Tanjong Malim, 29 Sept- Setiausaha Agong MPP hari ini meluahkan perasaan kecewanya mengenai isu yang melanda kampus hari ini mengenai isu “ YDP HILANGKAN KERTAS KERJA YB MP” di wall “KAMI SOKONG MAHASISWA PENDIDIK” hari ini.
Menurut beliau, adalah sesuatu yang tidak mampu diterima akal tuduhan yang dilemparkan kepada YDP MPP dari pihak MP kerana mereka langsung tidak menghantar kertas kerja dan hanya kertas kerja yag dihantar melalu emel dan tidak bertandatangan serta dihantar dari kampung halaman disaat MPP lain bertukus lumus di kampus bagi memastikan program MPP sarta kebajikan Mahasiswa terpelihara.Ini juga menunjukkan bahawa mereka langsung tidak bersungguh-sungguh untuk menjalankan program sehinggakan saat ini kerja-kerja itu masih TERBENGKALAI.
Kenyataan fitnah yang dilemparkan oleh Mahasiswa Pendidik (Pro-M UPSI)
Tambah mengecewakan lagi puak yang kononnya memperjuangkan islam ini secara jelas mencemarkan imej islam kerana dalam pada yang sama melemparkan satu FITNAH yang berat kepada salah seorang mantan Pengetua salah sebuah kolej kediaman yang tidak sealiran “POLITIK” dengan mereka.
Mengulas isu yang sama YDP MPP mengeluarkan kenyataan di wall FACEBOOKnya dengan mengatakan “Alhamdulillah saya di Fitnah lagi” dan mendapat respon yang pelbagai dari Mahasiswa/I yang bersimpati dengan nasib beliau.
No comments:
Post a Comment