di Malaysia seperti JAKIM dan IKIM untuk melihat sendiri bagaimana perjalanan aktiviti dakwah yang dilakukan. TNC juga telah mengeluarkan kenyataan supaya RPA tidak lagi menjalankan aktiviti secara “sembunyi-sembunyi” untuk aktiviti usrah dan RPA akan diberi dana dan akan diberikan perhatian sewajarnya dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan rohani.
Pelbagai serangan telah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sehinggakan mengecam tindakan TNC HEP yang menyekat aktiviti RPA tanpa mendengar penjelasan sebenar beliau untuk membantu RPA dalam bentuk yang lebih “terang” menjalankan aktiviti. Setelah penjelasan di lakukan oleh beliau akhirnya pelajar-pelajar faham dan mengetahui niat sebenar beliau untuk membantu RPA. Selesai program, semua pelajar bersalam-salaman bersama beliau setelah penerangan yang jelas mengenai tindakan HEP.
*Penulis merupakan Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan UPSI dan merupakan Aktivis mahasiswa yang aktif memperjuangkan hak mahasiswa di UPSI.
SAAT PENANTIAN AKHIRNYA BERAKHIR BUAT GPMS CAWANGAN UPSI

Oleh : DS Mohammad Farhan Mukhlis (YDP Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UPSI)
Tepat jam 2.30 petang 23/9/2011 satu pertemuan dan kunjungan hormat GPMS kebangsaan yang dihadiri sendiri presiden GPMS kebangsaan En. Jais Abdul Karim bersama isteri dan penolong pengarah BTN Selangor En. Khidir Anwar dan wakil GPMS cawangan UPSI Yang Dipertua GPMS UPSI Ds Mohammad Farhan, Naib YDP Mohd Zakwan Abdullah dan Ketua Penerangan Mohd Azrein Abbas dan telah bertemu dengan TNC HEP Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar.
Pertemuan ini telah diaturkan untuk menyelesaikan kemelut penubuhan GPMS cawangan UPSI yang tidak diluluskan oleh pihak tertinggi UPSI semenjak semester lepas. Pertemuan ini telah membawa makna yang besar buat GPMS cawangan UPSI kerana kelulusan untuk menjadi sebuah persatuan berdaftar telah menjadi kenyataan. Hasil penerangan yang panjang lebar oleh presiden GPMS kebangsaan telah diterima baik oleh TNC HEP untuk meneruskan niat murni membantu pelajar Melayu semenanjung dalam pendidikan.
Garis panduan strategi 2009 sehingga 2012 iaitu GPMS memperjuangkan Melayu di atas dasar Non-Partisan, GPMS melahirkan gedung pemimpin Negara dan memperkasakan pendidikan untuk pelajar Melayu telah diterangkan sebaik mungkin dalam membantu mahasiswa UPSI kerana UPSI merupakan institusi lahirnya pemimpin-pemimpin hebat Negara.
Kini secara rasminya GPMS cawangan UPSI telah tertubuh dan mahasiswa Melayu semenanjung boleh mendaftarkan diri untuk menjadi ahli. Borang-borang keahlian boleh didapati dari ahli majlis tertinggi GPMS cawangan UPSI dan ahli jawatankuasanya seperti berikut :
YDP : MOHAMMAD FARHAN BIN ABU TALIB
TIMBALAN YDP : JOHARI JOHAR BIN MOD YUSOF
NAIB YDP : MOHD ZAKWAN BIN ABDULLAH & SYABIRAH BINTI MD ALI
SETIAUSAHA : NOOR ‘AZIEMAH BT MOHD RADZI
PEN. SETIAUSAHA : NAJJAH HALWANI BT MOHAMAD YUSUF
BENDAHARI : NORDIYANA BTE BAHARUDIN
PEN. BENDAHARI : ROSLIDAINI BINTI MOHAMAD
KETUA PENERANGAN : MOHD AZREIN BIN ABBAS
PEN. KETUA PENERANGAN : MOHD SYAFIQ BIN ABU HASSAN
AHLI JAWATANKUASA
AMIRUDDIN SOBRI BIN MOHAMAD
AINUL BASYIRAH BT MD RASHID
KHAIRULANWAR ABU BAKAR
Tahniah Saudara DS dari mahasiswa UPSI khususnya. Teruskan perjuangan
Thursday, 22 September 2011
TNC HEP Hadir Ke Surau Al-Falah
Tanjong Malim, 22Sept. – Sumber UPSIkena yang di tugaskan berada di lokasi majlis kesyukuran dan solat hajat perdana rakan penggerak addin bersama Mahasiswa melaporkan majlis ini turut hadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A), Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar sebentar tadi.
