Saturday, 10 March 2012

FORMAT BARU STPM BENTUK PEMBELAJARAN PELAJAR ALA KAMPUS


Tanjong Malim, 10 Mac – ROMBAKAN semula sistem peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk lepasan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), memberi nafas baru kepada sistem pendidikan negara berasaskan peperiksaan oleh Kementerian Pelajaran, kendalian Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). 

Sudah tiba masa sistem yang diperkenalkan sejak 1982 menggantikan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) daripada Higher School Certificate (HSC) disemak semula berikutan jumlah calon yang mengambilnya semakin berkurangan. 

Bermula pengambilan Tingkatan Enam Bawah sesi pengajian Mei 2012, MPM terus melaksanakan Sistem Baharu STPM iaitu sistem modula menggantikan sistem terminal sebelum ini. 

Berbanding sistem terminal, pelajar akan menduduki peperiksaan selepas satu setengah tahun menjalani pengajian. Kaedah ini dilihat lebih menyukarkan kerana minda pelajar diuji bermula daripada tahun pertama sesi persekolahan. 

Berbeza dengan sistem STPM baharu ini yang lebih mesra pelajar, pencapaian mereka dinilai menerusi tiga peringkat ujian bermula penilaian pertama hujung tahun sesi persekolahan Tingkatan Enam Bawah. Penilaian seterusnya pada Tingkatan Enam Atas dua kali.

Ketiga-tiga penilaian itu bersifat anjal kerana pelajar berpeluang memperbaiki keputusan peperiksaan dan peluang memperoleh keputusan cemerlang lebih cerah. Penggubalan itu juga diharap dapat menarik lebih ramai lepasan SPM mengikuti pengajian melalui STPM dalam sistem persekolahan kementerian. 

Menyedari pentingnya sistem penilaian lebih mesra pelajar itu, pelaksanaannya dapat mengurangkan kaedah lebih berorientasikan peperiksaan. Kumpulan pertama pelajar Tingkatan Enam Bawah akan menduduki peperiksaan secara rasmi kendalian MPN pada November ini.

Kumpulan ini juga akan menduduki peperiksaan kedua pada Jun. Tarikhnya pula akan ditetapkan MPM berdasarkan takwim persekolahan, manakala peperiksaan ketiga berlangsung pada November 2013. Penggubalan STPM baharu ini akan turut dibantu wakil daripada University of Cambridge Local Examinations Syndicate. 

Pengambilan pelajar Tingkatan Enam Bawah bermula Mei ini juga adalah kohort pertama Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan dilaksanakan pada setiap penggal sepanjang tempoh persekolahan satu setengah tahun.

PBS pula, dilaksanakan dengan markah 20 hingga 40 peratus dan peperiksaan akhir berpusat mewakili markah 60 hingga 80 peratus untuk menentukan tahap kelulusan setiap calon. 

Pelaksanaannya pula merangkumi tiga kategori nilaian iaitu kerja kursus, projek atau tugasan serta tugasan amali. 

Gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal ini akan menentukan pencapaian keseluruhan dalam STPM nanti. STPM baharu ini diharap dapat meningkatkan kualiti pelajar lepasan STPM sejajar matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Pengerusi MPM, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata penggubalan itu sejajar dengan sistem penanda aras berdasarkan peperiksaan yang memerlukan perubahan mengikut keperluan semasa.

Perubahan itu, kata beliau penting bagi memastikan pelajar dapat bersaing sejajar perkembangan pendidikan dan ekonomi setempat serta perubahan global. 

Beliau berkata, PBS turut mengambil kira pelbagai elemen murni untuk melahirkan generasi lebih berdaya saing, sekali gus dapat melahirkan insan cemerlang dalam akademik dan pembangunan sahsiah. 

“MPM yakin penggubalan semula sistem peperiksaan dengan modul terminal kepada sistem modula ini dapat menarik lebih ramai pelajar lepasan SPM meneruskan persekolahan secara rasmi pada peringkat STPM pula.

“Rombakan ini juga bagi menyangkal andaian sesetengah pihak peperiksaan ini (STPM) sukar lulus dan membebankan pelajar yang terpaksa menjawab soalan daripada sukatan mata pelajaran yang dipelajari sejak satu setengah tahun yang lalu,” katanya.

Rasionalnya, Mohd Noh berkata, penggubalan sistem STPM sedia ada kepada PBS bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai sistem penilaian secara semester yang dipraktikkan dalam sistem pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). 

