Saturday 24 September 2011

Ulasan : DI SEBALIK TOHMAHAN RAKAN PENGERAK AD-DIN


Ulasan Mahasiswa : DS Kekanda Mohammad Farhan Mukhlis

Majlis kesyukuran dan solat hajat perdana dianjurkan oleh Rakan Penggerak Addin (RPA) malam semalam telah mendapat liputan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi UPSI. Alhamdulillah kerana program ini berjalan lancar kerana dihadiri oleh Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Program yang agak mendapat sambutan kerana ramai staff yang di arahkan oleh TNC HEPA untuk bersama-sama dalam solat hajat dalam menyelamatkan RPA supaya tidak disekat daripada aktiviti usrah.

Selesai solat hajat, TNC telah memberikan ucapan kepada semua pelajar yang hadir untuk menerangkan mengenai mengapa RPA ini disekat. TNC juga memberikan cadangan-cadangan yang baik dalam membawa RPA untuk melawat jabatan-jabatan agama Islam yang terdapat di Malaysia seperti JAKIM dan IKIM untuk melihat sendiri bagaimana perjalanan aktiviti dakwah yang dilakukan. TNC juga telah mengeluarkan kenyataan supaya RPA tidak lagi menjalankan aktiviti secara “sembunyi-sembunyi” untuk aktiviti usrah dan RPA akan diberi dana dan akan diberikan perhatian sewajarnya dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan rohani.

Pelbagai serangan telah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sehinggakan mengecam tindakan TNC HEP yang menyekat aktiviti RPA tanpa mendengar penjelasan sebenar beliau untuk membantu RPA dalam bentuk yang lebih “terang” menjalankan aktiviti. Setelah penjelasan di lakukan oleh beliau akhirnya pelajar-pelajar faham dan mengetahui niat sebenar beliau untuk membantu RPA. Selesai program, semua pelajar bersalam-salaman bersama beliau setelah penerangan yang jelas mengenai tindakan HEP.

*Penulis merupakan Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan UPSI dan merupakan Aktivis mahasiswa yang aktif memperjuangkan hak mahasiswa di UPSI.

No comments:

Post a Comment