Namun demikian pihak UPSIkena masih lagi menunggu perkembangan lanjut apa yang sedang berlansung di surau al-falah KAB dan pihak kami juga difahamkan majlis ini dianggarkan dihadiri seramai 200 mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Wednesday, 21 September 2011
Membentuk Budaya Politik Kampus Yang Murni


MINDA PENGARANG : Alis Syamsul
Belajar sambil mencabar
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar - Prof. Ungku A. Aziz (1973)
Setiap tahun akan berlaku pilihanraya kampus di seluruh negara terutama sekali yang membabitkan institusi pengajian tinggi dan kolej universiti. Reaksi bercampur-campur pelajar mengenai pilihanraya kampus juga memberi kesan yang pelbagai kepada institusi pengajian yang terlibat. Ada pelajar yang melihat pilihanraya kampus sebagai acara rutin memilih pelajar dan tidak memiliki hubungan langsung dengan kehidupan pelajar itu sendiri sekaligus tidak mempedulikan apa yang berlaku. Terdapat juga pelajar yang mengambil sikap menjauhkan diri daripada pilihanraya kampus dan melihatnya sebagai medan perebutan golongan oportunis menonjol diri dan membina nama.
Namun walau apapun alasannya, sudah pasti, pihak universiti sepatutnya mengadakan pilihanraya peringkat pelajar memiliki tujuan yang sepatutnya memberi keuntungan untuk pelajar di dalam pelbagai bentuk baik dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa yang panjang. Masakan tidak, majoriti besar kakitangan universiti terlibat dan perbelanjaan yang besar dikeluarkan untuk melaksanakan salah satu rutin proses demokrasi diperingkat pelajar. Sudah pasti antara tujuan utama diadakan pilihanraya peringkat pelajar ini untuk melatih generasi muda melalui proses untuk dipilih serta memilih. Secara tidak langsung juga mendidik generasi muda berhadapan dengan proses memilih pemimpin peringkat umur mereka. Pelajar diminta untuk membuat keputusan baik keputusan menawarkan diri atau diminta bertanding, ataupun membuat keputusan untuk memilih calon yang terbaik.
Tetapi alangkah malangnya jika masa, tenaga dan tumpuan kerja untuk melaksanakan perjalanan pilihanraya kampus diakhiri dengan sentimen benci membenci, tuduh menuduh dan penuh dengan manipulasi seperti politik kepartian di luar kampus. Kita realistik, pemilihan pemimpin peringkat pelajar ini tidak akan menyelesaikan semua masalah yang ada diperingkat pelajar. Adalah tidak adil kepada bakal pemimpin pelajar diletakkan harapan yang tinggi untuk mengubah segala-galanya, menyelesaikan segala kemelut dan kebajikan pelajar yang menjadi tanggungjawab universiti.
Di samping kewujudan program rutin pelajar dan universiti seperti pesta konvokesyen, pemimpin pelajar yang terpilih juga perlu menjadi pemimpin yang mampu merubah persepsi rakan sebayanya mengenai potensi generasi muda dari seorang pelajar biasa kepada pelajar yang miliki idealisme tentang cita-cita hidup merentasi pembinaan moral dan akhlak seseorang individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Kita juga melihat pemimpin pelajar yang dipilih perlu menjadi pemimpin pembina budaya (culture builder).
Memimpin para pelajar untuk membina budaya tinggi yang berkait rapat dengan budaya ilmu dan segala ciri-ciri yang perlu ada dalam pembinaan sebuah tamadun unggul. Kita juga optimis agar pemimpin pelajar yang akan dipilih nanti mampu menjadi model kecemerlangan akademik dan memiliki keyakinan diri dalam memimpin. Di samping kepimpinan pentadbir universiti dan pemimpin negara, umat juga idamkan kelahiran pemimpin pelajar yang mampu merungkai dan membawa keluar kerumitan dan kegelisahan masyarakat yang membimbangi masalah sosial dan jenayah yang sudah menular dikalangan pelajar.
Oleh itu, pertimbangan memilih pelajar tidak wajar disandarkan kepada dari kumpulan atau parti tertentu. Melabelkan pelajar sebagai pro kepada kumpulan tertentu hanya mengelirukan pelajar dan memerangkap pelajar berfikir dalam kerangka berparti sama seperti pilihanraya di luar kampus. Pemikiran pelajar perlu dibebaskan dari diwarnai dengan partisan politik luar. Biarkan pelajar menentukan siapa yang dirasakan punya kredibiliti dan akhlak yang baik. Pemilihan yang paling releven diperingkat kampus ialah memilih berdasarkan keupayaan dan potensi yang ada pada calon terbabit dalam rangka peraturan yang telah ditetapkan. Bukannya disandarkan sebab emosi, kumpulan sendiri atau sebab pilihan sesiapa pun yang meminta untuk memilih calon tertentu. Kekuatan calon terutama sekali pelajar Islam perlu ditandai dengan ciri al-mu’minu`l-qawiyy (mu`min yang kuat) dan keunggulan peribadi al-qawiyyu `l’-amin (watak yang gagah dan amanah)
Pilihanraya kampus perlu menjauhi elemen manipulasi dan penyelewengan urusan pilihanraya baik melalui surat layang, media elektronik ataupun apa bentuk manipulasi sekalipun. Mahasiswa harus matang dan mampu membezakan nilai surat layang ataupun harga sebuah berita palsu yang tersebar berbanding dengan maklumat yang memiliki autoriti atau kebenarannya. Di sini latihan yang paling baik untuk mahasiswa melatih diri menapis dan menilai sebarang manipulasi sebelum sampai ke peringkat menjadi pemimpin sesebuah institusi atau negara yang sudah pasti berhadapan dengan rencam politik serantau dan antarabangsa yang serba kompleks dan lebih mencabar. Kita perlu bijak menilai pilihannya yang baik, walaupun kita sedar bahawa risiko membuat keputusan dalam acara seperti pilihanraya kampus tidak seberat membuat keputusan besar yang dilakukan oleh pemimpin diperingkat negara.