Pendekatan awal ini, katanya memberi peluang mereka membiasakan diri dengan sistem berkenaan sebelum melangkah ke menara gading selaras dengan konsep Tingkatan Enam yang lebih dikenali sebagai program prauniversiti. 

Pelaksanaan itu juga sesuai dengan usia pelajar yang sudah dewasa dan masing-masing boleh melakukan tugasan tanpa perlu mendapat pengawasan sepenuhnya daripada apa yang dipelajari dalam bilik darjah.

Beliau berkata, pelajar berpeluang membentuk satu kumpulan untuk melaksanakan tugasan luar bilik darjah. Usaha murni ini juga dapat meningkatkan kemahiran kepemimpinan dalam kalangan pelajar dan membolehkan mereka bekerjasama dalam satu pasukan. 

Katanya, sistem persekolahan berkenaan secara tidak langsung dapat membentuk senario pembelajaran seperti di dalam kampus sebelum mereka meninggalkan bangku sekolah dan meneruskan pengajian pada peringkat lebih tinggi.

sumber: berita harian

Pihak UPSIkena melihat langkah penstrukturan semula sistem pengajian STPM ini merupakan langkah yang baik dalam usaha mendidik dan mendedahkan para pelajar lepasan SPM ini dengan gaya yang sebenar sebagai seorang mahasiswa.

Namun, pihak sekolah perlu memberikan penekanan kepada disiplin yang tinggi, agar melahirkan pelajar yang bersikap bertanggungjawab ke atas diri, bangsa dan negara yang pada hari ini kita dapat lihat pelajar tingkatan 6 ini acuh tidak acuh dalam pengajian mereka dan tidak sedar tentang kepentingan STPM kerana menganggap STPM sebagai jalan terakhir untuk mereka sambung belajar.

Upsikena mengharapkan agar pelajar lepasan SPM ini yang muncul dalam sistem STPM baru ini, lebih hebat daripada sebelumnya. Dengan sistem baru ni, diharapkan form 6 bukan lagi  diletakkan sebagai pilihan terakhir untuk mereka sambung pelajaran.

KEBANGKITAN ANAK MUDA: 15 RIBU AUDIEN MENGHADIRI GELOMBANG TSUNAMI MALAYSIA BANGKIT!!!

Tanjong Malim, 10 Mac – Program anjuran anak muda di bawah nama gagasan ‘Malaysia Bangkit’ telah berjaya menarik ribuan audien untuk mendengar ucapan-ucapan BERNAS daripada mahasiswa. Namun inti pati ucapannya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menuntut KEBEBASAN AKADEMIK yang telah di jawab oleh UPSIkena secara bersiri di sini siri 1, siri 2, siri 3 dan siri akhir.


Gempak!!! memang ramai yang datang.
Selain itu mereka juga melemparkan tohmahan kepada pentadbiran kerajaan Malaysia yang didakwanya adalah zalim dan patut ditukar. Persoalannya di sini, berapa ramaikah rakyat Malaysia yang mati di seksa, mati kebuluran atau dikenakan perintah berkurung oleh kerajaan Malaysia? Bandingkan kekejaman kerajaan Malaysia dengan kekejaman negara lain terhadap aktivis mahasiswa di sini.

Namun yang peliknya, muka-muka ini juga ada yang turut terlibat dalam kes demonstrasi di UPSI, demonstrasi di PWTC dan sebagainya yang rata-ratanya dikatakan memegang jawatan yang besar dalam organisasi yang tidak berdaftar seperti SMM namun keanggotaan ahlinya tidak juga bertambah.

Muka-muka yang sama saje

Untuk maklumat lanjut sila baca di HarapanEsok.

Thursday, 8 March 2012

TERKINI : SBPA DIMANSUHKAN, SSM DIGUNAKAN SEMULA

Tanjong Malim, 8 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.—BERNAMA

Pemansuhan SBPA ini akan mengembalikan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambahbaik. Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Bantuan Saraan Hidup (COLA):

1.      Kawasan B dinaikkan daripada RM200 ke RM250.
2.    Kawasan C dinaikkan daripada RM100 ke RMRM150.

Selain daripada itu :

1.      Penyelarasan kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
2.    Penyelarasan kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan Khas C, B dan A.
3.    Penyelarasan kenaikan 8 peratus untuk turus III dan II.
4.    Penyelarasan kenaikan 7 peratus untuk turus I dan Ketua Setiausaha.