Budaya politik peringkat pelajar universiti perlu miliki kecenderungan murni atas asas budaya ilmu yang dipandu oleh nilai agama dan budaya sopan bangsa kita. Kerjasama dan persefahaman antara pelajar dan pentadbir universiti penting sangat penting untuk membentuk warna pilihanraya kampus. Suasana dalam institusi pendidikan sangat bergantung kepada komitmen terutama peringkat pelajar dan pentadbir untuk memastikan kemurnian dan kelancaran acara tahunan ini memberi kesan budaya yang baik dan bukan sebaliknya.
Pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa seperti mendapatkan kerusi dewan undangan negeri atau parlimen. Pemilihan peringkat kampus bukannya medan membalas dendam atau menunjuk siapa yang lebih gagah dan lebih kuat. Tetapi kawasan universiti adalah tempat yang subur untuk menyemai hikmah dan adab sebagai mana yang tergambar melalui tema Taman Ilmu dan Budi yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Kamal Hassan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Universiti perlu menjadi taman yang subur membina lebih ramai rakan yang membina, mengangkat martabat dan akhlak insan serta mendorong seluruh penghuni universiti menjadi agen pendidik masyarakat dan bukannya menjadi liabiliti kepada masyarakat. Mahasiswa wajar menentukan sendiri iklim politik bagaimana yang kita inginkan. Mahasiswa punya pilihan untuk berbuat demikian. Tetapi jika kita memilih untuk menjadi wakil suara mana-mana kumpulan atau parti politik, maka yang akan menang bukanlah pelajar tetapi pendana atau penyumbang kepada kumpulan tersebut.
Kita perlu mandiri dan bebas memilih jalan membina kepimpinan pelajar tanpa mengorbankan rasa hormat dan kagum sebilangan besar pelajar kepada beberapa parti politik diperingkat nasional yang sememangnya punyai pengaruh besar dan peranan yang menyumbang kepada perjalanan politik negara ini. Mahasiswa perlu mengembalikan keyakinan masyarakat kepada kemurniaan dan kemuliaan universiti melalui budaya politik yang akan menjadi cerminan kepada kematangan kepimpinan pelajar di institusi pengajian tinggi. Kita sedar cita-cita masyarakat yang ingin melihat mahasiswa terdidik dan terbina dengan segala pengalaman berguna baik terlibat dengan kepimpinan pelajar peringkat majlis perwakilan mahupun kelab yang kecil.
Semua mahasiswa baik menjadi pemimpin peringkat universiti atau tidak adalah sama dan tidak pula meletakkan mereka yang terpilih itu menjadi lebih dalam segala hal. Kita semua punyai amanah ilmu dan pengalaman menjadi mahasiswa yang perlu disalurkan kedalam gelojak masyarakat yang dahagakan pimpinan dan dorongan graduan universiti yang akan menjadi hati nurani umat kita kelak. Mahasiswa perlu menterjemahkan idea dan cita-cita murni kita melalui pendekatan yang lebih operatif dan praktis diperingkat masyarakat dan bukannya berlegar disekitar dewan kuliah.
Lanskap gerakan pelajar telah berubah seiring dengan usia kemerdekaan negara dan usia sesebuah institusi pendidikan itu. Keperluan, cabaran dan masalah masyarakat berubah seiring dengan usia perjalanan sebuah negara seperti Malaysia. Tetapi prinsip kebenaran dan keadilan akan terus subur zaman berzaman seiring dengan semangat kemanusiaan sejagat yang kita dukung. Suasana yang ada kini perlukan pelajar yang lebih matang dan terhadapan dengan ruang dan batasan yag ada. Perubahan politik konfrantasi kepada politik dialog (Mina ‘l-muwajahah ila l-hiwar) untuk menyampaikan pandangan pelajar perlu diraikan.
Pandangan pelajar yang mungkin betul dan mungkin silap ini akan mematangkan mahasiswa menyonsong masa hadapan negara. Segala ruang dan peluang (seperti pilihanraya kampus) yang ada untuk menyampaikan pandangan digunakan sebaiknya oleh semua pihak demi kebaikan bersama. Jangan perjudikan masa dan peluang mahasiswa untuk tujuan politik sementara. Kita bina atas semangat melihat masa depan Malaysia yang lebih baik daripada apa yang kita ada kini
Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.