Untuk makluman penyelarasan gaji yang diumumkan PM hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari 2012 dan akan dibayar mulai bulan Mac ini ataupun April.

Pihak UPSIkena mengharapkan agar PM dan pegawai JPA dapat turun dan menerangkan mengapa tindakan ini diambil sebelum dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan terutama politikus bagi mendapatkan undi untuk PRU-13 nanti.

Kesimpulannya, pihak UPSIkena dapat menyimpulkan bahawa YAB PM memang mendengar suara dan rintihan rakyat di bawah. DS Najib benar-benar komited hendak membantu kakitangan awam yang bergaji rendah. Terima kasih PM.

Wednesday, 7 March 2012

SIRI 2: PENERANGAN ISU LYNAS OLEH PAKAR NUKLEAR DARIPADA PAS

Tanjong Malim, 7 Mac – Mengenai isu pembinaan kilang LYNAS di Gebeng Pahang yang dikatakan sebagai pembinaan loji nuklear adalah tidak tepat sama sekali dan ini turut diakui oleh ahli parlimen PAS daripada Hulu Langat Dr Rosli Che Mat yang merupakan saintis nuklear menyatakan bahawa kilang LYNAS bukanlah loji nuklear dan selamat untuk dibina di Malaysia. 

Sebelum itu kita lihat dulu tindakan seorang Ahli Parlimen PKR Kuantan yang cuba menakut-nakutkan masyarakat dengan fakta yang salah tentang isu LYNAS. Lihat video di bawah.


Daripada video itu jelas menunjukkan akan kedangkalan seorang ahli parlimen yang cuba mempolitikkan isu LYNAS dengan cara yang tidak betul demi kepentingan politik. Presiden PAS turut berkata dalam ucapan penggulungannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 agar mencari fakta yang tepat tentang isu LYNAS dan bertanya kepada yang pakar yang dimiliki oleh PAS.

Apa kepakaran yang ada pada Ahli Parlimen ini jika dibandingkan dengan penerangan yang dilakukan oleh 2 orang saintis nuklear termasuklah seorang daripada Pas, Dr. Che Rosli Che Mat?  Untuk penerangan tentang isu LYNAS sila lihat video di bawah ini.


Ini adalah  kenyataan dari seorang yang di dalam bidang kepakaranya Dr Che Rosli Che Mat

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”


“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.” (Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Pas Hulu Langat, Selangor)"

UPSIkena menasihatkan kepada mahasiswa UPSI terutamanya agar selidik dahulu tentang kesahihan sesuatu berita yang di bawakan terutama daripada ahli politik kerana kebanyakannya adalah bermotifkan kepentingan politik untuk mereka.

Bersambung…

Tuesday, 6 March 2012

TNC HEP MELUANGKAN MASA MENZIARAHI KELUARGA ARWAH

Tanjong Malim, 6 Mac – Insiden kemalangan maut di Baling, Kedah yang telah melibatkan 5 Mahasiswa UPSI turut mendapat perhatian yang serius oleh pihak UPSI dalam usaha membela kebajikan mahasiswa UPSI.

Pihak UPSIkena difahamkan bahawa Timbalan Naib Canselor HEP, turut meluangkan masa pergi menziarahi keluarga arwah di kampung halaman masing-masing. Selain itu, pihak UPSIkena turut difahamkan bahawa terdapat rombongan mahasiswa daripada UPSI yang terdiri daripada JMK Kolej dan rakan-rakan arwah turut bersama-sama pergi menziarahi keluarga arwah.

Pihak UPSIkena mengharapkan agar UPSI dapat memberikan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga arwah dan juga mahasiswa UPSI yang mengalami kecederaan dalam kemalangan itu. Diharapkan agar kita semua dapat bersama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada si mati.


MAHASISWA UPSI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN MAUT DI BALING, KEDAH

Tanjong Malim, 6 Mac – Satu kemalangan maut di Baling, Kedah telah melibatkan 5 Mahasiswa UPSI. 2 pelajar siswi Pengajian Pendidikan Islam semester 6 telah selamat kembali ke rahmatullah 9 pagi tadi dan 3 sahabat yang lain mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital. Berikut merupakan senarai nama yang cedera dan meninggal dunia:

Cedera :
1. Hamidah Bt. Mamat – Pelajar semester 4 Program Pendidikan Awal Kanak-kanak
2. Aisyah Mardhiah bt. Kamil – Pelajar semester 6 Program Pendidikan Islam
3. Abqariyyah bt. Ghazali – Pelajar semester 6 Program Pendidikan Islam

Meninggal Dunia :
1. Fatini bt. Muhammad – Pelajar semester 6 Program Pendidikan Islam
2. Nurul Hidayah bt. Abdul Aziz – Pelajar semester 6 Program Pendidikan Islam

sumber: JHEPA

Almarhumah NURFATINI BT MOHAMAD yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan manakala NURHIDAYAH BT AZIZ berasal dari Bachok, Kelantan. Semoga roh mereka ditempatkan sebaris dengan roh para solehin dan syuhada. Bersama juga kita mengiringi doa kepada tiga orang lagi rakan mereka yang masih tidak sedarkan diri di Hospital Kedah.

Bagi maklumat lanjut sila baca di UPSIdaily.

SIRI 1: MAHASISWA UPSI BERDEMO KERANA TERKENA RADIASI KILANG LYNAS


Tanjong Malim, 6 Mac – Mahasiswa jangan mudah terpedaya dengan sesuatu isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang mahupun kerajaan tanpa mengkaji tentang kebenarannya. Terbaru mengenai perhimpunan mahasiswa yang menolak pembinaan kilang LYNAS di Gebeng Pahang.

Himpunan Hijau 2.0 menentang pembinaan Kilang Lynas di Pahang baru-baru ini disertai oleh beberapa orang mahasiswa antaranya Adam Adli yang digantung pengajiannya di UPSI selama 3 semester yang kononnya menentang tindakan membina kilang yang penuh kontroversi ini.

Walau bagaimanapun, boleh dikatakan bahawa beberapa mahasiswa yang hadir ini (terutama yang ditemuramah di dalam video di bawah ini) merupakan mahasiswa yang tak cerdik dan memang cetek pemikiran mereka.


Persoalannya ialah, dari mana Adam Adli tahu yang kilang itu haram? Jika kilang tu haram, sudah lama KERAJAAN MALAYSIA tidak membenarkan kilang LYNAS itu dibina di Malaysia.

Adam Adli mengatakan bahawa kilang itu akan membinasakan nyawa-nyawa orang di Kuantan? Jika benar, takkan YAB Perdana Menteri anak jati orang Pahang sanggup membiarkan kilang tu dibina di negeri beliau sendiri? Bukankah itu tindakan bodoh?

Menurut Khalid Ismath pula, beliau menyatakan bahawa kerajaan Malaysia membuli rakyat Malaysia melalui pembinaan Kilang Lynas ini. Persoalannya, adakah kerajaan memaksa seluruh rakyat Malaysia menjadi buruh kasar di Kilang Lynas itu?

Lagi satu, hebat sangatkah mahasiswa sehingga Kerajaan Malaysia nak 'menjatuhkan mahasiswa' (ayat Khalid Ismath)? Apa manfaat yang Kerajaan Malaysia dapat sekiranya kerajaan 'menjatuhkan mahasiswa' dalam negara ini?

Tak sedarkah wahai Khalid Ismath yang masih belum cukup setahun belajar di UiTM itu bahawa Kerajaan Malaysialah yang banyak 'membina mahasiswa' dan banyak membantu mahasiswa dari pelbagai segi semasa mahasiswa belajar di alam universiti?

Inilah contoh-contoh terang lagi bersuluh penggunaan dan pengKUDAan parti politik terhadap mahasiswa dalam menyatakan dan meraih sokongan terhadap isu-isu yang dimainkan oleh parti-parti politik tanah air.

Tambahan pula, kesemua mahasiswa yang diperguna dan diperkudakan itu tidak sedar dan seolah-olah terpukau dengan kata-kata serta hasutan yang dimainkan oleh parti-parti politik terhadap mereka.

Jadi, tanpa ada rasa dan masa untuk mengkaji kewajaran sesuatu isu itu, golongan mahasiswa seperti ini terus melulu mengikut saja apa yang dikehendaki oleh parti-parti politik.

Kepada semua mahasiswa termasuklah mahasiswa-mahasiswa yang berdemo anti LYNAS di depan UPSI itu, marilah sama-sama kita tonton APA ITU SEBENARNYA LYNAS di bawah ini :


Kepada semua mahasiswa lain yang berada di dalam kampus, UPSIkena ingin menasihatkan jagalah diri agar tidak menjadi mangsa diPERGUNAkan dan diperKUDAkan oleh mana-mana parti politik seperti di atas.

Bersambung…